Sekitar pernikahan, resepsi Shima Anuar (31 gambar HD)

Pada: Isnin, 10 April 2017

Pelakon filem Tujuh Petala Cinta dan Highland Tower, Shima Anuar, 27, sah bergelar isteri kepada Mohd Solih Toha, 42, tepat jam 10.50 pagi di kediaman keluarganya, Sabtu lalu.


Shima yang turut menyambut hari lahirnya hari ini menerima mas kahwin RM8,000 termasuk tujuh dulang hantaran berbalas sembilan dari pihak perempuan. Jumlah wang hantaran dirahsiakan.

Pasangan itu dinikahkan Haji Shaari bin Husin,Penolong Pendaftar Nikah Masjid Cahaya Iman, Bandar Country Homes dan disaksikan ahli keluarga dan teman rapat kedua belah mempelai.

Pasangan itu bertunang pada 17 Disember tahun lalu.

Majlis resepsi bertema tradisional mereka pula dijadualkan berlangsung di sebuah hotel terkemuka di Bukit Bintang. -HarianMetro

Tag : , , , , , , ,