Ada info/gambar yang ingin dikongsi bersama? email ke:

Hubungan Neelofa-Vie Shantie renggang?

Khamis, 22 Disember 2016

Neelofa menafikan hubungan baiknya dengan Vie Shantie Khan, dingin gara-gara penghasilan koleksi 'mesra solat'. Malah, pengacara Meletop itu menegaskan kedua-duanya masih baik seperti biasa dan pernah berjumpa dalam sebuah acara, baru-baru ini.

"Hubungan kami masih seperti biasa dan macam sedia kala. Baru-baru ini, kami berjumpa dalam sebuah jamuan makan dianjurkan jemaah haji yang turut serta dengan kami dulu.

"Kami memang tiada masalah. Malahan saat bermesej, saya sendiri gemar menyebut perkataan 'I Miss You' selain mengajaknya keluar berjumpa," kata Neelofa memetik BharianOnline

Akhbar BH Plus Isnin lalu kononnya perhubungan baiknya dengan bekas isteri Datuk Eizlan Yusoff itu terkesan gara-gara penghasilan koleksi 'mesra solat'. Kononnya, idea asal koleksi terbabit adalah daripada Vie yang juga pemilik jenama VHijrah, namun Neelofa yang terlebih dulu mengeluarkan pakaian muslimah berkenaan.

Sekitar ibadah Haji Neelofa, Vie Shantie (17 gambar)

Selasa, 13 September 2016

Vie Shantie, Neelofa tunai ibadah Haji bersama (6 gambar & video)

Selasa, 6 September 2016

Vie Shantie memang lawa walaupun janda.. (18 gambar)

Isnin, 6 Jun 2016

Pakaian sedondon Zizan, Vie Shantie.. WOW

Ahad, 17 April 2016


Meskipun beberapa kali menafikan mereka sedang bercinta, Zizan Razak dan Vie Shantie Khan masih lagi menjadi tumpuan ramai. Beberapa pihak yakin mereka sebenarnya sedang menjalinkan hubungan istimewa cuma tidak mahu mengaku, lebih-lebih lagi mereka dilihat mengenakan pakaian sedondon di majlis perkahwinan adik perempuan Vie.

Melihat mereka sedondon, peminat mula mendoakan yang terbaik buat mereka dan merestui percintaan Zizan dan Vie.

Namu, Zizan sekali lagi menegaskan hubungan mereka tidak lebih daripada seorang kawan.

Eizlan Yusof dah ada penganti Vie Shantie?

Selasa, 15 Mac 2016

Sebelum ini, ramai yang mengetahui Datuk Eizlan Yusof sudah tiga kali meluahkan hasratnya untuk rujuk semula bersama Vie Shantie Khan, namun tiada jawapan yang diberikan oleh bekas isterinya.

Sedikit hampa rasanya lebih-lebih lagi dengan gosip percintaan Vie dan Zizan Razak, Eizlan memberitahu pintu hatinya belum terbuka untuk menerima mana-mana wanita dalam hidupnya meskipun ada yang cuba mendekati dirinya.

Walaubagaimanapun, menurut satu laporan oleh Diva Kosmo! , ada sumber terdekat Eizlan mengesahkan aktor itu sudah bertemu dengan seorang wanita yang berjaya mencuri hatinya.

Jelas sumber itu lagi, wanita itu bukan seorang artis tetapi usianya lebih kurang dengan Vie.

Luahan hati Eizlan Yusof terhadap Vie Shantie

Selasa, 8 Mac 2016

Bertahun hidup bersama sebagai suami isteri dan mempunyai tiga orang cahaya mata, nyata bukan mudah untuk Datuk Eizlan Yusof menghakis perasaan kasih sayang terhadap bekas isterinya Vie Shantie Khan.

Malah, Eizlan merasa cukup tertekan dengan gosip percintaan Vie bersama Zizan Razak yang sedang hangat diperkatakan sekarang apabila di asak dengan pelbagai persoalan mengenai perkara berkenaan.

Zizan akui pergi menonton wayang bersama Vie Shantie TAPI...

Isnin, 29 Februari 2016

Desas desus yang menyatakan Zizan Razak rapat dengan Vie Shantie dengan pernah membawanya dia keluar bersama akhirnya terjawab.

Zizan mengakui membawa Vie pergi menonton wayang tapi..
“Ya, saya memang pernah keluar menonton wayang dengannya tetapi bukan keluar berdua. Saya ditemani dengan keluarga saya, begitu juga dengan dia. Hubungan yang terjalin di antara saya dan dia hanya sekadar teman sahaja”

“Kami hanya berkawan dan kalau kami berjumpa pun, ia berkaitan dengan urusan perniagaan. Kalau boleh, saya tak mahu komen panjang mengenai perkara ini”

“Dia sendiri pun pernah mengeluarkan kenyataan di akaun Instagram miliknya sebelum ini, jadi saya rasa itu sudah cukup,” katanya kepada mStar Online.

Zizan Razak, Vie Shantie pergi ke panggung wayang bersama?

Rabu, 10 Februari 2016

Pelawak Zizan Razak dan bekas isteri Datuk Eizlan Yusof, Vie Shantie sebelum ini pernah menafikan mereka sekarang tengah bercinta. Tambahan pula, Vie ada membuat komen dan dia juga berharap tiada lagi pihak yang mengaitkan beliau dengan gosip percintaan berkenaan.

Namun, hubungan mereka nampaknya semakin rapat apabila sumber kepada Cik Pang di Harian Metro mengatakan beliau sudah beberapa kali terserempak dengan Zizan dan Vie di panggung wayang.

Vie juga sebelum ini pernah dilihat hadir untuk menyaksikan teater Bikers Kental yang dibintangi oleh Zizan di Istana Budaya baru-baru.

Namun, pasangan ini masih lagi kelihatan seperti biasa dan tidak menunjukkan sebarang perlakuan seakan seseorang itu bercinta.

Ini komen Vie Shantie bila digosipkan dengan Zizan Razak..

Isnin, 25 Januari 2016

Gosip yang mengaitkan pelawak Zizan Razak dengan bekas isteri Datuk Eizlan Yusof, Vie Shantie yang hangat diperkatakan baru-baru ini juga turut dirasai oleh empunya badan sendiri.

Vie tampil memberikan komennya mengenai gosip itu.
"Sebelum ini, saya berdiam diri bukan kerana apa yang dikatakan itu benar. Saya terlalu sibuk menguruskan perniagaan hingga tidak mempunyai masa untuk mengulas mengenai hal remeh-temeh ini.

"Namun, apabila fitnah ini semakin berleluasa hingga mengheret nama saya di ruang gosip dalam akhbar dan laman sosial, saya terpanggil untuk mengambil langkah memperbetulkannya,"

"Saya ingin menyatakan, gosip liar kononnya saya mempunyai hubungan intim dengan Zizan adalah tidak benar sama sekali. Saya hanya mengenalinya sebagai sahabat biasa, tambahan pula Zizan adalah rakan kepada adik lelaki saya yang juga terbabit dalam industri yang sama,"

"Janganlah mengotorkan tangan dengan memfitnah kehidupan orang lain seolah-olah ingin membunuh mereka dalam masyarakat. Hentikan segala tohmahan yang boleh mengheret kepada kemurkaan Tuhan," kata Vie memetik Bharian

Komen Eizlan Yusof mengenai Vie Shantie, Zizan Razak

Khamis, 21 Januari 2016


Luahan Eizlan Yusof bekas isteri didakwa bercinta dengan Zizan Razak
Datuk Eizlan Yusof berpendapat bekas isteri, Vie Shantie mempunyai hak untuk membuat apa juga keputusan penting berkaitan hidupnya, termasuklah membina hubungan dengan pasangan baharu yang sesuai dengan dirinya.

Apa yang penting, gosip yang mengatakan Vie sedang menjalinkan hubungan dengan pelawak Zizan Razak tidak akan sama sekali menjejaskan hubungan baik antara dia dan bekas isterinya itu.

Keluar bersama dengan Vie Shantie, ini komen Zizan Razak

Selasa, 19 Januari 2016

Rasanya tidak menjadi kesalahan untuk Zizan Razak berhubung dan rapat dengan bekas isteri Datuk Eizlan Yusof iaitu Vie Shantie.

Memandangkan Vie juga sudah setahun menjanda, rasanya Zizan juga seorang yang mengerti keadaan Vie yang kini bergerak solo.

Dan disamping itu, gosip juga mula timbul dimana ramai yang mendakwa ternampak mereka ada keluar bersama-sama. Dan ini maklum balas dari Zizan mengenai hal itu.

Eizlan Yusof mahu rujuk Vie Shantie?

Selasa, 20 Oktober 2015

Dengar khabar yang Dato' Eizlan Yusof masih lagi menyayangi bekas isterinya, Vie Shantie. Buat masa ini Eizlan akui hubungan mereka berdua kini baik dan kemungkinan bakal bersatu semula dimana Eizlan akan berusaha merujuk kembali bekas isterinya itu.

“Hubungan kami masih baik dan Vie juga banyak membantu dalam menjaga kebajikan anak-anak. Bahkan dia juga tidak pernah menghalang bila saya mahu bersama dengan anak-anak pada bila-bila masa. Anak-anak juga pada saya cukup bertuah memiliki ibu seperti Vie yang menjaga sebaik mungkin kebajikan anak-anak”

“Memang saya mengharap untuk kembali dan berusaha ke arah itu. Doa-doakan ia berjaya,” -Eizlan

Untuk makluman, mereka bercerai pada bulan Februari yang lalu dengan dikurniakan tiga orang anak iaitu Vie Zaara, Zareef Yusof dan Vie Zaalia yang berumur antara dua hingga enam tahun.

Eizlan, Vie Santie sah cerai talak satu!

Selasa, 17 Februari 2015

Rumah tangga yang dibina pelakon Datuk Eizlan Yusof dan isterinya, Datin Vie Santie Harun selama tujuh tahun akhirnya musnah apabila pasangan itu disahkan bercerai talak satu.

Perceraian mereka disahkan oleh Makamah Syariah Gombak Timur, Ampang pada Isnin, semalam. Hakim Syarie, Shaiful Azli Jamaludin memutuskan percerian itu selepas mendapati lafaz cerai yang diucapkan oleh pelakon itu terhadap isterinya pada 28 September 2014 adalah sah.

Pasangan tersebut bersetuju hak penjagaan tiga anak mereka diberikan kepada Vie Santie Harun selaku ibu manakala Eizlan mendapat kebenaran untuk bermalam dengan anak-anaknya pada masa yang dipersetujui bersama.

Vie Santie selaku plantif juga bersetuju tidak akan membuat tuntutan mutaah manakala nafkah edah pula akan diberikan mengikut budi bicara Eizlan.

Komen Eizlan terhadap permohonan cerai Vie

Selasa, 25 November 2014

Beberapa hari lalu, memang ramai yang terkejut dan tidak menyangka akan tindakan Vie Shanti memfailkan permohonan cerai di Mahkamah Syariah ke atas suaminya, Datuk Eizlan Yusof.

Namun kenyataan media daripada kedua-dua pihak gagal ditemui dan akhirnya Eizlan tampil memberikan komen di ruangan Bharian minggu.

Nadanya cukup tegas, sepertinya Eizlan enggan mereka berpisah dan mahu kembali menjadi pasangan suami isteri dan ibu bapa yang baik.
“Susah nak komen! Aku sayang dia, family aku. Ini dugaan tiga suku mati aku nak menanggungnya Aku tak boleh komen apa apa buat masa ini, aku down gila, nantilah ya”

“Aku tak nak semua terjadi. Ya, aku sedang mempertahankan perkahwinan aku sebab aku taknak berpisah. Kalau aku dah lafaz, takkanlah aku nak mempertahankan perkahwinan ini, mesti dah terlerai,” -Eizlan

Vie Shantie, Eizlan Yusof nak bercerai?

Rabu, 19 November 2014

Patut la pelik selama ini melihat instagram Datuk Eizlan Yusof dan Datin Vie Santie tidak bersama-sama gambar mereka, bahkan jarang sekali dapat melihat gambar mereka berdua bersama.

Rupa-rupanya semalam memetik portal MediaHiburan, 18/11 sudah terjawab. Vie telah memfailkan pengesahan lafaz cerai di mahkamah Rendah Syariah Gombak Timur.

Namun atas sebab-sebab tertentu prosedur mahkmah, tarikh perceraian mereka terpaksa ditunda ke 13 Januari tahun hadapan bersama-sama saksi dan peguam masing-masing.

Mereka berkahwin dan mendirikan rumahtangga sejak 7 Julai 2007 dan dikurniakan dua cahaya mata,Zareef Yusof dan Vie Zaalia.

Gambar Raya Vie Shanti 2014 (9 Gambar)

Selasa, 5 Ogos 2014

Mari layan gambar Hari Raya AidilFitri selebriti bernama Vie Shantie dengan anak-anaknya serta ahli keluarganya, suaminya. Dato' Eizlan Yusof tak tahu kemana menghilang. huhu

Gambar Percutian Eizlan, Vie di Hong Kong

Rabu, 1 Januari 2014

Ramai keluarga artis yang pergi bercuti di luar negara. Ke Eropah la, dalam negara la, ke mana-mana sahaja percutian menarik lah katakan.

Kali ni gambar Vie Shantie dengan ahli keluarganya serta suaminya, Eizlan Yusof yang pergi bercuti hujung tahun di Hong Kong baru-baru ini, dengan suhu yang sejuk di sana. -Instagram vieshantie

Gambar Keluarga Datuk Eizlan Yusof edisi Disember

Khamis, 5 Disember 2013

Ini adalah edisi Disember 2013 gamba anak kepada Datuk Eizlan Yusof dan juga isterinya Datin Vie Shantie. Anaknya yang kecil, Vie Zaalia kini dah masuk 4 bulan usianya. Memang putih-putih keturunan mereka ni. Emak dia, si Vie ni jangan lah cakap, macam remaja masih gitu. Eizlan pula jarang bersama-sama keluarga, katanya sibuk gitu. -Instagram VieShantie

Gambar Anak-anak Eizlan, Vie Shanty

Khamis, 26 September 2013

Dah besar anak Datuk Eizlan Yusof dan Datin Vie Shantie, Vie Zaara, Zareef Yusof dan Vie Zaalia. Vie Zaalia kini dah berusia 2 bulan lebih dah. Gambar Zaalia kurang dimuatnaik oleh Vie Shantie ke dalam laman sosial instagramnya berbanding dua anaknya yang dah besar. Tunggu sedikit masa lagi, kalau dah besar mesti banyak dimuatnaik. Hehe. Jom Layan. -Instagram vieshantie