Ada info/gambar yang ingin dikongsi bersama? email ke:

Lufya sah hamil anak sulung.. TAPI..

Rabu, 31 Mei 2017


Dengar khabar yang pelakon, Lufya Omar kini sudah berbadan dua. Berita kehamilannya ini dikongsi sendiri oleh Lufya melalui Instagram, malam tadi.

Lufya yang berkahwin dengan doktor Che Muhammad Hafiz Che Baharom pada 26 November lalu berasa amat bersyukur dengan hadiah pemberian Allah ini kepada dia dan suami.

TAPI diusia kehamilannya yang muda ini, jantina anak sulung berkenaan belum kelihatan lagi.
"Saya dan suami belum tahu jantina anak. Jika diikutkan, saya mahu anak lelaki dan suami pula suka anak perempuan.

"Lucunya ketika kami singgah ke kedai kelengkapan dan baju anak, suami saya meluru ke bahagian anak perempuan dan saya pula sebaliknya. Tapi tak kisahlah apa jantina anak kami, asalkan dia lahir sihat,

"Perut saya sudah membesar. Berkahwin dengan doktor ini tumpuan lebih sedikit kerana suami pakar dalam hal perubatan dan cara menangani kesakitan,

"Kami dapat berbuka puasa dan beribadat bersama-sama. Banyak momen manis diisi. Apabila hamil ini, biasalah perhatian daripada suami jadi bertambah," katanya kepada BH Online.

Lufya Omar, suami tak sempat lakukan ini semasa berkahwin

Rabu, 12 April 2017

Ada berita yang kita tidak sedar mengenai Lufya Omar, setelah berumahtangga hampir 5 bulan dengan seorang doktor, Che Muhammad, dia dan suaminya tidak berkesempatan untuk berbulan madu lagi.

Memetik Bharian, ini kerana jadual padat suaminya terpaksa menangguhkan hari bahagia mereka itu.

"Buat masa ini, kami belum sempat untuk berbulan madu kerana suami sibuk dengan kerjanya. "Begitupun, ada juga perancangan untuk bercuti ke beberapa tempat, cuma sebelum itu kami akan selesaikan dulu rakaman program Romantika.

"Antara lokasi percutian kami di Thailand ialah Bangkok, Pattaya, Khao Yai, Pak Chong, Kanchanaburi dan Ratchaburi. Kiranya, berbulan madu jugalah," katanya

Besarnya, Auww.... - Ruhainies

Rabu, 1 Februari 2017

Apa yang besar sampai meraung Auww ni kat Ruhainies. Video kat bawah tu ha..

Boy Iman dapat Phd dicerca dan dihina pengikutnya..

Selasa, 27 Disember 2016

Umii Nazeera selamat menjadi tunang Doktor (7 gambar)

Isnin, 12 Disember 2016

Ummi Nazeera selamat melangsungkan pertunangan dengan jejaka pilihan keluarga dikenali sebagai Mr. I, 29, pada sebuah majlis tertutup di kediaman keluarganya sekitar jam 2.30 petang, semalam.

Umi memberitahu dia mengenali lelaki yang bekerja sebagai doktor itu selepas diperkenalkan sendiri oleh ibu pemuda itu sendiri pada 29 Januari lalu.

Wajah suami Lufya Omar disamakan dengan Barbie Ken..

Isnin, 5 Disember 2016

Pada tarikh 26 November 2016, Lufya Omar selamat bergelar isteri dan juga melangsungkan majlis pernikahan bersama pasangan pilihan nya, yang juga seorang doktor, Hafiz. Namun ada pihak yang menyamakan wajah suami Lufya ini seakan-akan patung Barbie Ken.

Rasanya memang hampir sama kan. Hensem gitu.

Sekitar perkahwinan Lufya Omar (27 gambar HD)

Ahad, 27 November 2016



Lufya Omar selamat bergelar isteri kepada jejaka pilihannya yang juga seorang doktor, Che Muhammad Hafiz Che Baharum, 26, dengan sekali lafaz kira-kira pukul 8.30 malam Sabtu.

Majlis pernikahan diadakan di Laman Cinta Nirwana Kuala Lumpur dengan dihadiri kira-kira 200 tetamu terdiri keluarga kedua-dua pihak dan rakan terdekat pasangan berkenaan.

Lufya menerima mas kahwin berjumlah RM2,000 daripada Che Muhammad Hafiz, manakala wang hantaran pula dirahsiakan.

Pengantin perempuan turut menerima tujuh dulang hantaran dan dibalas dengan sembilan dulang kepada pihak lelaki. -mStarOnline

Tunang Lufya, Dr Hafiz buat ini di hospital sebelum nak kahwin...

Isnin, 14 November 2016

Bakal suami Lufya, Muhammad Hafiz yang kini bertugas sebagai seorang doktor nampaknya telah mempersiapkan diri untuk hari bahagia mereka tidak lama lagi.

Hafiz dimaklumkan telah membuat latihan skrip ijab dan kabul untuk mengelakkan dirinya daripada gemuruh dan gementar ketika melafazkannya nanti.
"Sejujurnya saya rasa tak sabar untuk menjalani hidup sebagai seorang suami kepada wanita yang memang saya cintai. Tak dinafikan sedikit perasaan gementar menjelang hari pernikahan dan perkahwinan kami.

"Tapi saya yakin insya-Allah semuanya akan berjalan dengan lancar tambah berkat doa ibu dan bapa kami. Setiap waktu solat saya akan cuba menghafal lafaz ijab kabul dan doa untuk isteri selepas di ijab kabulkan.

"Malah praktis di hospital tu ada juga. Kadang-kadang kena tegur dengan rakan sekerja yang lain," ujarnya sambil ketawa.
Tambah doktor yang bertugas di salah sebuah hospital itu lagi, dia turut bersyukur kerana bakal isteri dan kedua ibu bapanya banyak membantu segala proses persiapan majlis mereka.
"Walaupun jadual pekerjaan saya ketat namun saya tetap mencari masa yang sesuai untuk menemani bakal isteri saya dan memberikan sokongan padu tanpa henti kepadanya," ujarnya memetik MediaHiburan.

Lufya Omar umum tarikh perkahwinanya dengan Doktor..

Khamis, 3 November 2016


Lufya Omar yang sebelum ini merahsiakan tarikh perkahwinan dengan tunangnya yang bergelar Doktor iaitu Dr. Che Muhammad Hafiz, telah mengumumkan semalam dimana tarikh 26 November ini sebagai tarikh perkahwinannya.

Majlis resepsi pada hari sama di mana majlis akad nikah dan bersanding akan berlangsung di Kuala Lumpur.

UKM dan IUKL nafi berikan Phd dengan Azizan Osman

Sabtu, 1 Oktober 2016

Belum reda penafian Universiti Malaya (UM), kini dua lagi universiti tempatan tampil menafikan pernah menganugerahkan ijazah doktor falsafah (PhD) kepada pakar motivasi terkenal, Azizan Osman.

Berita Harian melaporkan, jurucakap Pusat Siswazah Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) mengesahkan tiada nama individu yang bernama Azizan Osman tersenarai sebagai penerima yang dianugerahkan PhD oleh universiti berkenaan.

Azizan mendakwa memiliki PhD dalam jurusan psikologi yang dianugerahkan UKM kepadanya, namun tidak didedahkan tahun beliau menerima ijazah doktor falsafah berkenaan.

Turut membuat penafian ialah Universiti Infrastruktur Kuala Lumpur (IUKL) yang mengesahkan tidak pernah menganugerahkan Ijazah Sarjana Pentadbiran dan PhD kepada pengasas syarikat Richworks Group of Companies itu.

Dalam kenyataan hari ini, IUKL berharap penafian berkenaan dapat menjelaskan kekeliruan dan salah faham yang membabitkan universiti itu.

Azizan dikatakan memiliki Ijazah Sarjana Pentadbiran Perniagaan dari IUKL pada tahun 2009 diikuti oleh Doktor Falsafah dengan pengkhususan dalam bidang Pengurusan di universiti yang sama.

Maklumat mengenai pendidikan Azizan ini dipaparkan dalam profil syarikat miliknya namun kini semuanya ‘hilang’ selepas penafian daripada tiga universiti tempatan.

Sebelum ini, pernah ada pendedahan mengenai kelulusan Azizan yang mendakwa menerima penganugerahan PhD Sains Metafizik dari Universiti Gordon di Florida, Amerika Syarikat namun ianya turut meragukan. – MYNEWSHUB.CC

Gelaran 'Doktor' tidak disahkan, ini komen Azizan Osman...

Jumaat, 30 September 2016

Isu gelaran doktor falsafah yang digunakan oleh Azizan Osman menjadi perhatian ramai semalam, apabila pihak Universiti Malaya mendakwa pihak universiti tidak mengeluarkan gelaran Phd yang membawa gelaran Doktor (Dr) kepada penceramah terkenal itu, akhirnya beliau sendiri bersuara mengenai dakwaan itu.

Beberapa minit selepas itu, Azizan Osman di laman facebooknya bersuara dengan isu gelaran doktor tipunya itu. memetik facebook Azizan Osman:

Inilah bakal suami Lufya Omar, Doktor.... (3 gambar)

Jumaat, 26 Ogos 2016

Lufya Omar berkongsi gambar bersama tunangnya di Instagram. Menjalin ikatan dengan seorang doktor, Dr Che Muhammad Hafiz, sejak Ramadan lalu, katanya perkongsian itu dilakukan sekadar rakaman kenangan selain berharap peminat mendoakan mereka.

Kenyataan mengejutakan Soo Wincci di Instagram

Khamis, 2 Jun 2016


Juara program realiti TV, Soo Wincci mengumumkan yang dia kini sudah bergelar doktor, PhD menerusi laman sosial Instagram nya. Tahniah diucapkan.

Fasha Sandha jumpa Prof Muhaya untuk..

Khamis, 31 Disember 2015

Baru-baru ini Fasha Sandha ada berjumpa dengan Prof Muhaya. Bukan dia berjumpa dengan Prof Muhaya berhubung isu rumahtangganya namun untuk membuat rawatan mata di pusat rawatan milik Prof Muhaya.
Syukur Alhamdulillah. Diatas bantuan Idolaku team @profmuhaya , dengan keizinan daripada yang Esa, saya dapat melihat dunia dengan jelas. Subhanallah, jelas yang amat. no more glasses, no more lenses.

Bye mata rabun (sebelum ini power 150 after melahirkan baby Raysha Jemyma)

it's one of the best decisions I've ever made. I highly recommend PERFECT Relex SMILE LASIK to those who can do it.

Insyaallah, dengan treatment yang berlandaskan cara Islam, Prof Muhaya adalah pilihan terbaik. Terima kasih Prof

Doktor, nurse diminta jangan biadap, jaga akhlak - Shahriza Mahmud

Khamis, 19 November 2015

Pelakon vateran, Shahriza Mahmud bengang dengan petugas di sebuah hospital dekat Negeri Sembilan. Katanya kejadian berlaku apabila adik beliau yang hamil 5 bulan pergi bersalin di hospital berkenaan.

Shahriza meluahkan rasa tidak puas hati di dalam laman sosial Facebbok dimana petugas berkenaan diantaranya adalah doktor dan jururawat yang bertugas dan menyifatkan mereka sebagai biadab.

Dikatakan biadap kerana ada ayat yang terkeluar daripada petugas itu berbunyi begini,

Siapakah doktor viral yang muncul di Hot FM ni? (4 gambar)

Jumaat, 6 November 2015

Jom Kenali Doktor Say Shazril Shaharuddin yang Muncul di Hot FM
Inilah Biodata Say Shazril Shaharuddin doktor muda paling hensem di Malaysia masuk HOT FM. Pada 2 November 2015 lalu, Doktor Shazril telah dijemput ke konti HOT FM untuk ke udara secara langsung.

Paling mencetus kontroversi apabila ramai dikalangan wanita yang sudah berkahwin sanggup membuat panggilan ke Hot FM semata-mata untuk menempah doktor Say Shahzril ketika bersalin nanti.

Shah Rukh Khan bergelar Doktor (10 gambar)

Sabtu, 17 Oktober 2015

Tahniah kepada pelakon dan bintang Bollywood, Shah Rukh Khan yang telah menerima Phd, Doktor Falsafah yang bergelar doktor dari The University of Edinburgh, United Kingdom pada hujung minggu lalu.

Sekitar pernikahan Felixia Yeap dengan.. (5 gambar)

Isnin, 8 Jun 2015

Model terkenal, Felixia Yeap atau nama Islamnya, Raisyyah Rania Yeap selamat menjadi isteri kepada Dr Rezal Khairi Ahmad mengikut pencarian dari sebuah sumber.

Dan ini beberapa keping gambar di muatnaik oleh Flexia bersama caption nya..

Kaki Shahira patah, tapi mesti aktifkan diri sebab...

Selasa, 20 Januari 2015

Dengar khabar yang Sharifah Shahira telah menimpa musibah dimana tulang kaki kirinya patah akibat terjatuh basikal pada bulan Disember tahun lalu.

Namun buat Shahira yang memetik portal mStar semalam, dia tetap akan aktif seperti biasa untuk mempercepatkan semula proses pemulihan tulang yang patah itu.
"Sakit itu memang sakit kerana ia membataskan pergerakan saya tetapi doktor beritahu dengan pergerakan tulang tersebut akan bercantum semula secara semulajadi dan ia tidak membimbangkan.

"Saya hanya masuk hospital selama dua hari di KPJ Tawakal Kuala Lumpur sebelum menyambung semula aktiviti seni dan tugas di konti Ultra FM,"

"Saya tidak fikir ia serius biarpun sakit dan hanya berjumpa tukang urut kerana menyangka hanya terseliuh namun selepas mengetahui keadaan sebenar saya segera ke hospital," -Shahira

Jimmy terima MBA UiTM

Isnin, 24 November 2014

Tahniah buat pengacara TV, Jimmy Shanley telah menerima Sarjana Master di Universiti Tekonologi Mara (UiTM) Shah Alam baru-baru ini.

Jimmy mengambil jurusan Sarjana Pentadbiran Perniagaan (MBA) dengan ditemani isterinya, ketika majlis konvokesyen ke-81 UiTM.

Selain itu juga, dengar khabar yang memetik portal Murai, Jimmy akan menyambung pelajaran PhD (doktor falsafah) dengan gelaran Doktor, yang memakan masa selama 4 tahun.