Pada:
Isnin, 12 Disember 2016

Umi memberitahu dia mengenali lelaki yang bekerja sebagai doktor itu selepas diperkenalkan sendiri oleh ibu pemuda itu sendiri pada 29 Januari lalu.
"Sejujurnya, kami tidak pernah bertemu atau bertentang mata sebelum ini. Saya hanya mengenali Mr. I pada 31 Januari lalu apabila dia menghantar pesanan untuk berkenalan menerusi aplikasi WhatsApp.
"Sejak itu, kami hanya berkomunikasi menerusi mesej tanpa bercakap atau mendengar suara masing-masing di talian telefon.
"Apabila memasuki sebulan setengah perkenalan menerusi mesej, dia akhirnya menelefon saya buat kali pertama sekali gus meluah perasaan untuk bertemu," katanya kepada mStar Online.
Tag : Berita Artis , Doktor , Gambar Artis , Instagram , Pelakon , Pertunangan , Ummi Nazeera