Pada:
Selasa, 8 Disember 2015
Namun desas desus dikhabarkan mereka menyorok wajah anak mereka kepada umum menjadi perbualan hangat. Bagi Yusry dan Lisa mereka berbuat demikian sebelum ini ada sebab tersendiri.
"Assalamualaikum. Alhamdulillah. Kami amat bersyukur atas kehadiran Yahaira dalam hidup kami. Tidak pernah ada niat di hati untuk 'sorokkan anak' seperti didakwa sesetengah.
"Cuma sebagai bapa, saya mahu anak saya membesar dengan cara paling normal dan sederhana,"
"Janganlah juga ibunya terus dipersalahkan kiranya mahu anaknya membesar secara sederhana.
"Hidup sebagai selebriti tidak pernah di'pilih' oleh anak kami ini,"
"Saya muat naik gambar kami sekeluarga kerana semalam hari bersejarah untuk kami dan hari yang penting buat Yahaira.
"Dengan terbitnya gambar ini, Insya-Allah anak yang tidak berdosa ini tidak akan diberi pujian melampau mahupun dikeji," -Yusry memetik portal mStar
Tag : Anak Artis , Gambar Artis , Instagram , Lisa Surihani , Majlis Akikah , Pelakon , Suami Isteri , Yusry KRU



