Ada info/gambar yang ingin dikongsi bersama? email ke:

Kembar Elfira Loy.. (video)

Jumaat, 15 September 2017

Sekali pandang, senyuman pelakon cantik Filipina, Liza Soberano sememangnya persis aktres dan pengacara Elfira Loy.

Liza atau nama sebenarnya Hope Elizabeth “Liza” Hanley Soberano ini merupakan pelakon drama telenovela popular Dolce Amore.

Selain pelakon, Liza yang dilahirkan pada 4 Januari 1998 ini juga merupakan seorang model kacukan Filipino dan Amerika.

Faizal Tahir nasihatkan 'kembarnya'

Khamis, 17 Ogos 2017

Faizal Tahir berharap pelawak yang dikatakan mempunyai wajah seakan-akannya iaitu Joe Aziz tidak menggunakan kelebihan tersebut dengan cara yang salah.

Faizal juga memuji Joe yang sentiasa membawa nama Faizal dengan baik biarpun bukan kehendak Faizal sendiri.

"Ada orang beritahu yang ada seorang pelawak ini mempunyai wajah yang seakan-akan saya. Tapi saya tidak ada masalah jika ada yang mengenali atau melihat dia sebagai saya.

"Cuma saya harap dia tidak menggunakan kelebihan itu dengan cara yang salah sehingga menjatuhkan nama saya.

"Buat masa ini tak dengar lagi benda yang buruk tentang saya, jadi maknanya dia membawa imej dan wajah saya dengan baik," kata Faizal kepada mStar Online.

Kembar Neelofa, Hawa Rizwana... (13 gambar)

Selasa, 25 Julai 2017

Top 9 selebriti mirip warga Sarawak (9 gambar)

Isnin, 10 Julai 2017

Datuk Siti Nurhaliza jadi pembaca berita? TAPI..... (7 gambar)

Selasa, 4 Julai 2017

Kembar Fazura yang sebijik rupanya (12 gambar)

Khamis, 15 Jun 2017

Nur Syazana Romli yang turut menumpang tuah Fazura gara-gara mereka dikatakan seiras dan seterusnya ia menjadi tular di media sosial. Syazana, 19, turut disapa sebagai Nura Medina iaitu nama watak Fazura dalam drama Hero Seorang Cinderella.

Kembar tak seiras Emma Maembong, Suffila Aida (18 gambar)

Isnin, 14 November 2016

Pelakon baharu Suffila Aida mula berasa rimas apabila dikecam peminat Emma Maembong yang menuduhnya sengaja menumpang populariti artis berkenaan untuk dikenali dan menarik pengikut media sosial.

Suffila berkata, kenyataan mengatakan dia berwajah seirang dengan Emma bukannnya keluar daripada mulut dia, sebaliknya diviralkan orang luar dan blog-blog hiburan tempatan.

Top 5 Selebriti tempatan seiras muka

Rabu, 9 November 2016

Bagaikan tidak percaya, selebriti-selebriti ini mempunyai wajah yang hampir sama. Pasti ada yang keliru yang mana satu artis kesayangan mereka.

Ada juga di antara selebriti ini yang sering ditujukan soalan yang sama mengenai wajah mereka yang seiras.

Wawa Zainal dan Ayda Jebat

5 Selebriti Malaysia Dengan Wajah Seiras
Ramai yang mengatakan bahawa pelakon Rindu Awak 200%, Ayda Jebat mempunyai wajah seiras Wawa Zainal. Dengan sekali pandang sahaja mereka lihat seperti adik beradik.

Maya Karin dan Marissa Yasmin

Kembar Neelofa yang korang tak tahu.. (10 gambar)

Rabu, 2 November 2016

Nah inilah dia kembar pelakon manis, Neelofa yang semakin meletop sekarang. Siapa sangka kembarnya ini dari negara seberang. Dia adalah Kylie Verzosa yang juga merupakan wanita keenam dari Filipina yang telah dinobatkan sebagai Miss International.

Kembar mirip Remy Ishak, Azrel Ismail (12 gambar)

Isnin, 24 Oktober 2016

Azrel Ismail tidak menyangka impiannya untuk berlakon di samping Remy Ishak tercapai apabila mereka digandingkan dalam filem terbaharu arahan Kabir Bhatia berjudul Pulang.

Azrel teruja akhirnya dapat bertemu dengan Remy kerana sebelum ini tidak pernah bertentang mata walaupun sering kali wajahnya dikatakan mempunyai iras aktor terkenal itu.

Kecoh, wanita mirip wajah Fattah Amin (5 gambar)

Khamis, 13 Oktober 2016

Sekarang ni drama drama ‘Suri Hari Mr Pilot’ lakonan Neelofa dan Fattah Amin jadi bualan ramai.

Semalam kecoh kisah mereka berdua yang didakwa sedang bercinta. Tapi, bercinta di lokasi penggambaran je kot.

Tapi hari ini lain pula kisahnya. Dah jadi viral di media sosial, yang mengatakan pelakon kacak Fattah Amin ni ada kembar perempuan.

Ini gimik semata-mata. Sejak semalam dah jadi viral di Twitter gambar gadis bernama Dayana Hashim yang dikatakan mirip wajah Fattah Amin.

Kalau sekali pandang memang serupa. Apa yang pasti, ‘Fattah Amin versi wanita’ ni memang cantik.

Korang tengok la sendiri gambar-gambar kembar Fattah Amin ni. Sama ke tidak!

Najwa Latif sudah kahwin?

Ahad, 8 Mei 2016

Najwa Latif tampil menafikan bahawa dirinya sudah berkahwin dengan seseorang.

Najwa sedikit terkejut dengan berita mengatakan dirinya sudah berkahwin malah menyifatkan penyebaran gambar itu sebagai sesuatu yang melucukan.

Menurut Najwa kepada sebuah portal akhbar, gambar itu sudah disebarkan oleh orang ramai sejak tahun lalu.
“Terkejut juga kerana (wanita itu) ada iras sedikit dengan saya. Tetapi saya belum kahwinlah. Sebenarnya saya sudah lihat gambar itu sejak tahun lalu.

“Tetapi apabila diamati semula, kami tidaklah begitu seiras. Mungkin gaya senyumannya yang membuatkan wajah kami seakan-akan serupa,” katanya.
Nama Najwa menjadi viral semalam dek penyebaran foto kahwin itu. Inilah foto yang hangat diperkatakan di laman sosial semalam.

Namun pemilik kepada foto itu dikenali sebagai Norreen telah tampil memberi penjelasan di laman Twitter bahawa gambar itu miliknya dan bukan Najwa Latif.

Jelas Najwa lagi kepada portal tersebut, dia mengambil langkah berjaga-jaga sekiranya mahu memuat naik gambar agar tidak menjadi mangsa individu tidak bertanggungjawab seperti yang dialami oleh sesetengah selebriti tanah air.

Kembar Siti Nurhaliza + Neelofa?

Khamis, 28 April 2016

Seorang wanita mirip selebriti terkenal Datuk Siti Nurhaliza dan Neelofa iaitu Maisarah Raihan mengakui rezekinya semakin murah apabila ditawarkan untuk menjadi model dan duta produk.

Maisarah, 20, berkata, kehidupannya turut mendapat perhatian selepas gambar-gambar peribadi menjadi menjadi viral di laman sosial awal bulan lalu.

Top kembar sesama selebriti (7 gambar)

Jumaat, 8 April 2016


Menerusi portal Mynewshub, kami senaraikan artis yang mempunyai wajah paling seiras dan kalau dorang berlakon jadi adik beradik pun dah memang cun dah, sebab muka saling tak tumpah kan!

Artis Malaysia yang Memiliki Wajah Seiras
Dayana Roza (kiri) dan Scha Al-Yahya.

Lagi 13 kembar selebriti (13 gambar)

Jumaat, 22 Januari 2016

Nazim Othman vs Nazim Othman! apa cerita? (4 gambar)

Jumaat, 16 Oktober 2015

Nazim Othman bakal membuat satu pementasan teater bertajuk Seyogia pada November dan Disember ini bertempat di Blackbox@Publika & Nusajaya, Johor Baharu.

Namun Nazim Othman yang dimaksudkan ini bukan pelakon yang popular itu, cuma nama mereka sama. Jadi poster yang tertera nama Nazim Othman itu adalah orang lain yang melakonkan watak di teater itu.

Ramai sebenarnya keliru mengenai hal ini. Namun buat empunya nama Nazim Othman yang bakal melakonkan watak teater itu tampil membuat penjelasannya dan permohonan maaf kepada peminat pelakon Nazim Othman agar orang ramai dapat tahu mengenai hal ini.

Pengurus pelakon Nazim Othman sudah menghubungi pihak produksi teater ini untuk mendapat penjelasan.

Jadi kesimpulannya, nama sama tapi orangnya lain. Lepas ni susah lah nak sebut nama mereka kalau bertembung. Haha.

Pelakon Ruhainies iras Nora Danish (video)

Jumaat, 18 September 2015


Memang iras lah wajah pelakon baru, Ruhainies ni dengan Nora Danish, sehinggakan dia sendiri merasakan hal demikian kerana ramai yang beranggapan demikian.

Namun Ruhainies tidak mahu meniru 100% apa yang ada pada Nora Danish dari semua segi. -video mStar

6 Kembar artis yang seiras, no.6 itu paling lawak (6 gambar)

Rabu, 19 Ogos 2015

Mungkin seiras tapi tak serupa. Kan. Itulah kembar-kembar kita di dunia ni, mungkin hanya selebriti sahaja yang dapat mereka kenali. Kalau kita, ada rezeki terjumpa lah tu.

Gambar no.6 tu mungkin lawak sikitkan. keke.

Siapa kanak-kanak mirip Aaron Aziz ni?

Selasa, 3 Mac 2015

Wajah Budak Kembar Aaron Aziz
Dengar kata kanak-kanak ini menjadi viral di laman sosial akibat daripada wajahnya yang mirip pelakon Aaron Aziz. Namun begitulah kehendak sang Maha Pencipta, pasti akan ada mirip kita di mana-mana yang kita sendiri tidak tahu.

Tidak diketahui maklumat lanjut mengenai kanak-kanak ini.

Adik perempuan kembar Scha al Yahya (gambar)

Jumaat, 13 Februari 2015


Gambar Adik Perempuan Kembar Scha Al-Yahya
Scha Al-Yahya sebenarnya mempunyai seorang adik perempuan kembar yang hampir sama dengan raut wajahnya tetapi berbeza ketinggian dan cara senyuman diantara mereka berdua.

Apapun, mari kita lihat gambar adik perempuan kembar Scha Al-Yahya yang dipaparkan di bawah ini, seiras atau tidak.