Pada:
Khamis, 15 Jun 2017
"Itulah, di laman sosial memang ramai yang komen muka kami seiras, lebih-lebih lagi drama Hero Seorang Cinderella sedang hangat, ada juga yang komen saya seperti Nura Medina.
"Saya tidak pernah rasa rimas pun, lagi pula sekarang saya juga membawa nama Fazura iaitu sebagai duta kepada House of Dolls miliknya. Jadi, semua perkara yang melibatkan industri seni perlu mendapat nasihat daripada dia dahulu," ujarnya
Syazana juga baharu selesai penggambaran untuk sebuah muzik video kumpulan Nominos berjudul Fall In Love.
"Tawaran untuk berlakon ada tapi saya tidak berminat buat masa ini. Jika untuk model saya boleh.
"Baru-baru ini saya ada terlibat sebagai model dalam muzik video kumpulan Nominos. Bagi saya pengalaman berlakon untuk muzik video itu mudah kerana tidak perlu berdialog," ujarnya kepada mStar Online.
Tag : Fazura , Gambar Artis , Instagram , Kembar , Pelakon , Penyanyi , Syazana













