Ada info/gambar yang ingin dikongsi bersama? email ke:

Ifa Raziah bertudung Tapi....

Khamis, 6 April 2017

Sebelum ini Ifa Raziah ada membuat kenyataan akan belajar bertudung dan mahu istiqamah dalam pemakaiannya. Namun pemakaian tudung bagi Ifa belum sepenuhnya lagi buat masa ini.

Ifa juga memberitahu yang dia hanya bertudung pada hari Jumaat sahaja sejak empat bulan yang lalu memetik sebuah portal hiburan.
“Ramai orang tak tahu sebenarnya sebelum orang nampak saya berhijab di salah satu majlis di Kelantan tempoh lalu, saya dah mula berhijab sejak empat bulan lalu.

“Namun saya hanya bertudung setiap hari Jumaat selama ini.

“Ia merupakan salah satu cara saya untuk muhasabah diri selain mahu membiasakan diri ke arah berhijab,” katanya yang enggan terburu-buru untuk berhijab.

Ifa Raziah belajar dan mahu terus bertudung.. (6 gambar)

Isnin, 3 April 2017


Ifa Raziah meminta peminat mendoakan hatinya terbuka untuk terus bertudung. Tambah Ifa niat untuk mengenakan hijab sudah lama terlintas di hati dan berharap satu hari nanti dirinya akan istiqamah.

Ifa Raziah kini bergelar 'Datuk' Tapi negeri mana yang bagi?

Ahad, 14 Ogos 2016

Penyanyi dangdut Ifa Raziah berkata, darjah kebesaran yang membawa gelaran Datuk diterimanya adalah daripada penganugerahan yang sah dan seharusnya tidak dipersoalkan oleh mana-mana pihak.

Darjah Ahli Setia Diraja yang diterimanya pada Januari lalu itu adalah daripada institusi beraja yang sah di salah sebuah negeri di Malaysia.

"Ya… saya dikurniakan darjah kebesaran Ahli Setia Diraja dari sebuah negeri di Malaysia pada Januari 2016, ia bukan Datuk dari orang yang menyamar jadi sultan atau saya mendapat gelaran dari negeri seberang.

"Namun, tidaklah perlu untuk ia diheboh-hebohkan kerana saya hanya guna gelaran itu untuk majlis-majlis rasmi dan atas tujuan perniagaan sahaja,"

"Saya menerima gelaran itu sebagai satu tanda penghormatan, tak kan pula saya nak menolaknya. Lagi pula gelaran itu diberikan dan bukannya saya yang minta.

"Dalam industri perniagaan ramai yang sudah tahu dan maklum tentang gelaran yang saya dapat ini, cuma di atas pentas, saya masih lagi Ifa Raziah yang dulu," ujarnya kepada mStar Online

Bila Ifa Raziah bertudung, disamakan Siti Nurhaliza (4 gambar)

Rabu, 16 Mac 2016


Ifa Raziah baru-baru ini telah memuat naik beberapa keping gambar memakai tudung di laman Instagram miliknya.

Namun, rupa-rupanya Ifa memakai hijab hanya kerana berlakon untuk telefilem Mak Punya Pasal. Dalam hal yang lain, ada yang meletakkan gambar Datuk Siti Nurhaliza di sebelah Ifa sebagai perbandingan.

Rosyam, lebih baik jangan berlakon! - Ifa Raziah

Rabu, 7 Januari 2015

Ifa Raziah dikataka membuat kontroversi selepas sihat sepenuhnya untuk beraksi ke pentas akhir Gegas Vaganza hujung minggu lalu berikutan aksinya berpelukan dan menari dengan penyanyi, Hisyam Hamid.

Memetik portal Bharian, Dato' Rosyam Nor sebagai juri, mengakui persembahan berkenaan tidak sesuai. Namun bagi Ifa ianya hanya persembahan biasa dan mengikut rentak lagu yang dimainkan.

Keadaan sepenuhnya Ifa Raziah terkini..

Isnin, 5 Januari 2015

Alhamdulillah, Ifa Raziah dikhabarkan sudah sihat sepenuhnya dari penyakit yang dihadapinya minggu lalu. Ifa keluar bersempena Maulidur Rasul yang lalu.

Dan baru semalam dia aktif keluar untuk program TV, final Gegar Vaganza.

Punca sebenar Ifa Raziah kena jangkitan paru-paru.. (3 gambar)

Selasa, 30 Disember 2014

Dengar berita yang penyanyi dan pelakon, Ifa Raziah kini ditahan di wad. Menurut laporan mSTar, dia di tahan dekat wad Pusat Perubatan Colombia, Setapak sejak hari Sabtu yang lalu.

Ini disebabkan beliau disahkan menghidap jangkitan di bahagian paru-parunya akibat batuk yang berlanjutan selama sebulan.

Tiada info terkini yang Ifa boleh keluar dalam masa terdekat, apa-apa pun kita doakan agar Ifa cepat sembuh.

Ifa Raziah hajat hamil/mengandung sebelum usia ke....

Selasa, 7 Oktober 2014

Tahniah kepada Ifa Raziah yang meraihkan ulangtahunnya ke-39 baru-baru ini. Di dalam pada masa yang sama Ifa juga meminta hajat agar Allah SWT mengurniakan lagi cahaya mata yang juga anak ke-3 di dalam kehidupannya sebelum 40 tahun.

Ifa berkahwin dengan Mohd Yani dan dikurniakan seorang anak hasil perkahwinan mereka iaitu Muhammad Syakir Aqili Mohd Yani, 9 tahun manakala seorang lagi anak angkat mereka iaitu Sharifah Putri Umairah, 15 tahun.

Ifa Raziah selamat buat pembedahan

Rabu, 9 Julai 2014

Alhamdulillah, itulah sahaja perkataan yang harus keluar di mulut kita apabila mendapat tahu Ifa Raziah selamat menjalani pembedahan untuk membuang ketulan di payudaranya. Menurut portal Murai, ianya berpunca daripada jangkitan virus.

Ifa membuat pembedahan itu di Beverly Willshire Medical Centre semalam. Suaminya, Mohd Yani memberitahu yang isterinya itu dalam keadaan yang stabil selepas pembedahan selama 7 jam.

Semoga cepat sembuh dan boleh berpuasa serta menyambut Hari Raya nanti. :)
“Dia (Ifa) kini sudah berada dalam keadaan stabil cuma masih lagi tidak bermaya.Dia kini sedang menjalani beberapa rawatan susulan sebelum dibenarkan pulang tiga hingga empat hari lagi,”

“Dia memang amat takut untuk menjalani pembedahan ini, saya pun pelik kerana dia sebelum ini adalah seorang yang berani.

“Tapi syukur semuanya berjalan dengan lancar,” -Mohd Yani

Hadiah ulangtahun perkahwinan Ifa Raziah adalah...

Sabtu, 26 April 2014

Dikhabarkan yang Ifa Raziah menerima hadiah paling istimewa dalam hidupnya bersempena ulangtahun perkahwinan dia dengan suaminya ke-10 pada hari Khamis yang lalu.

Hadiah itu berupa sebuah kereta Mercedes C200 daripada suaminya, Mohd Yani.

"Hari ini merupakan ulang tahun perkahwinan kami ke sepuluh tahun dan tidak sangka suami menghadiahkan saya sebuah kereta Mercedes.

Pada asalnya kami ke kedai kereta adalah untuk membeli kereta keluarga iaitu jenama Hyundai Santa Fe dan tidak sangka dia belikan satu juga untuk saya,"

"Saya bukan jenis yang suka bertukar kereta, dulu suami saya beri hadiah kereta sempena kelahiran anak pertama iaitu sembilan tahun lalu iaitu BMW 3 Series yang saya pakai hingga sekarang," Ifa Raziah. mStar

Belum Bersedia Bertudung Selepas Umrah - Ifa Raziah

Khamis, 30 Januari 2014

Ifa Raziah dalam perancangan untuk menunaikan umrah tidak lama lagi, yang dijadualkan pada bulan Mac ini. Dia akan ditemani oleh suaminya, Mohad Yani.

Namun Ifa akui yang dia belum lagi bersedia untuk bertudung selepas menunaikan umrah nanti. Memetik portal mStar, Ifa berusaha ke arah itu sebaik mungkin.
"Perkara seperti itu perlu datang dari hati yang ikhlas dan saya sendiri tidak tahu adakah saya akan memakai tudung secara kekal selepas pulang nanti.

"Jika saya berjanji akan berbuat demikian tetapi gagal menunaikannya ia akan memberi kesan lain kepada saya nanti," -Ifa.

Tahniah Hafiz, Gambar Selebriti di AIM20

Isnin, 16 Disember 2013

Anugerah Indusrti Muzik 20 (AIM20) sudah pun melabuhkan tirainya dengan membuktikan penyanyi Hafiz AF telah memenangi 3 anugerah iaitu gelaran Album Terbaik menerusi lagu Luahan Hati Anak Seni, Persembahan Vokal Terbaik di Dalam Lagu (lelaki) menerusi lagu Bahagiamu Deritaku, dan Rakaman Album Terbaik. Tahniah kepada Hafiz, anda memang terbaik.

Apa-apa pun mari kita lihat selebriti yang menghadiri malam Anugerah berkenaan. -gambar RotiKaya

Bukan Silikon atau Kanser, tapi Virus

Jumaat, 16 Disember 2011

Dalam kesibukan membuat persiapan persembahan minggu ke-8 Maharaja Lawak Mega (MLM), ahli kumpulan Syok, Ifa Raziah terpaksa dikejarkan ke hospital Pantai Bangsar untuk menerima rawatan baru-baru ini. Ifa Raziah dilaporkan terkena jangkitan virus di bahagian payudara sehingga membuatkan asetnya itu membengkak dan keras seperti batu.

"Sekarang ini, Ifa baru saja selesai menjalani ultra sound. Ifa masih lagi menunggu jawapan daripada doktor. Mengikut makluman doktor, terdapat virus dalam air di bahagian payudara Ifa yang membuatkan bahagian berkenaan keras seperti batu.

"Selepas rawatan ini, doktor telah menasihati agar menjalani pembedahan dalam kadar segera. Sepatutnya Ifa kena buang ketulan membengkak itu dalam masa terdekat. Bagaimanapun disebabkan Ifa sibuk dengan MLM, Ifa ketepikan seketika soal sakit ini.

"Apa sekalipun, Ifa harap janganlah peminat salah sangka terhadap apa yang diberitahu ini. Ifa bukannya sakit disebabkan mahu membuat pembedahan payudara untuk masukan silikon.

"Doktor telah memberitahu, sakit Ifa ini bukanlah kanser payudara. Kalau kanser, pesakit tidak akan merasa sakit dan ianya akan terus membunuh mangsa dalam diam. Pun begitu, Ifa tidak boleh menipu, dalam hati Ifa, rasa takut terkena kanser itu ada bermain difikiran Ifa." -Via

Safura maafkan Ifa Raziah

Rabu, 16 Februari 2011

Safura Yaacob dengan hati terbuka mengampun dan memaafkan perbuatan penyanyi Ifa Raziah yang telah memberi tohmahan buruk dengan menuduhnya sebagai pelakon wanita murahan di sebuah laman sosial, Sabtu lalu. Safura berkata, dia turut mengikut nasihat ibunya supaya mengambil tindakkan sedemikian bagi memastikan masalah di antara mereka yang terjadi sejak lebih sepuluh tahun lalu tidak terus berpanjangan.

“Saya sudah memaafkan perbuatan dia yang tergamak mengelar saya dengan pelbagai bahasa-bahasa kasar. Ibu saya yang mengetahui perkara itu menasihati agar tidak perlu melayan perkara tersebut kerana kita sendiri terkejut kenapa penyanyi itu tergamak mengeluarkan bahasa sedemikian,” katanya kepada mStar baru-baru ini.

Ifa Raziah keluarkan kata-kata kesat??

Selasa, 8 Februari 2011

Wah bukan main pedas lagi Ifa Raziah melontarkan kata-katanya dalam laman sosial Twitter. Perkataan yang ditujukan kepada artis yang bernama S itu seolah-olah Ifa masih lagi membenci dan masih tidak berbaik dengan S. S ni dulu ada kes semenjak 1998 lagi dengan Ifa Raziah sehingga membawa kes tersebut ke mahkamah dengan saman berjumlah RM500,000. Namun si S ni sudah menarik balik saman yang dikemukan dan dianggap kes mahkamah ini selesai. Tapi kat luar, agaknya masih tidak selesai lagi. Zzz..

Ifa Raziah nyaris ditikam adik kandung

Isnin, 7 Jun 2010

Penyanyi dangdut dan pengacara TV, Ifa Raziah cedera di muka akibat ditampar, dipukul dengan topi keledar dan nyaris ditikam oleh adik lelakinya selepas dipercayai bergaduh di rumah keluarganya di Felda Guar Napai, Khamis lalu. Insiden berlaku tiga hari selepas berita yang menyedihkan menimpa Ifa sendiri dan keluarga apabila ibu Ifa meninggal dunia akibat penyakit kencing manis dan darah tinggi sebelum dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Felda Guar Napai, Rabu lalu.

Ketua Polis Daerah Kubang Pasu, Superintendan Sawaludin Hamenudin ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan artis wanita berkenaan dan berkata polis masih menjalankan siasatan. Bagaimanapun, katanya, kes itu membabitkan masalah keluarga dan tidak menyiasat mengikut mana-mana seksyen. Sementara itu, artis terbabit ketika dihubungi enggan mengulas insiden berkenaan. -hMetro

Ibu Ifa Raziah meninggal dunia, sempat berikan hadiah

Khamis, 3 Jun 2010

Penyanyi dan pelakon Ifa Raziah, 35, tidak sempat untuk berada di sisi arwah ibunya Maimunah Ahmad, 56, yang pulang ke rahmatullah semalam. Semasa peristiwa sedih itu, Ifa sibuk di lokasi penggambaran. Dalam kesedihan, pelakon drama Rahsia Hati itu sudi berkongsi cerita dia sebenarnya berjaya menggembirakan hati ibunnya sebelum Allahyarham menutup mata buat selama-lamanya.Menurut Ifa, sekali pun tidak sempat untuk berada di sisi ibunya di saat-saat akhir namun dia berpuas hati kerana sempat menghadiahkan arwah sebentuk cincin berlian bersempena sambutan Hari Ibu pada 9 Mei lalu.

Ibu Ifa meninggal dunia kira-kira pada pukul 7 malam semalam di Hospital Kangar, Perlis kerana komplikasi penyakit buah pinggang. Jenazah Allahyarham dikebumikan di kampung halaman mereka di Felda Guar Napai, Kodiang pada 12 tengah hari ini. -mStar

Suami benarkan Ifa Raziah seksi

Isnin, 18 Januari 2010

Sudah 15 tahun Ifa Raziah bergelumang dalam dunia seni dan banyak pengalaman yang telah di tempuh olehnya. Kalau orang masih kata Ifa Raziah popular hanya kerana seksi, itu terpulanglah pada pandangan mata mereka. Yang penting sama ada Ifa pakai seksi atau tidak, orang tetap akan kata Ifa seksi. Habis itu nak buat macam mana lagi. Itulah yang terjadi kepada pengacara WHI ini yang semakin aktif dalam dunia keseksiannya.

Tapi bagi saya tak kisahlah kerana suami saya sendiri dah beri izin dan suka dengan apa yang dipakai sekarang. Apa pun saya tahu tahap status saya sebagai isteri, ibu dan wanita berkerjaya. Pada saya, pakaian saya tidaklah terlalu menjolok mata. Saya sudah puas bergaya seksi sebelum ini. Tak perlu nak seksi sangat. Lagipun sekarang saya mempunyai pereka fesyen pilihan untuk menghadiri majlis hiburan iaitu Shamnina Omar. Pakaiannya mampu saya gayakan dengan menyerlah, ujarnya lagi penuh yakin.

Ucapan Raya Ifa Raziah dan Norish Karman

Rabu, 23 September 2009

Dua personaliti Tv yang popular masa kini, Ifa Raziah dan Norish Karman yang selalu ada di kaca Tv dalam rancangan Wanita Hari Ini turut berkesempatan mengucapkan Selamat Hari Raya kepada peminatnya. Walaupun Ifa sibuk menjual hamper Raya, namun Ifa Raziah sempat berlakon drama komedi Astro Prima, Pak Ngah Tarbus yang bakal ditayangkan pada Hari Raya ke-5 ini. Norish seperti biasa, Raya tanpa suami tersayang. Ngeh3.


Gambar Ifa Raziah Dan Keluarga

Khamis, 30 April 2009

Rupanya bahagia juga keluarga Ifa Raziah ni. Jarang dia mempamerkan keluarganya di khayalak umum. Sama seperti keluarga Rosyam Nor. Gambar dia dan keluarganya dalam percutian ke Pulau Langkawi. Dan gambar yang berpakaian merah tu dikatakan nampak cantik dan juga nampak natural berbanding dia memakai baju putih. Hikhik. Seperti artis dan make-up tak dapat dipisahkan.