Pada:
Selasa, 17 Februari 2015

Perceraian mereka disahkan oleh Makamah Syariah Gombak Timur, Ampang pada Isnin, semalam. Hakim Syarie, Shaiful Azli Jamaludin memutuskan percerian itu selepas mendapati lafaz cerai yang diucapkan oleh pelakon itu terhadap isterinya pada 28 September 2014 adalah sah.
Pasangan tersebut bersetuju hak penjagaan tiga anak mereka diberikan kepada Vie Santie Harun selaku ibu manakala Eizlan mendapat kebenaran untuk bermalam dengan anak-anaknya pada masa yang dipersetujui bersama.
Vie Santie selaku plantif juga bersetuju tidak akan membuat tuntutan mutaah manakala nafkah edah pula akan diberikan mengikut budi bicara Eizlan.
Tag : Berita Artis , Eizlan Yusof , Pelakon , Perceraian Artis , Suami Isteri , Vie Shantie