Dikatakan dapat gelaran Dato di Pagar, ini jawapan pedas Boy Iman

Pada: Rabu, 14 Jun 2017
Kasihan dekat Boy Iman ni, ada sahaja kecamana yang diterima olehnya atas sebab-sebab yang dikatakan mengambil jalan 'short-cut'. Baru-baru ini berita Boy Iman menerima Darjah Indera Mahkota Pahang (DIMP) diputar belitkan dan dikecam kerana hanya bergambar di pagar istana.

Boy Iman memberitahu beliau menerima gelaran Dato itu pada 24 Mei lalu dan turut menjelaskan sebab mengapa beliau bergambar di hadapan pagar istana.


Saya ada membawa jurukamera namun dia tidak dibenarkan mengambil gambar saya di dalam istana kerana pihak istana sudah ada jurukamera yang ditetapkan pihak berkenaan. Tidak salah jika saya mengambil peluang bergambar di hadapan pagar Istana Pahang di ibu negara menggunakan jurukamera yang saya bawa sendiri sebagai kenangan.

Saya pun tak tahu nak cakap macam mana. Saya ada juga muat naik beberapa gambar ketika menerima darjah itu dalam istana yang diberikan oleh jurukamera istana yang sah di Instagram menggunakan nama ‘boyiman_dbiriansjeneral’ tetapi mengapa gambar di depan pagar itu juga yang menjadi bualan pengguna laman sosial itu.' -Boy Iman memetik HarianMetro

Tag : , , , , , ,