Ada info/gambar yang ingin dikongsi bersama? email ke:

Shima Anuar dah hamil, kongsi gambar baby bump (6 gambar)

Selasa, 18 Julai 2017


Pelakon filem Highland Tower, Shima Anuar sedang hamil anak pertama hasil perkahwinannya dengan Mohd Solih sejak bulan April 2017 yang lalu.

Shima juga ada berkongsikan beberapa keping gambar kehamilannya di Instagram miliknya baru-baru ini. Namun usia kandunganya tidak diketahui.

Berita mengejutkan dari Shima Anuar

Sabtu, 17 Jun 2017

Ini berita baru yang diterima dimana pelakon Shima Anuar, berkongsi berita dirinya kini disahkan hamil dua bulan. Shima juga mengakui mengalami alahan teruk pada peringkat awal kehamilannya.

Shima berkata beliau dan suami tidak merancang dalam soal cahaya mata, namun sememangnya menantikan rezeki untuk menambah ahli keluarga secepat mungkin.

Tangan buat ape tu? Dab..? 🤔 #LilSS

A post shared by Shima Anuar Official Account (@shimaanuar) on



"Saya pada mulanya melakukan sendiri ujian kehamilan di rumah, namun keputusannya negatif. Begitupun selepas dua minggu, ia bertukar menjadi positif. Saya kemudian ke hospital untuk mendapatkan pengesahan daripada doktor pula.

"Tidak lama selepas itu, saya dan suami turut berjumpa doktor pakar bagi mendapatkan nasihat lebih lanjut mengenai kandungan.

"Alahan kehamilan pertama ini juga sangat teruk sehingga membuatkan saya jadi lemah dan terbaring saja. Semua makanan yang saya makan pula akan keluar semula, malah minum air pun membuatkan saya muntah," katanya memetik BH Online.

Shima Anuar disahkan hamil, tapi kehamilan pertamanya ini.....

Khamis, 8 Jun 2017

Tahniah, pelakon Shima Anuar mengesahkan dia kini sedang hamil tujuh minggu. Kata Shima, 26, sepanjang tempoh kehamilan dia mengalami alahan dan muntah-muntah yang teruk.
"Syukur kerana hajat kami untuk menimang cahaya mata di awal usia perkahwinan dimakbulkan Allah biarpun saya mengalami alahan dan muntah-muntah yang teruk.

"Dek kerana muntah, selera makan saya juga terjejas selain turut alah dengan beberapa bau wangian," katanya kepada mStar Online.

Sekitar pernikahan, resepsi Shima Anuar (31 gambar HD)

Isnin, 10 April 2017


Pelakon filem Tujuh Petala Cinta dan Highland Tower, Shima Anuar, 27, sah bergelar isteri kepada Mohd Solih Toha, 42, tepat jam 10.50 pagi di kediaman keluarganya, Sabtu lalu.

Shima Anuar selamat bertunang (21 gambar HD)

Ahad, 18 Disember 2016

Pelakon, Shima Anuar selamat mengikat pertunangan dengan ahli perniagaan, Mohd Solih Toha, 40, pada majlis yang berlangsung di kediaman keluarganya, di Shah Alam, semalam. Pemilik nama sebenar Noor Hashimah Anuar, 26, yang dikenali selepas membintangi filem Highland Tower itu berkata, sikap bertanggungjawab dan keperibadian Mohd Solih membuka hatinya untuk menerima lamaran biarpun hanya mengenali bakal suaminya itu sejak Jun lalu. -Bharian

Shima akui 4 kali kahwin, 4 kali cerai!

Rabu, 19 November 2014

Siapa-siapa yang remaja dan bujang era 90-an pastinya mengenali penyanyi Shima (Ku Nazhatul Shima). Dengar khabar Shima telah bercerai sejak 2 tahun yang lalu dengan lelaki berketurunan negara Kanada.

Namun itu bukanlah perceraian pertama buat dirinya, malah akuinya melalui laman mStar, ianya adalah yang ke EMPAT kalinya!