Pada:
Isnin, 27 Julai 2015

Dalam gambar asal, anak lelaki Rozita Che Wan telah menulis caption yang berbunyi "When n**s say I'm lucky , I say that I'm blessed" di akaun Instagramnya
Pelakon jelita Fazura telah membuat teguran secara terbuka kepada Che Ta tentang penggunaan perkataan 'n' itu di ruangan komen Instagram Che Ta.
Tetapi tiba-tiba seorang peminat yang menggunakan nama @kick.your.ass telah menyindir dan memperli Fazura, kononnya Fazura seorang yang hipokrit dan dengki.
Apa lagi, naik anginlah pelakon jelita itu. Mungkin kerana terlalu marah, kata-kata yang agak kesat telah dituliskan oleh Fazura dalam ruangan komen kepada peminat tersebut.
Kalau kita sebut perkataan 'n' itu di luar negara, nescaya kita akan dituduh sebagai rasis. Itulah apa yang Fazura ingin sampaikan dalam teguran tersebut. Tetapi teguran ikhlas itu disalah anggap pula. Siapa yang tak marah? -SAYS.COM
Tag : Anak Artis , Fazura , Gossip Artis , Pelakon , Pergaduhan , Rozita Che Wan , Singapore