Ada info/gambar yang ingin dikongsi bersama? email ke:

Lisa Surihani berseluar pendek? (2 gambar)

Khamis, 10 Ogos 2017

Jarang Lisa Surihani tampil seksi selepas kahwin dengan Yusry Halim. selalunya imej sopan lebih ditonjolkan oleh Lisa. Namun baru-baru ini kecoh apabila gambar Lisa berseluar pendek muncul di Instagram.

Namun bukan Instagram miliknya, tapi dari milik orang lain. Gambar berkenaan dikatakan Yusry dan Lisa sebenarnya menghadiri majlis sambutan hari lahir rakan baik mereka di sebuah resort peranginan.

Ramai yang mengecam dan ramai juga yang sekadar memberikan pandangan sahaja.

Lisa Surihani sedih tengok anak sulungnya

Ahad, 23 Julai 2017

Lisa Surihani sejak melahirkan bayi keduanya iaitu Yusof Leonne pada 23 April lalu mengakui sedih dengan gelagat anak sulungnya, Yahaira Leanne yang meragam apabila dia memangku untuk menyusukan Yusof, adiknya.
"Masa mula-mula dahulu dia memang sayangkan dan rapat dengan Yusof tetapi selepas dia melihat saya menyusukan adiknya, Yahaira mula berubah sikap.

"Dia sering menangis apabila nampak saya menyusukan Yusof dan meragam untuk mendapatkan perhatian saya dan suami.

"Saya tidak mahu Yahaira berasa sedih begitu kerana dia rasa seperti diketepikan.

"Situasi itu benar-benar buat saya patah hati kerana saya dalam dilema kerana perlu memastikan Yusof mendapat perhatian dan diberikan susu badan," katanya.

Bagaimanapun kata Lisa, dia melihat situasi itu sebagai satu proses pembelajaran untuknya dalam memastikan kedua-dua anaknya mendapat perhatian sama rata.

Kata Lisa, amat penting bagi ibu-bapa untuk membahagikan masa sama rata agar anak-anak yang masih kecil tidak berasa terabai.
"Secara perlahan-lahan saya mula belajar untuk membahagikan masa agar tiada di antara mereka merasakan seperti tidak penting dan mendapat kasih sayang sama rata.

"Walaupun sudah mempunyai cahaya mata tetapi dengan kehadiran Yusof saya sedar kaedah penjagaan dan mendidik anak itu tidak lagi sama dan perlu mengikut situasi mereka," jelasnya kepada mStarOnline.

Yusry, Lisa Surihani 'jual' anak?

Selasa, 18 Julai 2017


Yusry KRU dan Lisa Surihani dan dua orang anaknya, Yahaira Leanne dan Yusof Leonne bakal terlibat dalam musim kedua program realiti eBu Babypedia dan ia mengejutkan orang ramai sehingga ada yang mendakwa Lisa dan Yusry ingin “menjual” anak.

Namun, Yusry menafikan dakwaan tersebut.
Tidak timbul isu kami ‘menjual’ anak untuk mendapat imbuhan cuma niat sekadar mahu berkongsi kegembiraan dan kasih sayang sebagai ibu bapa. Lagipun program ini tidak menggunakan nama anak kami sebagai tajuk.

"Lebih kepada sebuah program realiti keluarga berbentuk ilmiah. Sebab itu kami bersetuju terlibat menjayakannya dari musim pertama hinggalah yang kedua." kata Yusry memetik Utusan

Sekitar Suasana Hari Raya Lisa Surihani, Yusry (11 Gambar)

Khamis, 29 Jun 2017

Lisa, Yusry umum nama anak ke-2 (2 gambar)

Rabu, 3 Mei 2017


Umum mengetahui yang Lisa Surihani dan Yusry telah menimang cahaya mata ke-2 mereka pada 23 April yang lalu. Namun nama anak berkenaan tidak diberitahu ketika dilahirkan.

Semalam, di laman sosial Instagram Lisa, dia mengumumkan nama anaknya itu. Nama anak lelaki mereka ini iaitu “Yusof Leonne”.

Lisa Surihani, Yusry timang anak ke-2 (gambar)

Isnin, 24 April 2017

Yusry Abdul Halim dan Lisa Surihani menimang cahaya mata kedua pada pagi semalam, Ahad. Lisa, 31, selamat melahirkan bayi lelaki di Pusat Perubatan Pantai kira-kira pukul 7 pagi 23 April.

Perkara itu didedahkan Yusry menerusi laman sosial Instagram miliknya.

"Alhamdulillah, Lisa sudah selamat melahirkan bayi lelaki pagi tadi. Syukur alhamdulillah," tulisnya.

Pasangan itu turut mempunyai seorang anak perempuan iaitu Yahaira Leanne yang kini berusia dua tahun. -mStarOnline

Yusry kongsi gambar hamil Lisa Surihani terkini

Jumaat, 21 April 2017


Lisa Surihani yang sarat mengandung anak ke-2 (20 gambar)

Khamis, 23 Februari 2017

Dengar berita yang kini Lisa Surihani dilantik sebagai duta Dana Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu Bagi Kanak-Kanak (UNICEF). Walaupun kini tengah sarat mengandung anak ke-2.

Baby bump Lisa Surihani anak ke-2 (12 gambar HD)

Khamis, 26 Januari 2017

Yusry dedah Lisa Surihani kini tidak berlakon..

Selasa, 24 Januari 2017

Lisa Surihani yang kini mengandung anak ke-2 dengan usia kandungannya 7 bulan mengakui masih aktif dalam dunia seni walaupun jarang kita lihat Lisa berlakon dalam drama mahupun filem.

Suami, Yusri mengakui Lisa memang tidak lagi berlakon buat masa ini namun membenarkan isterinya itu untuk menjadi duta produk sahaja.

"Jika ada kerja-kerja sebagai duta dia masih lagi pergi sebab itu hanya dalam masa satu hari.

"Tapi berlakon memang dia tak ambil lagi kerana agak sukar sesebuah produksi untuk bekerja dalam tempoh 12 jam sahaja.

"Alhamdulillah sejak mengandung anak kedua dalam jangka masa yang agak rapat, Lisa semakin memahami badannya sendiri.

"Kalau dulu, setiap minggu dia mahu berjumpa doktor untuk lihat sama ada baby sihat atau tidak.

"Tapi kini dia ikut jadual yang ditetapkan dan kami sama-sama lebih tenang berbanding sebelum ini," ujar Yusry memetik MediaHiburan.

Baby bump Lisa Surihani (13 gambar)

Jumaat, 16 Disember 2016

Lisa Surihani hamil anak ke-2, TAPI...

Sabtu, 12 November 2016

Selepas dikurniakan anak sulung yang telah pun berusia setahun pada September lalu, pasangan selebriti Yusry Abdul Halim dan Lisa Surihani dijangka bakal menimang cahaya mata kedua tahun hadapan.

Menerusi laman Facebook miliknya, Yusry mengumumkan berita gembira berkenaan untuk dikongsikan kepada rakan-rakan di laman sosialnya itu.
"Alhamdulillah, saya bersyukur kerana telah memiliki dua buah hati dan insya-Allah, tahun hadapan keluarga kita akan bertambah menjadi empat orang.

"Buat isteriku Lisa, saya tahu awak juga teruja sama seperti saya sepanjang melalui tempoh trimester (tiga atau empat bulan) usia kandungan," memetik status yang dimuatnaiknya.
Tapi usia kandungan Lisa tidak dihebahkan.

Top 8 anak selebriti si kecil yang comel

Ahad, 25 September 2016

1. Anak Fouziah Gous & Zhafran

Pasangan ini telah bernikah pada 21 September 2013 dan kini baru ada anak sorang bernama Zeeshan. Putera hati Fouziah lahir pada 26 November 2015.

Sekitar ulang tahun pertama anak Lisa, Yusry (12 gambar)

Isnin, 19 September 2016

Yusry Abdul Halim dan Lisa Surihani meraikan ulang tahun kelahiran Yahaira Leanne, yang genap setahun pada jam 11.44 malam pada Jumaat lalu.
"Anak tersayang kami, Yahaira Leanne Yusry, genap setahun 11.44 malam tadi. Tarikh hari ini menjadi kegemaran saya atas banyak sebab untuk diingati dalam hati.

"Syukur Alhamdulillah ya Allah untuk rahmat dan restu istimewa yang hadir dengan kelahirannya. Saya dan suami belajar banyak versi benda baharu yang indah.

"Pada tarikh ini juga kami bagai diberi hidup semula sebagai ibu bapa. Melihat dia (Yahaira) membesar, ia fasa berbeza kami saban hari. Kami sayang kamu," tulis Lisa di Instagramnya memetik BharianOnline.

Tips Lisa Surihani yang kini turun 11kg, berbadan langsing

Isnin, 29 Ogos 2016

Baru-baru ini pelakon Lisa Surihani telah mengejutkan ramai peminat dengan penampilan terbaharunya yang sangat langsing dan tampak begitu sihat sekali.

Jika tempoh hari beratnya dikritik kerana semakin naik sejak melahirkan anak, kini Lisa boleh membuktikan dia mampu menurunkan bukan sedikit, malah 11 kg!

Berbanding berat sebelumnya iaitu 64 kg, kini Lisa mencapai berat badan baharu iaitu 53 kg sahaja! Memang wow!

Tak mahu lokek ilmu, isteri kepada Yusry KRU ini berkongsi petuanya mengamalkan gaya hidup sihat, seperti yang dipetik menerusi Astro Gempak:

Sekitar Hari Raya Lisa Surihani, Yusry (7 gambar)

Selasa, 12 Julai 2016

Yusry KRU muatnaik gambar terbaru anaknya. (gambar comel)

Khamis, 23 Jun 2016


Jarang dapat tengok anak sulung Lisa Surihani dan Yusry Kru ni kan. Ni ha Yusry ada memuat naik sekeping gambar anak comel mereka yang sudah berusia 9 bulan dengan caption paling sweet.

Lisa makin gemuk, ini komen cool Yusry..

Rabu, 27 April 2016

Ramai yang mengkritik bentuk badan Lisa Surihani yang kini sedang meningkat naik aka gemuk selepas bersalin. Bagi Suaminya, Yusry, dia tidak kisah mengenai hal itu, namun percaya yang Lisa sangat berdisiplin jika nak diet semula ke bentuk asal badannya.

"Saya rasa, sesiapa pun yang bergelar isteri selepas bersalin, keinginan untuk menguruskan berat badan pastinya ada. Cuma, saya lihat apa yang dilakukan Lisa bukan kerana dia ambil peduli badan berisi atau runsing soal berat badan, tetapi lebih kepada menitikberatkan soal kesihatan.

Bagi saya soal menjaga kesihatan bukan lagi semata-mata untuk kurus, tetapi sudah menjadi gaya hidup. Bayangkan jika kelahiran anak pertama saja sudah mengubah kekentalan diri, macam mana pula kalau ada rezeki untuk mendapatkan anak kedua?.

Jadi, ia sebenarnya lebih kepada langkah berjaga-jaga. Bagaimanapun, memang disiplin Lisa sangat tinggi untuk menguruskan badan. " katanya kepada BH PLUS

Gambar Yusry, Lisa Surihani terkini tapi... (5 gambar)

Rabu, 23 Mac 2016

Lisa Surihani dan Yusry ditemui ketika pelancaran program eBu Babypedia yang diadakan di Grand Duchess, Fraser Place, Kuala Lumpur, Selasa.

Tapi sayangnya, anak sulung mereka, Yahaira Leanne yang berusia 6 bulan tidak dibawa bersama. -gambar mStar

Inilah sebab mengapa Yusry, Lisa enggan dedahkan wajah anaknya...

Khamis, 3 Mac 2016

Ramai selebriti yang berkongsikan atau membina sebuah akaun laman sosial untuk anak mereka yang baru lahir. Namun bagi Yusry dan Lisa Surihani mereka memilih untuk tidak berbuat demikian atas sebab keselamatan untuk anaknya, Yahaira Leanne.
“Tidak bermakan saya betul atau ibu bapa lain salah berhubunga hal ini kerana terpulang kepada mana-mana individu mengeluarkan pandangan, apatah lagi masing-masing mempunyai cara dalam menjaga atau mendidik permata hati”

“Bagi saya, apa yang saya katakan ini adalah berkenaan kami, bukannya merujuk kepada orang lain. Pada waktu sama kami amat menghormati pendirian ibu bapa lain”

“Sekarang pun Yahaira masih terlalu kecil dan belum faham keadaan sekeliling, jadi biarlah dia menikmati dunianya sperti kanak-kanak lain. Kalau dia sudah mengenal tekonolgoi, kami biarkan dia buat pertimbangan sendiri. Bukan kami atau orang lain mewujudkannya,” jelas Lisa kepada BH Plus.