Wajah Sharifah Sakinah yang kini bermasalah.. (gambar)

Pada: Rabu, 18 Januari 2017
Sharifah Sakinah, tidak mahu membebankan diri dengan terlalu memikirkan ujian dilalui sepanjang tempoh kehamilannya. Ekoran itu, Sakinah menyifatkan tiada sebarang masalah serius berlaku selama enam bulan kehamilan, kecuali berdepan masalah kulit muka yang serius, baru-baru ini.


"Alhamdulillah, saya belum berdepan situasi yang luar biasa. Cuma, kulit wajah saya yang bermasalah sehingga naik jerawat.

"Bagaimanapun, saya mengambil langkah untuk lebih tenang dan santai dalam melalui tempoh kehamilan ini. Seperti kakak saya, Sharifah Shahirah, walaupun sudah memiliki lima anak, dia sentiasa tenang dalam apa juga situasi," katanya kepada BH Online.

Tag : , , , , ,