Ada info/gambar yang ingin dikongsi bersama? email ke:

Jimmy tunjuk bukti kukuh nafkahi anak-anaknya..

Khamis, 7 April 2016

Isu perbalahan Jimmy Shanley dengan bekas isterinya, Suhaila kini menjadi bualan apabila beberapa hari lalu, ibu Suhaila memberitahu yang Jimmy bukanlah suami yang baik kerana tidak menafkahkan anak-anaknya hasil perkongsian hidup dengan Suhaila dulu.

Namun bagi Jimmy ianya satu fitnah memandangkan dia ada menyimpan bukti menafkahi anak-anaknya itu dengan memuatnaik gambar beberapa resit di laman sosial instagram miliknya.

“Wahai anakku, jangan main dengan slip bank tu penat daddy simpan slip bank nafkah janda daddy walaupun tak duduk sesama pun dan nafkah kakak. Dari bulan Oktober 2010 sampailah ke April 2016 ni tak pernah lagi tercicir walaupun sebulan”

“Daddy bank in sendiri ke akaun MBB 56274010**** daddy bukanlah orang berada beri sekadar mampu tapi yang penting beringat dan lebih dari satu sen,” tulis Jimmy

Jimmy seorang bapa yang tak bertanggungjawab! - ibu Suhaila

Isnin, 4 April 2016

Datin Monirah Kassim, ibu kepada bekas isteri Jimmy Shanley, Nursuhaila Eliani Suhaimi tidak dapat berhenti meluahkan rasa kekecewaanya apabila anak perempuan tunggalnya itu dihukum penjara tiga hari kerana menghalang hak lawatan bermalam Jimmy terhadap anak mereka, Zahra Rania, 3.

Monirah memberitahu Malaysia Gazzette:

Jimmy akhirnya dedahkan wajah anaknya.. Comel.. (gambar)

Selasa, 24 November 2015

Sebelum ini Jimmy Shanley enggan mendedahkan wajah anak perempuannya hasil perkahwinan keduanya bersama Mariam Jamilah kepada umum, namun baru-baru ini dia berani mendedahkan wajah anaknya itu menerusi majalah Majalah Keluarga terbitan Kumpulan Media Karangkraf.

Jimmy Shanley dedah gambar anak perempuannya.. (4 gambar)

Ahad, 20 September 2015

Akhirnya Jimmy Shanley mendedahkan gambar anak perempuannya pada bulan Julai lalu hasil perkahwinannya yang ke-2. Namun bukan lah wajahnya, hanya badan dan sedikit wajahnya yang kelihatan.

Buat masa ini Jimmy belum bersedia sepenuhnya lagi untuk memberi lihat dan berkongsi gambar wajah anaknya di laman sosial.

Suhaila ex-Jimmy, bakal dipenjara 7 hari sebab..

Khamis, 29 Januari 2015

Bekas isteri kepada Jimmy Shanley iaitu Nursuhaila Eliani diberitakan menjalani hukuman penjara selama 7 hari yang diperintahkan oleh Mahkamah Tinggi Syariah Shah Alam semalam, atas sebab sengaja mengingkari perintah mahkamah berkaitan hak lawatan dan membawa bermalam anak mereka.

Hakim memerintahkan hukuman dijalankan semalam dengan menolak rayuan tunjuk sebab yang dikemukakan oleh Suhaila. Namun penangguhan hukuman terpaksa dilakukan kerana membolehkan peguam Suhaila memfailkan permohonan penggantungan pelaksanaan hukuman.

Jimmy terima MBA UiTM

Isnin, 24 November 2014

Tahniah buat pengacara TV, Jimmy Shanley telah menerima Sarjana Master di Universiti Tekonologi Mara (UiTM) Shah Alam baru-baru ini.

Jimmy mengambil jurusan Sarjana Pentadbiran Perniagaan (MBA) dengan ditemani isterinya, ketika majlis konvokesyen ke-81 UiTM.

Selain itu juga, dengar khabar yang memetik portal Murai, Jimmy akan menyambung pelajaran PhD (doktor falsafah) dengan gelaran Doktor, yang memakan masa selama 4 tahun.

Isteri Jimmy Shanley dah hamil? beli katil bayi?

Isnin, 18 Ogos 2014

Agak mengejut dan mengelirukan terhadap sebilangan pengikut dan pembaca instagram milik Jimmy Shanley. Sekeping gambar yang dimuatnaik oleh Jimmy berjudul "Ada extension plak katil...ermmm" telah membuatkan ramai tertanya-tanya.

Spikulasi itu telah membuat pelbagai andaian termasuk isteri dari perkahwinan ke-2 nya (7 Jun) telah hamil aka mengandung. Namun agak terlalu awal untuk membeli katil ini memandangkan mereka baru berkahwin 2 bulan yang lalu.

Memetik portal mStar, Jimmy enggan mengulas hal itu lebih mendalam. Mungkin mahu buat kejutan.
"No comment buat sementara ini. Rileks dulu... Nanti-nanti bila saya sudah bersedia, saya akan beritahu.

"Ia masih lagi terlalu peribadi untuk diceritakan buat masa ini," -Jimmy

15 Gambar pernikahan Jimmy Shanley, Mariam Jamilah

Ahad, 8 Jun 2014

Jimmy Shanley sah bergelar suami kepada Mariam Jamilah Abdul Jalil yang diadakan di Hotel Concorde, di sini, petang Sabtu semalam.

Jimmy memberi mas kahwin sebanyak RM1,000 dan wang hantaran sebanyak RM15,000. -petikan mStar | gambar Rotikaya
"Alhamdullillah, perkahwinan ini menepis khabar angin sebelum ini tentang saya berkahwin atau bercinta dengan janda.

"Isteri saya ini bukan janda dan ini perkahwinan pertamanya. Saya tahu ada orang sebarkan fitnah tentang saya berkahwin dengan seorang wanita berstatus janda kerana mereka tersilap orang.

"Ketika khabar angin itu tersebar saya sudah berkawan dengan dia dan saya bimbang juga tanggapan dia kepada saya,"

Jimmy Shanly dah kahwin dan dapat anak?

Jumaat, 21 Februari 2014

Aik baru sahaja mendengar kes penjagaan anak di antara Jimmy Shanly dengan bekas isterinya, Nur Suhaila, kini dikhabarkan Jimmy sudah bernikah dan menimang anak kecil.

Berita ini disiarkan kalau tidak silap dekat rancangan SIS di TV9 baru-baru ini. Kalau betul apa yang berlaku ini siap ada gambar kat bawah ni, tahniah lah kan diucapkan. :)

Jimmy Tak Mampu Jaga Anak! - Nursuhaila

Rabu, 19 Februari 2014

Kes perbicaraan diantara pengacara, Jimmy Shanley dengan bekas isterinya, Nur Suhaila telah berlangsung semalam. Dimana, Suhaila memfailkan hak tuntutan penjagaan anak perempuan mereka.

Menurut portal SinarHarian, Nurshuhaila mendakwa, Jimmy tidak boleh aka mampu untuk menjaga anak sulung perempuan mereka itu, Zahra Rania.
“Jadi, saya bimbang tanpa bantuan orang lain, defendan (Jimmy) tidak mampu menjaga anak dengan baik,”

“Dia pernah dimasukkan ke hospital gara-gara penyakit yang dihadapi (penyakit Bronchiolitis iaitu penyakit yang menyebabkannya demam, batuk, selesema dan sesak nafas) sejak Oktober 2012,”

“Defendan (Jimmy) memulakan kerjanya bermula jam 6 sehingga 10 pagi, jadi adalah mustahil dia dapat meluangkan masa berkualiti bersama anak kami." -Suhaila

Kereta Jimmy Shanley Dibakar Sebab...

Rabu, 9 Oktober 2013

Mengikut portal Harian Metro, kereta milik Jimmy Shanley ditemui terbakar baru-baru ini berdekatan dekat Simpang Pulai.

Kereta model Chevrolet Optra itu dilarikan penjenayah sebelum dibakar sehingga rentung. Jimmy ketika itu dalam perjalanan pulang ke Ipoh untuk majlis keluarga.

Gambar Anak Jimmy Shanley Edisi Julai

Isnin, 29 Julai 2013

Dah besar dah anak Jimmy Shanley ni, Zahrah Rania Shanley yang berusia dua tahun lebih. Walaupun Jimmy dan Suhaila telah berpisah selama 8 bulan, namun kasih sayang Jimmy kepada anaknya itu tidak pernah pudar bahkan semakin hari semakin sayang gitue. Tapi tidak dipastikan Zahrah kini dalam penjagaan Jimmy atau Suhaila, rasanya Suhaila. -Twitter MrJimmyShanley

Jimmy Shanley dah Kahwin?

Isnin, 24 Jun 2013

Eik biar betik, dengar khabar semalam melalui sisipan Bpop Bharian, yang Jimmy Shanley sudah berkahwin. Menurut sumber dalam laman akhbar berkenaan, Jimmy berkahwin dengan seorang wanita bergelar janda dan perkara itu disembunyikan dari pengetahuan umum.
Tak tahu nak cakap macam mana tapi Jimmy memang dah berkahwin dengan seorang wanita cantik berstatus janda sedikit masa lalu. Majlis tersebut pun tak dibuat besar untuk mengelak pengetahuan peminat.

Tapi khabarnya isteri Jimmy memang kaya raya dan dalam kalangan orang yang banyak duit. Mungkin itu jodoh terbaik buat Jimmy setelah melalui kegagalan rumat tangga beberapa tahun lalu. -sumber. Gambar Forum Cari


Mahkamah Tolak Permohonan Jimmy Untuk Penjarakan Suhaila

Rabu, 29 Mei 2013

Mahkamah Tinggi Syariah Shah Alam baru-baru ini tidak membenarkan permohonan Jimmy Shanley bagi mendapatkan notis tunjuk sebab terhadap Nursuhaila Ellia Suhaimy berhubung keingkaran bekas isterinya itu terhadap perintah mahkamah berhubung hak penjagaan anak mereka, Zahrah Rania, 2 tahun.

Hakim Syarie, memerintahkan Jimmy selaku pemohon untuk memasukkan afidavit sokongan daripada saksi sebelum mahkamah mendengar permohonan tersebut. Mahkamah mendapati terdapat pelanggaran pada tiga tempoh perintah yang dikeluarkan oleh mahkamah sebelum ini namun ia perlu disertakan dengan saksi bagi menyokong dakwaan yang difailkan oleh pemohon.

Jimmy pada 7 Mei lalu memfailkan permohonan untuk mendapatkan perintah komital terhadap Nursuhaila bagi memenjarakan bekas isterinya itu atas dakwaan ingkar terhadap perintah mahkamah berhubung hak penjagaan anak mereka.

Dalam afidavit yang difailkan, Jimmy mendakwa Nursuhaila gagal melaksanakan perintah yang dikeluarkan mahkamah yang sama pada 8 April lalu yang memutuskan dia diberi hak lawatan dan bermalam selama tiga hari setiap minggu dengan anaknya.

Jimmy dalam saman berkenaan menjelaskan Nursuhaila gagal berbuat demikian pada empat tempoh iaitu pada 9 hingga 11 April, 16 hingga 18 April, 23 hingga 25 April dan 30 hingga 2 Mei lalu.

Hakim bagaimanapun meminta tarikh pertama iaitu 9 hingga 11 April dikeluarkan daripada permohonan kerana faktor Nursuhaila berada di luar negara bersama anak mereka ketika keputusan dibuat sehari sebelum itu.

Mahkamah menangguhkan kes itu pada 25 Jun depan. -mStar

Jimmy Shanley Sedia Untuk Kahwin Lagi Tapi..

Selasa, 9 April 2013

Berita baik dan tidak baik telah menimpa Jimmy Shanley, berita baiknya adalah difahamkan Jimmy akan menamatkan zaman dudanya dengan bersedia mencari penganti kepada bekas isterinya, Suhaila selepas 5 bulan bercerai.
"Tiada sebab mengapa saya perlu serik dengan perkahwinan dan harap-harap Allah menemukan saya dengan jodoh yang sesuai

"Saya ni ‘duda tak laku’ dan masih solo. Jika ada jodoh pasti saya akan berkahwin,

"Saya lebih menghargai kehidupan saya dan menjadi lebih matang. Saya juga sedar apabila sesuatu perkara buruk itu terjadi kita tidak boleh menyalahkan orang lain.

"Peristiwa ini juga telah mendekatkan diri saya dengan Allah,

"Saya sentiasa mendoakan perkara yang baik-baik untuk bekas isteri dan berharap dia akan menemui kebahagiaan dalam kehidupannya," kata Jimmy.
Berita tidak baiknya dan mungkin sudah menjadi satu kelaziman dalam undang-undang rumahtangga Islam, Jimmy yang ditemui ketika dia dalam prosiding mahkamah semalam untuk tuntutan penjagaan anaknya, Zahrah Rania telah berbesar hati menerima keputusan mahkamah apabila Suhaila berjaya dalam tuntutan keatas penjagaan Zahrah. Jimmy hanya akan dapat hak lawatan dan bermalam selama tiga hari dalam seminggu bersama anaknya selain kebenaran menyambut perayaan Aidilfitri dan Aidiladha secara bergilir-gilir memetik portal mStar.

Anak Jimmy Shanley Yang Cute

Ahad, 24 Mac 2013

Dah besar panjang dah anak kepada pengacara, Jimmy Shanley. Kalau yang masih tidak mengingati nama anak Jimmy ni, namanya, Zahrah Rania Shanley.

Dalam usia nak dekat 2 tahun, Zahrah Rania Shanley kini selesa bersama ayahnya. Sememangnya masih tidak memahami apa yang terjadi kepada kedua orang ibubapanya.


Bekas Isteri Jimmy Akui Hamil Anak Luar Nikah

Selasa, 4 Disember 2012

Wah isu perceraian Jimmy Shanley dengan Nursuhaila masih lagi hangat. Yang terbaru, perceraian mereka ini masih lagi berlangsung di Mahkamah Rendah Syariah Shah Alam. Dan yang paling mengejutkan adalah Suhaila mengakui anak yang dikandungnya adalah anak luar nikah. Aiseh.

Bukan itu sahaja, malah Suhaila juga mahu menggugurkan kandungan berkenaan. Jimmy mendakwa Suhaila membuat pengakuan itu melalui SMS pada 24 Januari 2011 selepas menerima teguran dari Jimmy.
"SMS isteri berbunyi; Kalau I mengandung pun confirm anak you ke? Ni Mr Jimmy, I dah buanglah anak you tu kalau I mengandung.

"Saya balas SMS dan bertanya anak siapa awak mengandung? Dia jawab; Anak haram. Mampus pi lah anak siapapun. Ada aku kisah," kata Jimmy yang membacakan SMS Nursuhaila. -sumber

Jimmy Shanley, Suhaila Cerai Talak Satu

Khamis, 11 Oktober 2012

Akhirnya pengacara Jimmy Shanley dan isterinya Nursuhaila Eliani Suhaimy bercerai talak satu secara khuluk atau tebus talak dengan bayaran RM1.

Lafaz cerai (khuluk) itu dilakukan di Mahkamah Rendah Syariah PJ pada hari Rabu selepas pasangan berkenaan bersetuju untuk menamatkan rumah tangga masing-masing.

Hakim  yang mendengar lafaz itu kemudian membenarkan jatuh talak satu dan mengarahkan Nursuhaila bersuci tiga kali edah.

Jimmy dan Nursuhaila diijabkabulkan pada 1 Oktober 2010 dengan hantaran sebanyak RM31,186 yang diambil bersempena tarikh lahir Nursuhaila yang jatuh pada 31 Januari 1986.

Kemelut rumah tangga mereka mula diperkatakan pada 11 November 2011.

Jimmy memfailkan permohonan kembali taat dan nusyuz terhadap isterinya selepas mereka tinggal berasingan sejak 21 Oktober 2010.



Anak Jimmy Shanley kini sudah setahun

Rabu, 25 Julai 2012

Sudah setahun Zahrah Rania Shanley anak pengacara, Jimmy Shanley ini dilahirkan ke dunia. Walaupun dibelenggu dengan masalah keluarga yang kadang-kadang merumitkan kita dengan tuduh sana tuduh sini, rupanya masih ada juga yang belum mengerti apa-apa.

Namun tanggungjawab sebagai seorang ayah dan juga pemberi nafkah masih lagi perlu ada untuk Jimmy, kerana Zahrah Rania Shanley merupakan darah dagingnya yang pertama dan pastinya Jimmy menyangi anaknya itu walaupun sudah berpisah dengan isterinya, Suhaila.

gambar Gossip Cari | MediaHiburan

SMS Suhaila dakwa anak dikandungkan anak haram

Rabu, 9 Mei 2012

Jimmy Shanley memberitahu Mahkamah Rendah Syariah Shah Alam semalam bahawa isterinya, Nursuhaila Eliani Suhaimy mengaku mengandung anak luar nikah dan mengugut mahu menggugurkannya jika kandungan itu benar anak Jimmy.

Jimmy berkata, Nursuhaila membuat pengakuan menerusi SMS pada petang 24 Januari 2011 selepas dia menegur isterinya itu, yang didapati masih berjudi.

Jimmy memberi keterangan dalam perbicaraan tuntutan nusyuz dan kembali taat yang difailkan terhadap Nursuhaila pada 3 dan 27 Januari tahun lalu.

Menjawab soalan peguam syarie Mohd Noor Aizan Mohd Idrus, Jimmy berkata, pengakuan Nursuhaila itu adalah salah satu sebab mengapa dia mendakwa isterinya nusyuz.
"SMS isteri berbunyi; Kalau I mengandung pun confirm anak you ke? Ni Mr Jimmy, I dah buanglah anak you tu kalau I mengandung.

"Saya balas SMS dan bertanya anak siapa awak mengandung? Dia jawab; Anak haram. Mampus pi lah anak siapapun. Ada aku kisah," kata Jimmy yang membacakan SMS Nursuhaila di hadapan Hakim Syarie, Saharusin Selamat. -VIA