Ada info/gambar yang ingin dikongsi bersama? email ke:

Lufta Omar hamil 8 bulan, jatuh dari atas pentas.. Ini keadaannya sekarang..

Rabu, 20 September 2017

Malang nasib Lufya Omar yang sedang hamil lapan bulan apabila dia terjatuh dari pentas selepas siaran langsung Da'i pada malam Ahad lalu.

Kejadian buruk itu berlaku apabila dia tidak perasan sudah berada di hujung pentas setinggi satu meter.

"Selepas tamat program Da'i saya mengalami musibah terjatuh dari stage lebih kurang satu meter tingginya. Tidak dijangka keadaan ini berlaku terlalu pantas sejurus selepas habis program berkenaan.

"Saya diajak bergambar bersama usahawan yang merupakan pemilik jenama Siti Khadijah tetapi belum sempat bergambar saya terjatuh dari pentas.

"Dalam keadaan tidak menyedari ruang yang saya berdiri sudah di hujung pentas dan lantai hitam yang saya jangkakan pentas rupa-rupanya ia ialah lantai menyebabkan saya tidak perasan lalu terjatuh,

"Malang tidak berbau, Saya tidak menyalahkan sesiapa dalam hal ini cuma memohon setiap doa anda supaya kandungan bayi saya dalam keadaan sihat dan kecederaan saya beransur pulih.

"Setakat ini saya masih bawah pemerhatian doktor dan berharap anda semua mendoakan saya terutamanya kandungan saya agar ia selamat," ujarnya memetik mStarOnline.

Naz mohon maaf!, rupanya ini yang dia ingin sampaikan...

Isnin, 18 September 2017


Pengacara TV3, Naz memohon maaf andai ada perkataan yang diluahkan di laman Twitter miliknya mengenai isu mati syahid menimbulkan perasaan kurang senang netizen.

Mmemetik portal mStarOnline, Naz apa yang diluahkannya itu bukan untuk mempertikaikan kenyataan 'mati syahid' tersebut.

Sebaliknya, dia mahu pihak yang menguruskan pusat pendidikan mengutamakan keselamatan pelajar dan tidak terlalu mudah memberi alasan bagi menutup sesuatu kejadian.

Berang anak luka kecil, ini luahan Fasha Sandha sebagai seorang ibu (mesti baca)

Rabu, 21 Jun 2017



Menerusi dua entri terbaru di akauan Instagram miliknya, Fahsa meluahkan rasa kecewanya selepas mendapati ada kesan luka dan lebam pada wajah anaknya, Puteri Raysha Jemyma, 2.

Redza Rosli jadi hero selamatkan Ayda Jebat terjatuh (video)

Isnin, 12 Jun 2017

Mungkin dek kerana terlalu letih dan penat berjalan, kaki Ayda Jebat kekejangan. Kasihannya, nasib baik ada Redza Rosli.


Tangan pengacara WHI melecur semasa Live akibat kena air panas

Isnin, 13 Mac 2017


Kasihan pengacara ini terkena air panas ketika membuat menu masakan. Namun ramai yang susah nak percaya dan ada juga memberikan kata-kata semangat untuk pengacara ini di ruangan komen Youtube.

Siti Nurhaliza dedah puncah terjatuh sampai bengkak

Khamis, 24 November 2016

Datuk Siti Nurhaliza Tarudin belum mendapatkan rawatan kecederaan kakinya selepas terjatuh di bilik air ketika menjalani penggambaran percutian berjudul CTDKtion di tiga negara iaitu Potugal, Sepanyol dan Dubai.

Siti juga menahan sakit dan meneruskan penggambaran program percutian berkenaan yang turut disertai suaminya Datuk Seri Khalid Mohamad Jiwa serta ahli keluarga yang lain termasuk kru produksi Astro.

"Saya ‘terpelecuk’ di dalam bilik air ketika itu saya pakai kasut tumit tinggi untuk makan malam di sebuah hotel. Lantai licin membuatkan saya hilang kawalan. Saya tidak ke klinik, hanya sapu ubat yang dibawa sahaja.

"Sakit dan bengkak juga kaki sebelah kiri tapi saya tidak berehat dan teruskan penggambaran, terpaksa jugalah tahan sakit.

"Nasib baik tidak terseliuh hanya lebam dan bengkak sahaja," ujarnya kepada mStar Online.

Siti Nurhaliza terjatuh dalam air, tapi Siti sempat bergurau bab ini...

Rabu, 16 November 2016

Datuk Siti Nurhaliza baru-baru ini telah terjatuh dalam bilik air. Siti sendiri yang mengkhabarkan berita berkenaan melalui laman sosial miliknya dengan mengambil gambar pada kakinya.

Kelihatan kakinya yang lebam dan agak bengkak, tapi dengan nada yang bergurau, Siti mengakui yang dia masih lagi boleh berjalan untuk membeli-belah.

Ramai yang mendoakan agar Siti cepat sembuh dan baik seperti sediakala.

Inilah selebriti yang meninggal dunia kemalangan motosikal semalam..

Isnin, 17 Oktober 2016

Bekas pemain gitar kumpulan Kristal, maut selepas motosikal ditunggang terbabit kemalangan dengan sebuah kereta di Kilometer 30, Jalan Kuala Klawang-Genting Peres, pagi semalam.

Dalam kejadian kira-kira jam 11.35 pagi itu, Hairyfitri Ahmad, 33, meninggal dunia ketika mendapatkan rawatan di Hospital Ampang, Kuala Lumpur.Ketua Polis Daerah Jelebu, Deputi Superintendan Othman Basri, berkata kemalangan dipercayai berlaku apabila motosikal ditunggang mangsa, dipercayai terbabas dan masuk ke laluan bertentangan sebelum terlanggar sebuah kereta.

Kasihan.. Amar Asyraf disimbah air panas di muka..

Selasa, 27 September 2016

Amar Asyraf mengakui kecacatan yang dialami akibat disimbah air panas pada wajahnya bukan sesuatu yang mudah untuk ditanggung.

Hidayah Awi Rafael dekati agama didedahkan..

Jumaat, 5 Ogos 2016

Awi Rafael pernah terlibat dengan kemalangan ngeri satu masa dulu yang hampir nak membunuh dirinya. Namun Allah telah memberikan umur panjang buat beliau untuk terus hidup.

Namun kini, Awi telah berubah, dan perubahan itu jelas kelihatan apabila dia kini dekat dengan agamaNya
“Nyawa saya pada ketika itu ibarat di hujung tanduk. Jarak kesan hentaman di belakang kepala saya hanya beberapa sentimeter sahaja dari kawasan yang boleh mengakibatkan maut. Alhamdulillah, saya bersyukur kerana Allah panjangkan usia untuk terus bernafas sehingga ke hari ini. Lantaran itu, saya tidak mahu berlengah lagi untuk terus mengejar duniawi.

“Tiba masanya untuk saya berbuat atau menyumbang sesuatu terhadap komuniti. Jadi, Euphoria adalah medium terbaik untuk dimanfaatkan sepenuhnya. Apabila pulih sepenuhnya, tiada yang lain mampu difikirkan selain mencurah ilham yang hadir ketika itu, semuanya bersifat kerohanian,” katanya kepada Utusan Online

Anak dikandung Nadiya Nisaa meninggal dunia..

Selasa, 2 Ogos 2016

Dapat berita duka dimana kandungan pelakon Nadiya Nisaa yang juga anak ke-2 nya menimpa musibah. Anak yang dikandungnya itu meninggal dunia ketika membuat pemeriksaan di hospital Putra Medical Centre.

Aisyah terlibat kemalangan, keadaanya kini...

Selasa, 19 Julai 2016


Aisyah - Penyanyi popular dengan lagu raya Pulanglah terlibat dalam kemalangan di highway duke sebentar tadi. Mungkin akibat jalan licin disebabkan hujan.

Walaubagaimanapun, Aisyah tidak mengalami sebarang kecederaan. Kereta beliau sahaja yang kelihatan rosak akibat merempuh dinding jalan. Semoga Aisyah tabah dan kuat menghadapi dugaan ini. Doa yang terbaik untuk Aisyah.

Awie Rafael terlibat kemalangan..

Khamis, 12 Mei 2016


Yatt Hamzah terlibat kemalangan.. Keadaannya...

Jumaat, 29 April 2016

Yatt Hamzah bersyukur selamat selepas kenderaan yang dipandu terbabit dalam kemalangan di Lebuh Raya Karak, petang semalam.

Kereta jenis Kia Optima K5 miliknya, rosak teruk pada bahagian depan akibat terlanggar pembahagi jalan.
"Alhamdulillah, saya memanjatkan rasa syukur kepada Allah kerana masih diberi peluang untuk hidup.

"Saya tidak mengalami kecederaan malah adik ipar dan pembantu peribadi semuanya selamat. Namun, kami masih trauma,

"Kami bergegas keluar dari kereta dan mencari tempat berlindung dalam keadaan terketar-ketar. Jika dilihat keadaan kereta yang rosak teruk, ramai tidak percaya kami masih hidup malah tidak cedera," katanya memetik Bharian Online

Berita palsu Awie meninggal dunia.. ini komen Awie.. (Video)

Isnin, 11 April 2016

Sekali lagi netizen kecoh gara-gara tersebarnya khabar angin kononnya penyanyi Awie terbabit dalam kemalangan. Vokalis kumpulan rock otai, Wings itu menyifatkan berita palsu itu sebagai fitnah yang dilakukan individu tidak bertanggungjawab.

Awie berkata, dia tidak terbabit dalam kemalangan dan berada dalam keadaan sihat.

Ayda Jebat dedah dia terlibat kemalangan TAPI (10 gambar)

Selasa, 1 Mac 2016

Nampaknya Ayda Jebat pun tidak dapat lari daripada terkena tempias berita palsu yang terlalu mudah tersebar di laman sosial. Kata Ayda, dia terkejut apabila berita tersebut sampai kepadanya.

Izreen Azminda, Sherry Ibrahim kemalangan, keadaan mereka kini...

Rabu, 23 Disember 2015


Izreen Azminda dan Sherry Ibrahim ditimpa kemalanganIzreen Azminda dan Sherry Ibrahim terlibat dalam satu kemalangan di Lebuhraya Utara Selatan dekat Perak, awal pagi semalam. Kejadian itu dimaklumkan Izreen di laman Instagramnya dan memberitahu mereka berdua selamat.
“Alhamdulillah, kami semua okay,” tulisnya lapor Sinar Harian.

Difahamkan, kenderaan yang dinaiki pelakon ini terbabas dan melanggar pembahagi jalan.

Syamsul Yusof Masih Tersenyum Walaupun Hampir Terbakar

Selasa, 22 Disember 2015

Kerap ke kelab malam? Fara Mendoza kemalangan (3 gambar)

Selasa, 20 Oktober 2015

Dengar khabar Fara Mendoza terlibat dengan kemalangan dan mengalami kecederaan dalaman. Dengar cerita dari orang lain ini disebabkan dia kerap ke kelab malam, dan ini teguran kecil Allah untuk dia.

Eira, Azad terlibat kemalangan teruk. keadaan mereka kini...

Jumaat, 25 September 2015


Eira Syazira Dan Azad Jasmin Kemalangan di Terowong Menora
Pelakon Eira Syazira, 31, bersyukur apabila dia sekeluarga tidak mengalami sebarang kecederaan selepas terbabit dalam kemalangan di lebuh raya PLUS berhampiran Terowong Menora dekat Ipoh, Perak, petang Ahad lalu.

Dalam kejadian itu, kereta dinaikinya bersama anak Ammara Sofea, suami yang juga pelakon Azad Jasmin dan adik iparnya terbabas dan merempuh penghadang jalan memetik Harian Metro.

Eira Syazira Dan Azad Jasmin Kemalangan di Terowong Menora

Eira Syazira berkata, kejadian itu berlaku apabila kereta dipandu adik iparnya itu tiba-tiba hilang kawalan selepas mahu mengelak sebuah kenderaan lain.
“Saya bersyukur sangat Allah selamatkan kami anak beranak. Macam tidak percaya pun ada juga. Semuanya berlaku dengan begitu pantas.

“Kereta memang remuk teruk di bahagian depan dan pecah cermin belakang, tapi saya dan anak yang duduk di belakang tidak cedera. Begitu juga suami dan adik ipar yang duduk di depan,” katanya.

Ketika kejadian mereka dalam perjalanan dari Kuala Lumpur ke Pulau Pinang.