Pada:
Isnin, 4 April 2016
Monirah memberitahu Malaysia Gazzette:
Saya ingin mengucapkan tahniah kepada Jimmy kerana berperangai seperti ‘bapa kura-kura’dengan membiarkan anaknya berjalan dan membesar sendiri.Makamah Syariah Shah Alam memerintahkan hukuman tiga hari penjara kepada Suhaila walaupun setelah mendengar rayuan wanita itu. Ia adalah hukuman yang diringankan dari hukuman asal.
Jimmy seorang bapa yang tak bertanggungjawab kerana jika dia bertanggungjawab dia akan memberi nafkah anaknya, namun selama ini satu sen pun dia tak pernah beri.
Jimmy telah pun ambil anaknya dan tidur semalam bersama anak itu, malah dia ada muat naik gambar bermalam dengan anaknya ke media sosial.Monirah menambah yang tindakan Jimmy hanyalah kerana mahu membalas dendam pada Suhaila tanpa memikirkan kebajikan anak perempuannya. Katanya, Jimmy tidak pernah melawat anak atau cuba untuk merapatkan hubungan dengan anak itu termasuk menghubunginya dan menyambut ulang tahun kelahirannya.
Tag : Berita Artis , Gossip Artis , Jimmy Shanley , Keluarga Artis , Kontroversi , Pelakon , Perceraian Artis



