Ada info/gambar yang ingin dikongsi bersama? email ke:

Ashraf Sinclair dedah rahsia 'jamu' bahagia dengan BCL

Isnin, 18 September 2017

Siapa sangka walaupun sibuk dengan urusan pekerjaan, pasangan selebriti Ashraf Sinclair dan Bunga Citra Lestari masih mampu membina keluarga yang cukup bahagia setelah 9 tahun mendirikan rumahtangga dan dikurniakan seorang anak lelaki, Noah Sinclair, yang berusia 7 tahun.

Memetik portal BharianOnline, Ashraf menegaskan komunikasi dua hala menjadi tunjang yang mengukuhkan rumah tangganya dengan isterinya itu.

Katanya, setiap hari umpama proses mengenali diri masing-masing dengan lebih mendalam hingga tiada rahsia antara mereka sejak bergelar suami isteri sembilan tahun lalu.

"Kami sentiasa terbuka untuk berbincang mengenai apa jua topik kerana bagi saya komunikasi ialah elemen terpenting dalam sesebuah perhubungan, apatah lagi selepas berkahwin.

"Bagi saya, isteri ialah teman hidup saya. Jadi, sangat mustahak untuk membabitkannya dalam setiap urusan harian saya. Sememangnya kami selesa berkongsi dalam segala segi.

"Secara peribadi, kami juga percaya terhadap komunikasi selain sikap tolak ansur kerana dalam perkahwinan juga ada pasang surutnya," katanya

Baby bump Oki Setiana Dewi di depan Kaabah

Selasa, 12 September 2017



Pelakon dan penceramah terkenal di negara seberang, Indonesia iaitu Oki Setiana Dewi kini sedang sarat mengandung/hamil anaknya. Namun ada sesuatu perkara menarik yang telah dikongsikan beliau di laman sosial Instagram miliknya.

Bukan sahaja nampak babybump 'ala Muslimah' tapi gambar berkenaan juga jarang-jarang sekali selebriti kita berbuat demikian, iaitu bergambar di depan Kaabah, Makkah.

Engku Emran, Laudya Cynthia sudah berkahwin?

Rabu, 9 Ogos 2017


Dengar khabar yang Engku Emran bakal menikahi pelakon Indonesia, Laudya Cynthia Bella pada pertengahan bulan depan.

Menurut sumber, pasangan itu bakal disatukan sebagai suami isteri dalam majlis pernikahan yang akan diadakan secara tertutup di Kuala Lumpur.

Berita ini turut menjadi tumpuan media Indonesia dengan mendapatkan kenyataan daripada Bella di Pondok Pinang, Jakarta, semalam.

Ada juga ura-ura yang mereka sudah berkahwin semalam. Mana satu yang benar?

Bagaimanapun, kedua-dua selebriti ini enggan mengulas lanjut mengenai hal itu. -HarianMetro

Engku Emran, Laudya Cynthia Bella pergi open house Amy Search (6 gambar)

Khamis, 20 Julai 2017

Laudya Cinta Bella, Engku Emran bercinta? ini hint dari mereka berdua...

Isnin, 10 Julai 2017


Dengar cerita yang Engku Emran dengan pelakon dari Indonesia Laudya Cinta Bella sedang bercinta. Ini dibuktikan yang masing-masing memuat status berkaitan antara satu dengan lainnya

Pesanan terakhir Jupe kepada kaum wanita...

Ahad, 11 Jun 2017

Semalam Julia Perez atau Jupe telah kembali ke Rahmatuallah. Sebelum ini Allayarhamah menghidap penyakit kanser serviks tahap empat ada membuat satu pesanan kepada kaum wanita mengenai bahayanya kanser ini ini, dia berpesan agar selalu menjaga kebersihan bagian peribadi masing masing.

“Penularan juga bisa dari cara buang air kecil yang sembarangan”kata jupe yang kini dalam keadaan membimbangkan.

Selain menyerankan agar wanita menjaga kebersihan bagian peribadi, jupe juga mengecam tindakan lelaki atau pun suami yang kerap melakukan hubungan dengan wanita lain sebelum balik kerumah.
“Itulah sebenarnya yang membawa penyakit itu datang menghancurkan hidup saya”,

“Virus ini berasal dari suami,jadi saya sarankan kepada suami jangan jajan di luar,kasihan kami para isteri”

“Banyak paktor yang menyebabkan penyakit ini menular,mulai dari bercium,berpeluk atau pun bertukar pakaian dalaman juga memiliki peranan penting,tolong jauhi hal hal semacam ini" kata jupe.

Kekasih hati pelawak Dzawin yang cun (6 gambar)

Rabu, 17 Mei 2017


Pemenang tempat ketiga Maharaja Lawak Mega 2017 (MLM2017), Dzawin semakin mendapat tempat dalam kalangan peminat industri komedi tanah air.

Untuk pengetahuan, Dzawin memang gemar memberi kelainan dengan menyelitkan unsur dakwah dalam setiap persembahannya.

Apabila sudah popular, sudah tentulah ramai yang berminat untuk mengetahui kisah peribadi Dzawin termasuk status dirinya samada sudah mempunyai kekasih atau tidak.

Hakikatnya, Dzawin kini sudahpun berpunya dan sedang menjalin hubungan dengan gadis berumur 26 tahun bernama Fatih Puteri yang berasal dari Jogjakarta, Indonesia

Mereka difahamkan sudah menjalin hubungan cinta sejak 4 tahun yang lalu.

Malah, Fatih juga dilihat hadir semasa pentas akhir MLM2017 baru-baru ini sebagai tanda sokongan kepada teman lelakinya itu.

Pasangan sama cantik sama padan ini juga gemar bercuti dan mengembara bersama antaranya di Malaysia dan Singapura baru-baru ini.

Nia Ramadani selamat melahirkan anak ke-3 (10 gambar)

Pelakon Sinetron terkenal Indonesia, Nia Ramadhani mengakui tidak mahu anak-anak mengikut jejaknya terlibat dalam industri hiburan. Menurut laporan DetikHot.com, Nia mengambil keputusan itu kerana anak-anaknya masih kecil.
"Saya tidak mahu anak-anak saya terlibat dengan industri hiburan buat masa sekarang kerana usia mereka masih muda.

"Saya juga tidak mahu bebankan mereka dengan kerja ketika masih kecil.

"Saya ada menerima banyak tawaran untuk mereka menjayakan iklan televisyen namun saya menolaknya.

"Ada juga penerbit yang inginkan mereka berlakon tetapi saya dan suami menolak tawaran mereka." katanya
Nia Ramadhani dan Adriansyah Bakrie telah bernikah pada tahun 2010. Mereka dikurniakan tiga orang anak iaitu Mikhayla Zalinda Bakrie, Mainaka Zainati Bakrie dan Magika Zalardi Bakrie.

Sesi photoshoot Nia Ramadhani hamil yang WOW (8 gambar)

Sabtu, 15 April 2017

Luna Maya MLM 2017 di parodikan oleh Jihan Muse (lucu)

Isnin, 27 Februari 2017

Jom layan parodi oleh Jihan Muse di program Meletop sebagai Luna Maya mengomen persembahan pelawak, Mat Sabah di pentas MaharajaLawak Mega minggu pertama.

Sekitar perkahwinan Acha Septriasa (14 gambar)

Rabu, 14 Disember 2016

Acha Septriasa telah selamat mendirikan rumah tangga bersama jejaka pilihan hatinya, Vicky Kharisma hujung minggu lalu setelah 9 tahun bercinta.

Irwansyah, Zaskia Sungkar bercuti, romantik beb (19 gambar)

Khamis, 15 September 2016

MISTERI! Kisah Sebenar Disebalik Lagu Popular ‘Sephia’ Dari Sheila On 7

Jumaat, 12 Ogos 2016

Sekitar Hari Raya Ashraf Sinclair, BCL (17 gambar)

Rabu, 13 Julai 2016

Babi itu halal - Ahmad Dhani

Rabu, 29 Jun 2016

Ahmad Dhani sering mencetus kontroversi menerusi kenyataan-kenyataan pedasnya. Sebelum ini, beliau mencetus kontroversi apabila begitu lantang mengkritik Gabenor DKI Basuki T Purnama.

Terbaharu, ahli kumpulan Band Dewa itu membicarakan tentang binatang yang halal dan haram untuk dimakan oleh umat Islam. Namun, Dhani Tidak mengaitkan halal haramnya binatang tersebut dengan ajaran agama.

Bunga Citra Lestari dedah kenapa tidak berlakon dengan suami

Selasa, 31 Mei 2016

Ramai juga khalayak tertanya-tanya mengapakah Bunga tidak berlakon dengan suami sendiri, aktor Malaysia, Ashraf Sinclair.
“Saya dan Ashraf sudah setuju bahawa kami ngak mahu terlalu expose berlakon berdua macam pasangan artis lain.

“Bukan langsung tiada tawaran buat kami berdua, tetapi alasannya kerana kami ngak mahu terlalu dilihat bersama, nanti penonton jemu.

“Ini kerana, dalam majlis-majlis hiburan ada yang kami tampil berdua, begitu juga di dalam iklan komersil banyak menampilkan kami berdua selaku duta produk.

“Saya dan Ashraf sibuk dengan karier sendiri. Ashraf ketika ini sedang sibuk dengan penggambaran sinetron terbaru, jadi sebab itulah dia tidak dapat menemani saya untuk promosi filem My Stupid Boss di KL,” ujar Bunga kepada Mangga Online.

Bila Bunga Citra Lestari bertudung (video)

Rabu, 18 Mei 2016

Bunga Citra Lestari (BCL) meluahkan perasaan seronok dan berasa selesa apabila mengenakan hijab. Malah kelihatan lebih ayu dari kebiasaan.

Tidak dinafikan ramai yang terkejut dengan perubahan ini, namun jelas BCL, dia berhijab adalah untuk menjayakan sebuah watak dalam filem terbarunya iaitu Jilbab Traveler: Love Sparks in Korea.

Di dalam filem itu, BCL memegang watak Raina seorang wanita bertudung yang mengembara ke Korea Selatan untuk melanjutkan pelajaran.

Sekitar harijadi BCL oleh Ashraf Sinclair (4 gambar)

Selasa, 29 Mac 2016


Mesranya pasangan suami isteri, Ashraf Sinclair dan Bunga Citra Lestari ketika menyambut ulangtahun isterinya itu yang ke-33 yang jatuh pada 22 Mac yang lalu.

Fathia Latiff, Baim Wong bercinta? PANAS!

Ahad, 27 Mac 2016

Fathia Latiff dan pelakon Indonesia, Baim Wong dikatakan menjalinkan hubungan cinta kerana gambar mereka sering dimuatnaik di laman sosial. Namun Bagi Fathia, dia menafikan gosip itu dan mendakwa dia ke Indonesia atas sebab lain.

“Tidak, saya ke sana atas urusan perniagaan, tidak ada kena mengena dengan Baim. Tambahan pula saya ke Yogyakarta bukan ke Jakarta. Jadi tidak ada kena mengena mahu jumpa Baim atau sesiapa”

“Kami kawan, dan saya berkawan dengan ramai orang. Tiada istilah istimewa atau apa. Ggambar tersebut juga diambil ketika kami bekerjasama dalam sebuah drama baru-baru ini,” jelasnya lagi memetik portal Utusan.

Fathia Latiff dan Baim Wong bercinta ke? bakal berkahwin?

Selasa, 1 Mac 2016


Baim Wong dikhabarkan bakal bernikah tahun depan. Baim Wong juga meminta peminatnya untuk mendoakannya.