Pada:
Khamis, 23 April 2015

Semalam portal mStar melaporkan yang Black sudah mengenal pasti manusia berkenaan yang masih lagi menuntut di salah sebuah universiti tempatan.
Black bagaimanapun sudah membuat laporan polis mengenai kes ini namun memohon manusia berkenaan memohon maaf dalam masa terdekat jika gagal akan disaman.
"Sekarang ini saya sudah mengetahui identiti individu yang menghina anak saya dan dia sendiri pun sudah tahu siapa orang yang saya maksudkan selama ini.
“Jika dia masih berdegil untuk tidak membuat apa-apa permohonan maaf, tindakan undang-undang terhadapnya akan segera diambil,"
"Walaupun perkara ini dianggap remeh oleh sesetengah pihak tetapi bagi saya ia adalah suatu perkara yang serius kerana ia melibatkan maruah anak saya.
"Individu terbabit cuma menginginkan publisiti murahan saja dan sekarang saya beri dia peluang untuk mendapat publisiti tersebut dengan membuat permohonan maaf secara terbuka,"
Tag : Anak Artis , Berita Artis , Black , Instagram , Kes Polis , Saman