Ifa Raziah belajar dan mahu terus bertudung.. (6 gambar)

Pada: Isnin, 3 April 2017

Ifa Raziah meminta peminat mendoakan hatinya terbuka untuk terus bertudung. Tambah Ifa niat untuk mengenakan hijab sudah lama terlintas di hati dan berharap satu hari nanti dirinya akan istiqamah.


"Doakan yang baik-baik. Saya memang sudah lama nak tampil berhijab, namun bagi saya apabila sudah bertudung saya perlu bertanggungjawab dalam semua aspek pemakaian,"

"Saya tidak mahu dilabel hipokrit atau mencari publisiti dengan menggunakan agama.

"Biarlah keputusan berhijab hadir secara ikhlas dan diharap berkekalan," katanya mmetik HarianMetro.



Tag : , , , , , ,