Ada info/gambar yang ingin dikongsi bersama? email ke:

Ika Nabella perjelaskan kenapa ditumbuk oleh Azma..

Selasa, 10 November 2015

Penjelasan Ika Nabella Kenapa Dirinya Ditumbuk Oleh Pengarah

Tindakan pengarah, Azma Aizal menumbuk pelakon di bawah arahannya, Ika Nabella telah mengemparkan dunia hiburan tempatan. Sementara itu, Ika yang kini beransur pulih telah memberi kenyataan melalui rancangan Melodi yang disiarkan hari ini.

Adegan tampar Emma, Kamal hanya publisiti?

Rabu, 21 Oktober 2015

Adegan tampar Emma Maembong dengan Kamal Adli ketika berada di sebuah taman baru-baru ini mengemparkan ramai pemerhati kedua-dua anak seni ini.

Emma sebelum itu berang dengan cara Kamal yang memerhatikan seorang gadis yang lalu di situ lalu menampar Kamal.

Namun buat masa ini, kedua-duanya masih mengunci mulut mengenai hal ini. Namun memetik portal Bharian, MediaPrima akan membuat pengumuman khas mengenai insiden itu di Sri Pentas, Bandar Utama Ahad ini.

Adakah ianya Live di kaca tv dimana program Melodi akan menayangkannya? tetanya-tanya juga, adakah ini salah satu strategi Melodi untuk menaikan rating program itu, sebab ada gambar yang terselit diantara Emma dan Kamal atas undangan itu. ha ha ha.

Sebab anak Harun Salim terkilan dengan ibu tiri..

Khamis, 15 Oktober 2015


Anak Sulung Harun Salim Bachik Rasa Terkilan Dengan Ibu Tiri

Anak sulung lelaki Allahyarham Harun Salim Bachik, Syafiqmeluahkan rasa terkilan apabila isteri kedua arwah yang juga ibu tiri Syafiq meluah perasaan di program Melodi Ahad lalu.

Syafiq melahirkan rasa terkejut apabila mendapat tahu keluarga balu bapanya itu mengalami kesukaran hidup melalui Melodi sebelum ini.

Ibu tirinya itu (Suriati) mengadu tiada yang datang membantu setelah pemergian Harun, tetapi hanya dibantu Afdlin Shauki.

Syafiq berkata sepatutnya sebarang masalah dalaman sepatutnya boleh diselesaikan dengan keluarga terlebih dahulu bukannya mendedahkan dengan orang luar.

Ini komen Syafiq:
“Saya pun serba salah nak komen, tetapi memanglah rasa terkilan apabila beliau berkata tiada sesiapa membantu keluarga isteri arwah ayah di sana kecuali Afdlin (Shauki),”

“Saya tertanya-tanya, mengapa jadi begitu?”

“Insya-Allah kami akan cuba selesaikan apa saja salah faham itu nanti,”
Syafiq menambah dia akan cuba sekali lagi untuk merapatkan hubungan keluarganya dengan ibu tirinya itu selain mahu orang ramai ingat arwah ayahnya sebagai seniman yang dihormati bukannya dengan isu masalah keluarga.

Harun Salim Bachik berkahwin dengan Martinah Ahmad (isteri pertama) dan memperoleh empat anak, termasuk Syafiq.

Selepas bercerai, Harun Salim Bachik kemudian berkahwin pula dengan Suriati Mohd Noor (isteri kedua) dan pasangan itu mendapat dua anak.

Syafiq juga mengaggap dua orang adik tirinya itu sebagai darah daging sendiri.

Yatt Hamzah berpisah dengan suami kerana pihak ke-3?

Isnin, 28 September 2015

Dengar cerita yang Yatt Hamzah bercerai dengan suaminya, Abdul Mutalib kerana wujud orang ketiga yang datang dari Yatt sendiri. Namun khabar angin ini dinafikan oleh Yatt melalui rancangan Melodi semalam.
Tidak. Saya sangkal sama sekali. Perkara itu tidak wujud. Saya pun tak tahu dari mana perkara itu timbul.

Biasalah, sebagai selebriti, apa saja yang kita lakukan akan diberikan perhatian khusus.
Saya pernah dengar juga sebelum ini (tentang gosip itu) tapi tidak benar.

Cerita yang dikhabarkan itu bukan punca perpisahan kami. Sebagaimana yang berlaku antara saya dan bekas suami biarlah menjadi rahsia di antara kami dan Allah.

Saya tidak pernah menceritakannya kepada sesiapa kerana ia adalah satu aib kepada saya dan bekas suami.
Saya tetap sama seperti dulu. Saya tetap manusia biasa yang membuat kesilapan.

Sekiranya saya melakukan perkara yang nampak tidak sesuai untuk saya lakukan pada ketika ini, tegurlah saya. Tetapi teguran itu perlu kena pada masa tempat dan caranya.

Tegurlah secara membina, bukan menghancurkan.

Awal Ashaari terkini selepas kemalangan (4 gambar)

Isnin, 30 Mac 2015

Doakan yang terbaik untuk kami - Diana Rafah

Selasa, 24 Mac 2015

Diana Rafar dan Zamarul Hisham seperti sedia maklum sudah mengambil keputusan untuk bercerai talak satu pada Januari lalu, namun tidak sangka masih ramai pihak yang sangat sayangkan hubungan mereka dan ini telah membuatkan perkara tersebut turut menyentuh hati Diana Rafar.
“Jika mahu cakap bab rujuk semula, saya rasa pihak lelaki lebih hak untuk bersuara. Bagi saya, jika ada rezeki, bersatu balik. Saya terima sahaja qada dan qadar daripada Allah. Doakan yang terbaik buat kami,” -Diana ketika ditemubual oleh rancngan Melodi
Selain itu, Diana Rafar juga menjelaskan ketika dia berada di dalam situasi sebegini, barulah dia mengerti bahawa peminat yang menyokongnya selama ini betul-betul menyanyanginya kerana ada di antara mereka yang mendoakan yang terbaik untuk pasangan ini.

Shila Baling Tahi - Sharnaaz

Isnin, 26 Januari 2015

Persembahan Shila di AJL29 telah mendapat perhatian bekas kekasihnya Sharnaaz Ahmad, lantas Sharnaaz telah mengucapkan tahniah di laman sosial Twitter miliknya. Namun status berkenaan telah dipadam atas sebab apa? adakah sebab dibawah ini...

Semalam rancangan Melodi di TV3ada memaparkan yang Sharnaaz berhubung komen balas Shila Amzah yang ditulis Shila di laman sosial instagram miliknya baru-baru ini berhubung pengubahan lirik lagu berjudul Masih Aku Cinta kepada satu judul yang agak mengejutkan, Tidak Aku Cinta.

TV3 pilih Azwan Ali jadi pengacara Melodi?

Jumaat, 2 Januari 2015

Sherry Alhadad dan Zulin Aziz yang dikenali kerana mengacara rancangan paling panas, Melodi akan menamatkan kontrak mereka, kalau tidak silap beberapa minggu lagi bulan Januari 2015 ini.

Ini sekaligus membuat kejutan dimana Awal Ashaari dikekalkan manakala penganti Sherry dan Zulin mengikut sumber yang boleh dipercayai selebriti berkenaan adalah Azwan Ali.

Dan ini dibuktikan lagi dengan pengakuan misteri Azwan di laman sosial Instagramnya dengan menunjukkan gambar dan tarikh 14 Januari nanti sebagai hint daripada teka teki siapa penganti Sherry dan Zulin. Tunggu~

Sherry Alhadad dikritik selepas menjadi pengacara Melodi!

Rabu, 23 Julai 2014

Zizan Razak sudah meninggalkan Melodi dan digantikan dengan pengacara baru, Sherry Alhadad dengan dibantu oleh Zulin Aziz serta pengacara tetap, Awal Ashaari.

Namun Sherry mengakui, ada pihak yang mengkritik akan kelibatnya mengendalikan rancangan Melodi.

"Tipulah kalau saya kata tidak kecil hati dengan komen dan kritikan penonton terhadap kami, sehingga saya fikir teruk sangatkah saya mengacara?

"Bagilah kami masa dan peluang untuk memperbaiki diri, ini baru tiga minggu kami bersama dan saya yakin lama kelamaan ia akan lebih baik," -Sherry petikan mStar

Zizan Razak bakal tinggalkan Melodi

Isnin, 30 Jun 2014

Memetik laporan HarianMetro, Zizan yang bersama Melodi selama lebih kurang 4 tahun akhirnya dikhabarkan akan meinggalkan rancangan itu tidak lama lagi, kalau ikut sumber akhir bulan ini.

Kepermergian Zizan juga akan digantikan oleh seorang pengacara wanita untuk digandingkan dengan Awal Ashaari.

Kepermergian Zizan bukanlah spikulasi yang melanda dirinya buat masa ini dengan isu wang pengurusan syarikatnya, namun kebetulan kontrak akan tamat tidak lama lagi dan tidak diperbaharui.

Antara sebab lain pula, bayaran yang tinggi harus dibayar jika megekalkan Zizan di rancangan berkenaan. Atau mungkin pembayaran Astro lebih bernilai buat Zizan buat masa ini.

Apa-apa pun tunggu berita lanjut..

Gambar pertunangan, Zuan Azmi TV3

Isnin, 24 Mac 2014

Admin telah mendapat beberapa keping gambar yang dihantar oleh jurufoto, AimeHasan semalam yang menyatakan gambar berkenaan adalah majlis pertunangan oleh pengacara/penolong penerbit Melodi TV3 dan juga telah dikenali ramai melalui sebuah rancangan, Bikin Panas, Zuan Azmi dengan pasangannya, Effy Eddy, seorang pekerja swasta pada 22 Mac yang lalu.

Majlis dihadiri kaum keluarga,teman rapat dan beberapa artis yang mungkin rapat dengan Zuan seperti team Melodi, Lana Nordin, Lisdawati, Azad Jasmin serta Eira Syazira. Sumber itu lagi menyebut, majlis pernikahan mereka akan dilangsungkan pada awal tahun 2015.

Gambar Anak Michelle Melodi Seusia Sebulan

Isnin, 20 Januari 2014

Pengacara aka wartawan terkenal Melodi dan isteri kepada Tengku Naharuddin, Michelle Wee sudah selamat melahirkan cahaya mata sulung berjantina lelaki pada bulan Disember yang lalu, mungkin sekarang usianya dah sebulan.

Dan mereka telah memuatnaik gambar yang sudah diedit sebelum dan selepas bersalin pada bulan Januari ini kedalam laman sosial instagram. Michelle dan Tengku dinikahkan pada 20 November 2011. Tahniah diucapkan.

Nurul AF2 Menang Saman Ke Atas Melodi

Isnin, 23 Disember 2013

Kes saman menyaman sudah menjadi satu cara terakhir ketika ini untuk memberikan pengajaran kepada seseorang.

Terbaru mengenai bintang AF musim ke-2 iaitu, Nurulllah atau Nurul memetik portal Bernama semalam dimana mahkamah memerintahkan TV3 dan 4 individu lainnya membayar ganti rugi berjumlah RM250,000 kepada Nurul mengenai saman fitnah berkaitan status perkahwinan Nurul dengan suaminya yang disiarkan di program Melodi 2 tahun yang lalu.

Sebelum ini, pada September 2011, Nurul dan suami memfailkan saman kepada kesemua defendan mengenai fitnah dimana perkahwinan mereka digambarkan tidak sah disisi undang-undang dan tidak menghormati ibu bapa mereka. Mengikut sumber, perkahwinan mereka sebenarnya sah dan ianya disahkan oleh mahkamah Syariah Hulu Langat.

Saya Dengan Caprice Memang Rapat! - Neelofa

Isnin, 9 Disember 2013

Menjawab isu hubungan yang dikatakan rapat diantara Neelofa dengan penyanyi rap Caprice adalah tidak di nafikan oleh Neelofa sendiri.

Caprice ada membuat kenyataan di Melodi lalu dengan menyatakan mempunyai hubungan dengan Neelofa. Neelofa sebagai selebriti yang menjadi perhatian kaum Adam ini, pastinya mahu memberikan balasan komen segera melalui portal GUA kepada orang ramai agar tidak salah faham dikemudian hari.

Betty Banafe Bakal Melahirkan Anak Perempuan

Rabu, 23 Oktober 2013

Penyanyi, Betty Banafe yang kini sedang hamil 7 bulan dijangka akan bersalin anak perempuan dan juga anak sulungnya.

Meski pun soal jantina anak yang dikandungkan ingin dirahsiakan Betty, namun suaminya, Bruce Dargus telah menyatakan hal itu menerusi program TV3, 'Melodi', Ahad lalu.

Video Komen Khalwat Shahrizal di Melodi

Rabu, 5 Jun 2013

Berita penangkapan khalwat oleh pihak JAIS kepada pelakon Shahrizal Jaszle pada 18hb Mei yang lalu telah memberikan satu impak yang besar dalam dunia selebriti tempatan, memandangkan Shahrizal mempunyai seorang tunang, Redzwani Puteri.

Kini usia pertunangan mereka dah nak masuk 6 bulan sejak 8hb Disember yang lalu. Tapi itu bukan persoalan pokok, tapi mengenai soal khalwat yang didakwa Shahrizal sebagai perangkap. Melodi Ahad lalu ada menemui Shahrizal bagi memberikan komen secara live kepada peminat hiburan tempatan.

Turut hadir tunangnya, Redzwani Puteri. Gaya rambut Shahrizal juga bukan main kelas. Cepat-cepat tengok, nanti kena delete pula. Hehe.




Fizz Fairuz Buat Laporan Polis

Isnin, 25 Februari 2013

Semalam rancangan TV3, Melodi ada memperlihatkan dan mewawancara Fizz Fairuz mengenai isu pertunangannya dengan isteri orang, Azlyn Massiela yang didakwa masih mempunyai ikatan sah dengan suaminya, Ramli. Namun kata Fizz dalam rancangan tu, dia nak tutup buku dan memulakan buku baharu.

Namun penutupan buku Fizz sepertinya bukan biasa, dikhabarkan dalam HarianMetro semalam, dia membuat laporan polis di Damansara untuk bertujuan melindungi dan tidak bertanggungjawab ke atas Azlyn sekiranya berlaku sesuatu yang tidak diinginkan keatas diri Fizz.
“Fizz menyatakan pernah berhubung dan berkawan dengan wanita itu namun dalam tempoh perhubungan, dia tidak tahu Azlyn bersuami.

“Namun, selepas mengetahui hal itu baru-baru ini (hujung minggu lalu), pelakon itu memutuskan hubungannya bagi mengelak kejadian tidak diingini,” -sumber polis.

Rita Rudaini Terima SMS Ugutan Aidil

Isnin, 13 Ogos 2012

Rita Rudaini telah menerima SMS berbau ugutan daripada suaminya, Aidil Zafuan selepas Rita membuat kenyataan mengenai rumah tangga mereka dalam Melodi di TV3 pada Ahad. SMS itu berbunyi seperti mahu membalas dendam dengan memalukan Rita dalam rancangan tersebut.

“Dia ada hantar mesej kepada Rita melahirkan rasa tidak puas hati dengan kenyataan Rita dalam Melodi hari ini (Ahad).

"Dia ugut nak malukan Rita dalam rancangan itu juga sebaik sahaja dia pulang daripada menjalani latihan bola sepak di luar negara,

“Bila dia cakap di Melodi, Rita tak kacau pun tapi bila Rita pula yang bagi kenyataan, kenapa dia nak sakit hati?”
Dalam Melodi Ahad lalu itu, Rita mendedahkan hatinya sudah tertutup terhadap Aidil selain kecewa dengan sikap suaminya yang dilihat tidak matang dalam menguruskan rumah tangga.

Malah Rita juga memberitahu Aidil sebenarnya sudah termakan hasutan pihak ketiga yang akhirnya menyebabkan rumah tangga mereka semakin parah dan tidak dapat diselesaikan dengan baik.

Rita dalam Melodi itu juga turut menyerahkan kepada takdir bagi menentukan jodohnya dengan suami. -Via

Fara Fauzana akui belum ada kekasih!!

Rabu, 20 Julai 2011

Bekas pengacara Melodi, Fara Fauzana memang tidak asing lagi kerana kecolotehannya bercakap bersama peminat tak kira di Radio Hot FM dan sebagainya. Umur Fara pun dah mencecah 31 tahun. Dan masih lagi dalam proses mencari teman lelaki untuk bermulanya kisah putik memutik cinta. Namun jejaka yang diidamkan masih belum muncul lagi di dalam mimpi Fara.

Sabarlah Fara, pasti ada jodoh di antara Farah dengan seseorang lelaki, mungkin jodoh Fara tu, masih sibuk dengan kerjayanya kot, sebab tu belum tergerak hati nak berkenalan dengan Farah. Kita doakan sahajalah Fara berjumpa dengan jejaka idamannya yang soleh yang boleh membimbing Fara.
“Saya masih belum ada teman lelaki dan masih mencari calon suami yang sesuai. Sempena nak hampir bulan Ramadhan ini, saya harap peminat doakan supaya saya berjumpa dengan bakal suami yang soleh.” [via]

Hari-hari terakhir sebelum meninggalkan Melodi!

Isnin, 28 Mac 2011

Akhirnya saat-saat sedih yang ditunggu sudah tiba. Kini Fara Fauzana dan Wahid Senario sudah pun meninggalkan rancangan hiburan, Melodi untuk selama-lamanya. Hari-hari kelmarin bersama Melodi di Batu Kawan, Penang merupakan hari-hari yang bermakna buat mereka berdua sebagai pengacara suka ramai. Siap ada majlis makan kek lagi oleh sahabat-sahabat pengacara mereka.

Terserlahlah duka disebalik topeng gembira tue. Namun itulah takdirnya, mereka terpaksa tinggalkan Melodi dan memberi laluan kepada pengacara baru nanti. Apa-apa pun tahniahlah diatas kebolehan dan semangatnya Fara dan Wahid dalam mengendalikan rancangan Melodi selama ini.