Ada info/gambar yang ingin dikongsi bersama? email ke:

Tahniah Sharifah Sakinah selamat melahirkan anak (gambar)

Khamis, 25 Mei 2017

Sharifah Sakinah selamat melahirkan anak sulung menerusi pembedahan di sebuah hospital swasta sekitar Kuala Lumpur, kira-kira jam 9 pagi semalam. Bayi perempuan itu diberi nama Anais Adha.

Kelahiran anak pertama Sakinah, 27, itu dimaklumkan kakaknya, Sharifah Shahira, menerusi Instagramnya sebentar tadi.

"(Bayi) dilahirkan sekitar 9 pagi tadi, 3.1 kilogram, bayi perempuan rasanya nama Anais Adha.

"Dilahirkan menerusi kaedah pembedahan, dia tiada rasa sakit kerana sudah 'overdue' lebih dua minggu. Jenuh menunggu masa untuk bersalin.

"Alhamdulillah, mak dan ayah dapat cucu ke-17. Mak ayah Aliff pula menyambut cucu yang pertama," kongsi Shahira.

Sekitar baby shower Sharifah Sakinah (8 gambar HD)

Jumaat, 12 Mei 2017

Sharifah Sakinah mengandung pergi bersenam (11 gambar)

Jumaat, 24 Februari 2017


Untuk pengetahuan anda sewaktu tempoh hamil ibu yang mengandung amat berisiko menghadapi kencing manis hanya dalam tempoh hamil. Jadi disebabkan itu Sharifah Sakinah berasa pentingnya senaman ketika sedang hamil.

Kata Sakinah lagi, dengan senaman juga dapat mengurangkan rasa stress dan boleh menaikkan stamina untuk bersalin nanti.

Sakinah juga turut berpesan kepada semua, bagi yang sedang hamil jika mahu melakukan senaman jangan lupa untuk mendapatkan nasihat doktor terlebih dahulu dan sewaktu melakukan senaman pastikan jurulatih anda sentiasa ada bersama anda. -Mediahiburan

Wajah Sharifah Sakinah yang kini bermasalah.. (gambar)

Rabu, 18 Januari 2017

Sharifah Sakinah, tidak mahu membebankan diri dengan terlalu memikirkan ujian dilalui sepanjang tempoh kehamilannya. Ekoran itu, Sakinah menyifatkan tiada sebarang masalah serius berlaku selama enam bulan kehamilan, kecuali berdepan masalah kulit muka yang serius, baru-baru ini.

Imbasan kandungan Sharifah Sakinah yang mengejutkan!

Jumaat, 30 Disember 2016

Sharifah Sakinah telah memuatnaik gambat imbasan ultrasound bayi sulungnya. Namun menjadi perhatian dan viral apabila imbasan bayi nya kelihatab sedang memegang dumbell di kedua-dua tangannya.

Sharifah Sakinah hamil, nampak baby bump (2 gambar)

Jumaat, 16 Disember 2016

Pelakon Sharifah Sakinah dikhabarkan telah hamil anak sulung. Ini dibuktikan dengan Sharifah telah memuatnaik gambar dimana menunjukkan perutnya yang membesar.

Namun empunya badan belum lagi membuat sebarang kenyataan mengenai hal itu. Sebelum ini Sharifah pernah hamil namun mengalami keguguran sekitar bulan April yang lalu.

Sharifah Sakinah hamil anak sulung?

Selasa, 29 November 2016

Memetik portal Utusan, ada sumber memberitahu yang Sharifah Sakinah kini hamil anak sulung. Pun begitu berita itu belum lagi di iyakan oleh empunya badan.

Sharifah juga difahamkan merahsiakan perkara itu dan hanya pihak terdekat sahaja yang diberitahu.

Sebelum ini, Sharifah Sakinah pernah keguguran selain turut menafikan bahawa dirinya sudah pun hamil semula, bermula daripada gurauan kakaknya, Sharifah Shahirah.

Adik Sharifah Shahiran, Sharifah Sakinah hamil?

Khamis, 20 Oktober 2016

Gara-gara status yang dimuat naik kakaknya, Sharifah Shahirah, pelakon Sharifah Sakinah dihujani ucapan tahniah daripada peminat yang menyangka dia hamil.

Sakinah menafikan perkara itu sebaliknya memberitahu kapsyen yang dimuat naik di akaun Instagram kakaknya tidak membawa sebarang maksud.

Sharifah Sakinah berbikini... (2 gambar)

Ahad, 17 Julai 2016

Sharifah Sakinah keguguran anak pertama..

Selasa, 19 April 2016

Sharifah Sakinah tidak berasa menyesal kerana menolak tawaran lakonan yang diberikan kepadanya disebabkan ingin memberi fokus kepada kehamilan pertamanya namun dia mengalami keguguran baru-baru ini.

Sakinah berkata, ketika itu dia hanya berfikir untuk berehat daripada melakukan kerja berat tambahan pula dia seorang yang lasak memandangkan kehamilan tersebut masih pada peringkat awal.

"Saya tolak semua tawaran lakonan kerana ingin berehat dan memastikan kandungan saya berada dalam keadaan baik namun saya mengalami keguguran dan bukan rezeki saya dan suami.

"Ia ujian kecil buat kami suami-isteri dan saya yakin kejadian itu pasti ada hikmah disebaliknya," katanya kepada mStar Online.

Sakinah berkahwin dengan seorang juruterbang, Aliff Adha pada 28 Mac tahun lalu.

Sharifah Sakinah keguguran, usia kandungannya..

Khamis, 31 Mac 2016

Pelakon, Sharifah Sakinah reda dan menganggap belum rezekinya untuk menjadi ibu pada tahun ini apabila anak yang baru beberapa minggu dalam kandungan keguguran.
"Saya mendapat tahu mengenai keguguran ini sekitar dua minggu lalu. Kandungan itu sendiri masih pada peringkat awal.

"Bagaimanapun, saya menerima ketentuan ini dengan reda. Suami (Aliff Adha) turut berperasaan sama," katanya memetik Bharian Online

Doktor memaklumkan tiada apa yang perlu dibimbangkan ekoran insiden berkenaan.

Gambar Nakal Sharifah Sakinah di Mekah Dikecam Peminat (2 gambar)

Jumaat, 19 Februari 2016


Sharifah Sakinah dan suaminya kini sedang mengerjakan umrah di tanah suci Mekah. Pelakon ini telah berkongsi gambar dia dan suaminya yang mencetuskan kontroversi di laman instagram.

Namun ada sekeping gambar Sharifah Sakinah membuat gaya menjlir lidah yang menjadi tumpuan ramai.

Isu Aksi Nakal Sharifah Sakinah di Mekah

Apa yang tak kena dengan gambar ini?

Isnin, 28 Disember 2015


Peminat Bengang Minta Sharifah Sakinah Telanjang

Dengar khabar baru-baru ini Sharifah Sakinah dikecam kerana berpakaian seperti berbogel di satu majlis menyambut ulang tahun kelahiran rakan artisnya iaitu Marsha Milan.

Pakaian yang dipakainya amat seksi dan baju tanpa lengan, ala-ala orang ‘berkemban’ dan baju tu agak jarang. Ramai pengikutnya yang mengkritik dan beranggapan yang dia belum lagi berubah walaupun sudah bergelar isteri.

Namun tidak menjadi satu kehairanan juga, memang penampilan Sakinah di dalam Instagram semuanya seksi-seksi belaka.
“kinah...better u bogel je lh ...drpde pkai bju tu,” komen seorang pengikut.

Sharifah Sakinah akui jarang jumpa suaminya sebab..

Sabtu, 5 September 2015

Dengar khabar yang Sharifah Sakinah kini sudah jarang-jarang berjumpa dengan suaminya, Aliff Adha sejak berkahwin 28 Mac yang lalu.

Nak tahu apa sebab dia.. tonton video kat bawah ini. -video mStar

Sharifah Sakinah belum bersedia mahu anak sebab..

Ahad, 30 Ogos 2015

Menjadi kelaziman pasangan suami isteri, dikurniakan cahaya mata adalah rezeki yang ditunggu-tunggu oleh mereka. Berbeza pula dengan pelakon terkenal Sharifah Sakinah yang masih belum bersedia untuk menimang anak dan ingin fokus terhadap kerjayanya.

Kenyataan itu boleh dikatakan menyinggung segelintir pihak namun dia mempunyai alasan untuk membuat keputusan demikian.

Sharifah Sakinah bercomolot dalam lif.. Wow..

Selasa, 4 Ogos 2015

Memang romantik bila melakukan adegan cium bagi yang bergelar suami isteri, namun cara dan pemberitahuannya kepada umum menjadi salah apatah lagi di laman sosial.

Sharifah Sakinah pula baru-baru ini menimbulkan ramai reaksi pengikut Instagram nya apabila dia memuatnaik gambar dia bercium dengan suaminya di sebuah lif.

Gambar itu sepatutnya tidak memuatnaik walaupun ianya halal, sebab sebelum ini Johan dan Ozlyn juga pernah berbuat demikian dan mereka mendapat kecaman pelbagai pihak kerana melakukannya.

Jadi jadilah pasangan yang menuruti syariat dan panduan Islam. :)

Agnes Monica tayang pehanya yang hot.. (6 gambar)

Khamis, 30 Julai 2015

Wah penyanyi Agnes Monica menayangkan pehanya yang dikatakan peha untuk atlit dan ahli bina badan, 'peha kekar' orang menyebutnya. Rasa-rasanya agak kedudukan Sharifah Sakinah bakal terancam ke tak ek. Hehe.

Sakinah serang Ayda Jebat di lokasi.. PANAS!

Isnin, 27 Julai 2015

Sharifah Sakinah menyerang dan menyelar Ayda Jebat sebagai seorang yang 'plastik' dan bermuka-muka dan berkata yang Ayda suka mengata dirinya dibelakang. Plastik yang dimaksudkan adalah bukan memakai botox atau ubatan lain mencantikann bentuk fizikal namun lebih kepada memburuk-burukkan orang. Ayda difahamkan kelihatan pucat dan bingung dengan serangan Sakinah itu.

Kejadian ini berlaku di satu set lokasi temuramah yang berlangsung selama 5 minit dan ianya berlaku secara spontan. Namun ianya sudah dirancang awal sebagai prank untuk satu rancngan yang direka dan didalangi oleh team Melodi Raya untuk menyampaikan anugerah khas kepada Ayda Jebat iaitu anugerah pelakon wanita popular baru-baru ini. ha ha ha.

Sharifah Sakinah bersuara Siti Nurhaliza! (video)

Jumaat, 15 Mei 2015

Sharifah Sakinah telah Dubsmash secara langsung suara Datuk Siti Nurhaliza untuk satu rancangan TV bersempena AidilFitri nanti. Jom kita lihat reaksi spontan Datuk Siti di bawah.

Sekitar 2 majlis resepsi Sharifah Sakinah (108 gambar)

Isnin, 6 April 2015