Ada info/gambar yang ingin dikongsi bersama? email ke:

Shortfilem sedih lakonan Pekin, Falisha (video)

Selasa, 5 April 2016

Ini adalah sebuah karya short filem oleh Wan Mohd Hafiz melalui akaun Facebook beliau dimana short filem ini dilakonkan oleh Pekin Ibrahim dan Falisha Crossley mengisahkan kisah kasih sayang suami isteri.

Nak tahu sangat, ha tonton sampai habis shortfilem berjudul Isteri Saya.

Pekin Ibrahim meninggal dunia?

Selasa, 5 Januari 2016

Pelakon terkenal, Pekin Ibrahim telah menyangkal dakwaan bahawa dirinya sudah meninggal dunia yang telah menjadi viral di laman Twitter.

Pekin Ibrahim meninggal dunia?

Ahad, 11 Oktober 2015

Pekin Ibrahim terkejut, apabila berita palsu kematiannya tersebar meluas di laman sosial Twitter semalam.

Berikutan laporan itu dia terpaksa menelefon ibunya di kampung bagi memaklumkan mengenai berita palsu itu.

Syafiq Kyle nafi ada hubungan dengan Uqasha Senrose

Selasa, 17 Jun 2014

"SAYA bukan orang ketiga seperti yang mereka maksudkan," tegas pelakon baru Syafiq Kyle tentang kisah perpisahan Pekin Ibrahim dan Uqasha Senrose baru-baru ini.

Sambil menolak kisah mengarut tersebut, Syafiq bertegas hubungan antaranya dengan Uqasha hanyalah teman biasa dan tak pernah lebih daripada itu.

Bagi Syafiq, dia langsung tidak mengetahui tentang kisah cinta antara bekas pasangan tersebut kerana itu adalah urusan peribadi mereka yang tak perlu dicampuri.

Yang membuatkan pelakon berusia 22 tahun ini terkilan apabila namanya mula dikatikan sebagai orang ketiga yang sedikit sebanyak mencemarkan reputasinya sebagai orang baru.

Uqasha akui sudah putus tunang dengan Pekin

Khamis, 29 Mei 2014

Terkejut juga mendapat tahu kenyataan daripada Uqasha Senrose ni, katanya memetik portal HarianMetro, yang dia dan Pekin sudah bukan bertunang lagi.

Kenyataan dari Uqasha keluar setelah Pekin memberitahu yang dia dengan Uqasha masih lagi bertunang.
“Saya bukan tunang dia dan kami tidak pernah bertunang. Kata putus dah dibuat pun. Sudah empat atau lima bulan kami sudah tidak berkomunikasi langsung,”

“Saya betul-betul tak tahu apa agenda dia terus bercakap mengenai hubungan kami kepada media? Sebenarnya kami memang dah tak ada apa-apa. Kami dah pernah berbincang benda ini, jadi tak perlulah dia terus canang lagi,” tambah Uqasha Senrose.

Pekin, Uqasha masih lagi bertunang

Isnin, 26 Mei 2014

Umum mengetahui yang Uqasha Senrose yang kini tunang kepada Pekin Ibrahim masih lagi menjadi tanda tanya samada pertunangan mereka putus atau tidak oleh sesetengah peminat selebriti tempatan.

Pekin yang memetik portal mStar semalam, kenyataan Uqasha berkaitan putusnya hubungan mereka beberapa minggu lalu dianggap sebagai emosional, dan mereka kini mencari jalan terbaik untuk menyelesaikan masalah berkenaan dengan mereka kini masih lagi berstatus tunang.

Sebenarnya mereka merancang untuk mengikat tali ikatan pernikahan pada 25 Oktober tahun ini.
"Ikatan pertunangan tidak pernah putus cuma perancangan perkahwinan ditangguhkan seketika bagi memberi ruang kepada kami untuk berfikir semasak-masaknya tentang keputusan untuk melangkah ke fasa seterusnya dan mencari keserasian.

"Keluarga kedua-dua belah pihak mengetahui perkara ini dan mereka juga turut menasihatkan agar kami tidak terburu-buru dan bertenang buat masa ini,"

"Tipu kalau saya kata saya tidak sayangkan dia tetapi buat masa ini saya malas hendak fikir tentang perkara itu kerana kalau ada jodoh adalah nanti," -Pekin

Style rambut Pekin

Jumaat, 2 Mei 2014

Pelakon Pekin difahamkan telah mengubah style rambutnya yang lebih canggih dan moden gitu. Dikatakan style ala punk ini menjadi trend ketika ini, namun penambahan warna untuk style ini adalah ditahap yang power gila lah katakan.

Namun perubahan pada style rambut Pekin ini bukanlah selamanya, dia hanya untuk berlakon filem Yakuza dan Juvana II. Jadi kepada orang muslim, jangan mencontohi rambut seperti ini diluar sana ok. :)

Uqasha, Pekin sudah berbaik semula?

Selasa, 29 April 2014

Dengarnya episod hubungan diantara Uqasha Senrose dengan Pekin kini sudah kembali pulih. Ini dibuktikan dengan beberapa komen manis dari Uqasha kepada Pekin melalui laman sosial Instagram masing-masing.

Bebaik kepada kekasih semula atau kawan biasa yang itu tidak dapat dipastikan. Semoga berbahagia lah mereka kan.

Uqasha bergelar isteri kepada Qi Razali. eh?

Isnin, 14 April 2014

Memetik Facebook milik Uqasha Senrose iaitu kakak kepada Nelydia Senrose difahamkan yang Uqasha sudah bergelar isteri kepada Qi Razali.

Eh tak ke pelik, kan Nelydia yang dikaitkan dengan Qi selalu, pesal Uqasha yang bergelar isteri pula. Memang pada mulanya agak kabur dan bingung sedikit pasal nama hampir sama sahaja diantara mereka adik beradik ni.

Kami Sudah Putus! Uqasha & Pekin

Isnin, 10 Februari 2014

Menurut portal Bharian semalam, hubungan diantara Pekin Ibrahim dan kekasihnya, Uqasha Senrose kini semakin parah.

Ianya kelihatan agak samar samada benar atau tidak, mereka kian diambang perpisahan. Bila dihubungi, agak sukar pula menerima jawapannya masing-masing.

Namun menceritakan disebalik kemelut ini, tidak dipastikan apa lagi punca atau penyebabnya.

Melihat laman sesawang lain, hubungan mereka sebenarnya sudah berakhir, dan kini kembali membuat haluan sendiri tapi masih berhubungan baik sebagai seorang kawan biasa.

Gambar Selebriti Yang Hadir di Pencalonan ABPBH 2013

Khamis, 23 Januari 2014

Ini adalah sebilangan seorang selebriti yang hadir ketika pengumuman calon ABPBH 2013 semalam, Yana Samsuddin, Pekin (dengan kekasih), Johan Asaari dengan deejay-dejaay Radio Era FM, Dina.

Yang paling tak sangka, Yana sekarang dah semakin cantik. Memang berderau melihat kelibatnya ni, setelah menonton filem Adnan Sempit 3 yang lalu.

Dimana untuk pengetahuan umum mengenai ABPBH kali ini, Zizan Razak adalah selebriti yang paling banyak pencalonan. Mungkinkah Zizan akan memenagi anugerah Bintang Paling Popular? tunggu dan undi ok. -Gambar Facebook Era FM

'Kami Sudah Berbaik' - Pekin

Isnin, 28 Oktober 2013

Akhirnya teka teki status rasmi hubungan pertunangan Uqasha Senrose dengan Pekin kini terjawab apabila Sharnaaz tampil membuat penjelasan kepada Pekin sendiri.

Sebenarnya Sharnaaz dengan Uqasha rapat sebelum ini adalah untuk membuat kejutan kepada Pekin bersempena dengan ulang tahunnya yang diadakan tidak lama lagi.

Sah Putus! Pekin Ada Bukti Uqasha Dengan Sharnaaz

Jumaat, 25 Oktober 2013

Memetik portal Kosmo! semalam, Pekin sudah mengesahkan yang tali pertunangan dia dengan Uqasha Senrose sudah berakhir.

Kisah menyulam percintaan sejak bulan Februari dan bertunang 5 bulan kemudian bukan jaminan sebenar bahkan ianya idak bertahan lama apabila Pekin mendedahkan yang Uqasha bersikap curang kepadanya dengan mempunyai hubungan dengan pelakon, Sharnaaz.

Semalam ibu Uqasha belum memutuskan yang mereka sudah putus, tapi rasanya pengakuan Pekin sepertinya sudah ke arah itu.

Pekin, Uqasha Belum Putus Lagi - Ibu

Khamis, 24 Oktober 2013

Episod pasangan selebriti yang bertunang, Pekin Ibrahim dengan Uqasha Senrose yang dikatakan putus baru-baru ini telah disangkal oleh ibu kepada Uqasha sendiri.

Ianya daripada laporan akhbar tempatan yang mendakwa ada pihak ke-3 di dalam pertunangan mereka itu, dia adalah Sharnaaz Ahmad. Sharnaaz juga menafikan dakwaan itu, dan mahu bertemu dengan Pekin untuk mengetahui perkara sebenar.

Memetik daripada portal mStar, ibunya, Rosmizai tiada apa-apa berlaku di dalam pertunangan dikedua-dua pihak dan masih dalam ikatan pertunangan lagi.

Pekin, Uqasha Sudah Bertunang

Rabu, 24 Julai 2013

Dalam tidak disangka, Pelakon, Pekin dan kekasihnya, Uqasha Senrose dikhabarkan memetik portal MediaHiburan yang mereka telah betunang pada awal bulan ini atau bersamaan sebelum bulan Ramadan.

Namun tarikh sebenar pertunangan itu tidak didedahkan, cukup sekadar pemberitahuan secara ringkas. Apa-apa pun tahniah, semoga ke jinjang pelamin.
"Ya, saya dan keluarga telah menghantar rombongan merisik dan saya dan Uqasha sudah bertunang pada awal bulan ini" -Pekin

Pekin doakan kebahagian Ayu Raudhah

Sabtu, 27 November 2010

Pelakon Pekin Ibrahim, merupakan orang yang paling gembira berikutan ex-girlfriend, Ayu Raudhah bakal melangsungkan pernikahan dengan pemain bola sepak kebangsaan, Aquan Adha pada Januari 2011. Pekin mendoakan kebahagian Ayu dan berharap agar perkahwinan mereka nanti kekal hingga akhir hayat.

"Mungkin sudah sampai jodohnya untuk berkahwin, saya doakan yang terbaik buatnya. Walaupun kami putus, masing-masing masih lagi bertanya khabar seperti biasa,"
Tegas Pekin, kehilangannya seketika daripada industri seni bukan kerana dia melarikan diri selepas putus cinta dengan Ayu pada tahun lalu, sebaliknya sibuk dengan pelajarannya di Institut Seni Indonesia (ISI), Jogjakarta.

"Tidaklah, mana ada. Saya yang minta putus, buat apa saya nak lari. Sebenarnya saya sibuk dengan pengajian saya di Jogjakarta dan baru saja tamat pengajian pada Ogos lalu." katanya kepada mStar.

Pekin punca Remy, Ummi bergaduh?

Isnin, 4 Januari 2010

Malah, ada khabar angin mengatakan punca pergaduhan pasangan kekasih, Remy Ishak dan Ummi Nazeera itu berpunca daripada orang ketiga yang mula ‘masuk jarum’, menyebabkan seorang daripada mereka naik angin dan mula mempersoalkan kesetiaan masing-masing. Antara dikaitkan dengan cerita itu termasuk pelakon Pekin Ibrahim, yang sebelum ini kelihatan rapat dengan Ummi, terutama ketika menjalani penggambaran filem Hantu Kak Limah Balik Rumah arahan Mamat Khalid di Kuala Kangsar, baru-baru ini.

Menurut sumber, hubungan mereka akrab seolah-olah pasangan bercinta dan asyik ‘berkepit’ di sana, menyebabkan ramai menuding jari Pekin adalah punca sebenar hubungan Remy dan Ummi pecah berderai. Bagaimanapun, anak muda kelahiran Kelantan itu tegas menafikan dia terbabit dalam cinta tiga segi, apatah lagi parut yang baru sembuh akibat putus cinta dengan Ayu Raudhah sebelum ini masih jelas.

Menurutnya, dia tidak pernah berniat merampas kekasih orang, sebaliknya sekadar berkawan dengan sesiapa saja yang menghulurkan salam persahabatan memandangkan penggiat dunia seni sememangnya akrab sesama sendiri.