Pada:
Isnin, 30 Mac 2015
Awal Ashaari dilaporkan telah terlibat dalam satu kemalangan jalan raya pada pagi Ahad.Kemalangan tersebut berlaku kira-kira jam 11.15 pagi semalam di Lebuhraya Plus, berhampiran kawasan rawat dan rehat (r & r) Ayer Keroh arah Selatan.
Awal yang juga pengacara Melodi itu dikatakan sedang dalam perjalanan ke tapak Jom Heboh di Stadium Hang Jebat, Melaka untuk mengendalikan siaran langsung program hiburan tersebut.
Awal kini berada dalam keadaan selamat dan sedang menjalani rawatan di hospital.
Tag : Awal Ashaari , Berita Artis , Kemalangan , Kereta , Melodi TV3 , Pelakon , Pengacara TV




