Ada info/gambar yang ingin dikongsi bersama? email ke:

Afdlin Shauki kini bergelar Datuk?

Selasa, 26 September 2017


Dengar khabar yang pengarah, Afdlin Shauki telah dapat pingat kebesaran yang membawa gelaran Datuk. Ramai kawan-kawan dia mengucapkan tahniah kepadanya di Instagram.

Kalau betul, tahniah lah juga. Sumber tak rasmi dari forum Cari.

Dikatakan dapat gelaran Dato di Pagar, ini jawapan pedas Boy Iman

Rabu, 14 Jun 2017

Kasihan dekat Boy Iman ni, ada sahaja kecamana yang diterima olehnya atas sebab-sebab yang dikatakan mengambil jalan 'short-cut'. Baru-baru ini berita Boy Iman menerima Darjah Indera Mahkota Pahang (DIMP) diputar belitkan dan dikecam kerana hanya bergambar di pagar istana.

Boy Iman memberitahu beliau menerima gelaran Dato itu pada 24 Mei lalu dan turut menjelaskan sebab mengapa beliau bergambar di hadapan pagar istana.

Nassier Wahab bergelar Datuk, tapi ini sikapnya yang korang tak tahu...

Selasa, 16 Mei 2017

Nassier Wahab memberitahu, biarpun baru sahaja menyandang gelaran Datuk, dia lebih senang bersikap 'low profile' dan hanya mahu dikenali dengan panggilan Nassier seperti sebelum ini.

Nassier, 55, berkata, sejurus dianugerahkan Darjah Indera Mahkota Pahang (DIMP) yang membawa gelaran Datuk di Istana Abu Bakar, Pekan, Pahang pada Isnin, di mula menerima banyak panggilan dan mesej daripada kenalan terdekat mengucapkan tahniah.

Pemangku Raja Pahang, Tengku Mahkota Pahang Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah memakaikan Darjah Kebesaran Peringkat Kedua, Darjah Indera Mahkota Pahang (DIMP) yang membawa gelaran Datuk kepada penyanyi Nassier Wahab pada Istiadat Pengurniaan Darjah-Darjah Kebesaran Negeri Pahang Sempena Memuliakan Hari Ulang Tahun Keputeraan Sultan Pahang di Istana Abu Bakar pada Isnin. FOTO: Bernama
"Alhamdulillah, saya hanya mampu berkata syukur atas rezeki Allah yang tidak dijangka ini.

"Terima kasih atas semua ucapan tahniah yang dikirim yang mana ada kenalan mula mengusik dengan status panggilan saya selepas ini.

"Tak payah susah-susah kerana pangkat tidak membawa kita ke mana-mana. Panggil sahaja saya Nassier kalau itu yang mendekatkan kita, saya tak kisah," ujarnya ketika dihubungi mStar Online

Awie bergelar Datuk

Sabtu, 7 Januari 2017

Awie semalam dikurniakan Darjah Indera Mahkota Pahang (DIMP), yang membawa gelaran Datuk. Awie berharap gelaran yang diterima menjadi pembakar semangat untuknya lebih bersinar dalam bidang seni.

"Alhamdulillah, saya sangat hargai penganugerahan ini dan berterima kasih sebenarnya.

"Apa yang pasti saya masih Awie yang dahulu, orang yang sama atas pentas," katanya ringkas.

Penganugerahan sempena sambutan Ulangtahun Keputeraan ke-86 Sultan Pahang, Sultan Haji Ahmad Shah itu berlangsung di Istana Pahang, Jalan Chulan, Kuala Lumpur.

Pereka fesyen no.1 negara kini bergelar Datuk

Selasa, 25 Oktober 2016


Pereka fesyen dan perunding perkahwinan popular, Rizalman Ibrahim merupakan antara penerima darjah dan pingat kebesaran sempena Istiadat Memuliakan Ulang Tahun Hari Keputeraan Sultan Pahang Sultan Ahmad Shah semalam.

Rabecca bergelar Datin?

Jumaat, 2 Mei 2014

Dengar khabar suami kepada Rabecca Nur al Islam, Norazam bin Dato' Sulaiman kini bergelar Dato'. Ini lagi bukti gambar Rabecca pergi ke majlis penganugerahan berkenaan oleh KDYMM Sultan Pahang.

Selain ada sumber memberitahu Facebook milik Norazam kini sudah bertukar menjadi 'Dato Norazam'. Secara automatiknya, Rabecca bergelar Datin. Kalau betul, tahniah lah. :)

Datuk Jamal Abdillah

Jumaat, 25 Oktober 2013

Tahniah lah kepada raja Pop Negara, Jamal Abdillah yang kini bergelar Datuk (Darjah Indera Mahkota Pahang (DIMP)). Ini bersempena dengan hari keputeraan ke-83 Sultan Pahang, semalam.

Tidak ketinggalan juga, Rossa (Sri Rossa Roslaina Handiyani) penyanyi sensasi nusantara yang sama-sama dianugerahkan darjah kebesaran untuk bergelar Datuk.

Gambar Zehra Zambri Terkini

Isnin, 1 Julai 2013

Ini lah penyanyi Zehra Zambri yang terkenal dengan lagu Hanya Kamu yang dikatakan kini sudah bertudung. Zehra kelihatan di satu majlis besar kenamaan untuk makan malam TUDM (Tentera Udara diRaja Malaysia( yang turut dihadiri oleh Sultan Pahang, Sultan Haji Ahmad Shah baru-baru ini.

Dengar khabar dulu dia sudah bersara, tapi tak tahu, mungkin masih ada jemputan, dia pun ok sahaja kot. :)