Pada:
Selasa, 5 Januari 2016

“Berderau darah saya apabila diberitahu mengenai hal ini. Buat pertama kalinya, saya berhadapan dengan berita palsu sebegini. Saya terpaksa menelefon ibu di kampung agar dia tidak terkejut dengan berita ini.
“Saya sendiri lemah semangat apabila diberitahu mengenai berita palsu kematian saya, ini pula ibu saya yang sudah berusia. Tweet mengenai berita kematian saya tersebar luas sehinggakan ada yang memuat naik gambar untuk mengucapkan takziah. Saya sedang cuba maklumkan kepada rakan-rakan bahawa berita itu adalah tidak benar sama sekali,” katanya.
Tag : Artis Meninggal , Berita Artis , Gossip Artis , Pekin , Pelakon , Twitter