Ada info/gambar yang ingin dikongsi bersama? email ke:

Awal Ashaari bengang dan geram!..

Isnin, 14 Ogos 2017

Awal Ashaari bengang dan geram dengan beberapa individu yang menghentam dirinya di laman sosial. Dengarnya dia dikatakan menunjukkan kemewahan di Instagramnya itu.

Apa yang dibuat oleh Awal semamangnya sesuatu yang bukan senang untuk memuaskan hati semua orang. Ada sahaja yang mencari kesalahan mengenainya.

Sekitar hari jadi ke-36 Awal Ashaari (13 gambar)

Sabtu, 5 Ogos 2017

Lara Alana dihina lagi.. PANAS

Jumaat, 28 Julai 2017

Anak kepada pasangan selebriti Scha Al Yahya dan juga Awal Ashaari iaitu Lara Alana kini sudah berumur 3 tahun. Melalui laman Facebook Rotikaya, ada gambar terkini Lara Alana yang sudah berumur 3 tahun dengan caption selamat hari lahir.

Namun gambar ucapan birthday itu telah dicemari dengan kutukan dari pengguna media sosial. Seornag pengguna bernama Inna Rose telah menulis satu komen yang amat pedas.

Sekitar Suasana Hari Raya Scha, Awal (26 Gambar)

Rabu, 28 Jun 2017

Sekitar sambutan hari jadi ke-34 Scha al Yahya (15 gambar)

Jumaat, 2 Jun 2017


Semalam selepas berbuka puasa, pelakon Scha Al Yahya telah meyambut ulang tahun kelahirannya yang ke 34 di The Ritz-Carlton, Kuala Lumpur.

Comelnya telatah Lara Alana belajar solat

Jumaat, 7 April 2017

Scha al Yahya mengandung anak ke-2?

Sabtu, 25 Februari 2017

Dengarnya, Scha Alyahya kini sedang hamil anak kedua berdasarkan gambar yang dimuat naik suaminya yang juga pengacara, Awal Ashaari ternyata meleset.

Menurut Awal, dia mengakui gambar berkenaan menampakkan bahagian perut isterinya sedikit berisi seakaan sedang hamil.

"Saya sendiri pada mulanya tak sedar, tapi selepas melihat ramai yang komen di Instagram ucap tahniah kononnya Scha hamil, baru saya perasan keadaan pada gambar itu.

"Scha pun ada tegur, tapi saya biarkan sahaja dan ambil keputusan tak perlu padam gambar berkenaan. Tapi ingin saya jelaskan di sini bahawa Scha belum hamil,

"Walau apa pun saya ucapkan terima kasih di atas doa dan ingatan semua. Memang kami merancang untuk tambah anak pada tahun ini, tapi hingga kini belum ada rezeki," katanya memetik mStar Online

Inilah sebab kenapa Lara Alana ada masalah bertutur..

Khamis, 10 November 2016

Walaupun sudah masuk usia 2 tahun, anak Scha al Yahya dan Awal Ashaari, Lara Alana difahamkan sukar bertutur aka bercakap dimana kanak-kanak seusianya mampu serba sedikit bercakap.

Namun bukanlah masalah kesihatan buat Lara, cuma ini adalah disebabkan terlalu banyak bahasa yang dia dengar sehinggakan sukar baginya untuk bertutur.
“Dari segi ketinggian, dia sudah 90 peratus lebih daripada kanak-kanak biasa. Berat badannya pula sudah 60 peratus lebih daripada budak seumurnya. Bila saya hantarnya ke sekolah, kawan-kawannya masih kecil tetapi dia sudah besar. Ada benda yang ke depan dan ada benda yang dia ke belakang. Kami banyak bercakap dengannya cuma terlalu banyak bahasa yang digunakan”

“Saya cakap Melayu dan Inggeris. Pembantu rumah saya memang cakap Inggeris saja tak pandai cakap Melayu. Mak mentua saya cakap Kedah, mak saya guna bahasa biasa. Jadi banyak sangat bahasa yang dia dengar. Mungkin itu menyebabkan dia lambat bercakap,” kata Awal kepada Projek MMO

Aksi comolot Che Ta-Zain, Awal-Scha.. ini komen Mufti Kelantan

Khamis, 6 Oktober 2016

Pasangan suami-isteri yang ingin menggambarkan kasih sayang masing-masing ditegah berkongsi keintiman mereka dengan khalayak kerana perbuatan itu dilarang oleh ajaran Islam.

Mufti Kelantan Datuk Mohamad Shukri Mohamad berkata setiap perbuatan yang ingin menggambarkan kasih sayang antara suami-isteri perlu dilakukan di tempat yang sesuai.

Gambar cium Awal, Scha dikecam, ini komen spontan Awal.. (5 gambar)

Selasa, 4 Oktober 2016

Gambar cium diantara suami isteri Awal Ashaari, Scha al Yahya dikatakan mendapat kritikan sesetengah individu yang kurang senang dengan gelagat mereka di laman sosial.

Pakaian yang dipakai Awal Ashaari ini bakal dikecam!

Khamis, 25 Ogos 2016

Minggu Fesyen Kuala Lumpur (Kuala Lumpur Fashion Week atau KLFW) sudah pun melabuhkan tirainya Ahad lepas. Awal Ashaari juga menjadi perhatian orang ramai kerana memakai fesyen skirt yang direka pereka fesyen Joshua Fitton.

Di sana mereka memakai kilt bagi meraikan perayaan formal dan ia sering digunakan dalam kumpulan pancaragam masyarakat di sana. -mynewshub.cc

Awal akui tumpang rezeki Lara Lana

Rabu, 17 Ogos 2016

Awal Ashaari berkata, dia dan isteri, Scha Alyahya banyak menumpang rezeki anaknya iaitu Lara Lana (dua tahun), yang mempunyai lebih dua juta pengikut di Instagram.

Awal, 35, berkata, rezeki yang diterima anaknya itu tidak putus-putus apatahlagi selepas terlibat dalam program reality sendiri iatu Lara Oh Lara yang akan disiarkan pada 17 Ogos ini (9 malam di Astro Ria).

"Alhamdulillah, rezeki dia mencurah-curah dan kami pun menumpang sahaja.

Tapi saya hanya ambil yang bersesuaian dan tidak menganggu pembesaran dia seperti kanak-kanak lain," ujarnya kepada mStar Online.

Anak Scha, Awal dihina dengan kejam (5 gambar)

Selasa, 9 Ogos 2016



Anak Scha Al Yahya dan juga Awal Ashaari iaitu Lara Alana sememangnya mempunyai ramai pengikut dan peminat tersendiri.
Namun tak kurang juga haters yang sering mengutuk bayi kecil ini. Terutama mereka yang bermulut jahat sering mengutuk wajah kanak-kanak ini.

Menerusi perkongsian gambar terbaru Lara Alana, ada beberapa manusia yang menghina wajah Lara Alana.
Paling teruk ada yang memanggilnya hidung penyek dan juga sindrom Down.

Memang kurang ajar betul mulut mulut mereka ini. Diharapkan Scha Al yahya dan Awal Asaari sabar je lah dengan perangai netizen ni.

Sekitar ulang tahun Lara Alana (22 gambar HD)

Rabu, 27 Julai 2016

Sekitar Hari Raya Awal Ashaari, Scha al Yahya (33 gambar)

Isnin, 11 Julai 2016

Awal Ashaari hina warga Sabah? PANAS

Ahad, 3 Julai 2016

Awal Ashaari ada membuat satu kenyataan bergurau dilaman sosial Instagram miliknya dengan mengeluarkan perkataan 'bah' untuk mempromosikan fesyen pakaian untuk warga Sabah.

Namun perkataan berkenaan yang dikeluarkan Awal dianggap menghina orang Sabah yang tidak semua ayat harus ada perkataan 'bah'
“Tak ada niat langsung mahu mempersendakan orang Sabah. Saya cuma mahu bergurau manja dengan mereka dengan cuba selitkan perkataan ‘bah’ bagi menunjukkan lebih kemesraan di situ. Peminat saya tahu bagaimana personaliti saya yang suka bercanda. Namun, dalam hal ini saya bukannya sengaja menjadikan isu budaya dan kenegerian sebagai bahan mainan”

“Saya tidak kesal dengan status itu namun cuma saya rasa tidak sepatutnya ia jadi isu dan diviralkan. Sudah puas menjelajah di pelosok negara membuatkan saya sentiasa cuba bertutur dialek setiap negeri dan bukannya di Sabah saja. Mungkin ini kes disebabkan orang Sabah lebih sensitif soal budaya dan bahasa mereka,” katanya kepada Harian Metro.

Reaksi Scha al Yahya bila menghadap Kaabah.. Touching!

Selasa, 28 Jun 2016


Pada 12 Jun sehingga 22 Jun lalu, Scha Alyahya, suaminya Awal Ashaari dan anak mereka Lara Alana berpeluang untuk menunaikan ibadah umrah di Mekah.
Sudah kembali ke tanah air, Scha meluahkan rasa syukur kerana ibadah serta urusan mereka ketika berada di tanah suci dipermudahkan.

Buat Scha ia adalah satu pengalaman serta nikmat yang tidak ternilai dan tidak mampu digambarkan dengan kata-kata apabila dapat menunaikan umrah bersama keluarganya terutama sekali di bulan Ramadhan yang mulia.

Berbicara mengenai pengalamannya itu, Scha memberitahu beliau menitiskan air mata apabila tiba di Masjidil Haram dan melihat Kaabah didepan matanya.

Alhamdulillah, sepanjang di sana segala urusan ibadah kami dipermudahkan. Apa yang penting adalah niat setiap kali nak melakukan rukun umrah itu. Cuma perlu sentiasa berhati-hati agar tidak melakukan perkara yang dilarang.

Apabila melihat Kaabah depan mata, saya menangis. Saya tidak sangka dapat menjadi tetamu Allah. Bukan apa, saya sentiasa sedar diri sebagai manusia biasa tidak ada yang sempurna.

Pada masa sama tidak terlepas melakukan kesilapan dan dosa. Perasaan ketika itu tidak boleh digambarkan dengan kata-kata. Hanya Allah yang lebih mengetahui. Ia meninggalkan makna berbeza dalam diri. Inilah satu-satunya tempat yang sentiasa memberikan ketenangan tanpa mengira waktu.


Sumber Berita : Harian Metro

Awal Ashaari dicop sebagai 'bapak bodoh' sebab isu remeh ini..

Khamis, 23 Jun 2016

Sekitar umrah akhir, Awal, Scha dan Lara Alana (17 gambar)

Isnin, 20 Jun 2016

Sekitar umrah, Awal, Scha dan Lara Alana (14 gambar)

Rabu, 15 Jun 2016