Sheera Iskandar suadh bertudung sejak bulan Ramadan (10 Gambar)

Pada: Khamis, 14 Ogos 2014
Rupanya Sheera Iskandar telah bertudung sejak bulan Ramadan lalu. Berita baik ini disampaikan sendiri olehnya melalui portal mStar semalam.

Namun di dalam perubahannya bertudung, dia menerima kejian dan komen negatif daripada pengikutnya. Sheera akui dia tidak mengumumkan mengenai dirinya telah berhijrah bertudung setelah sebulan berlalu.

"Sebenarnya saya nak bagi komen kerana risau dengan pelbagai tanggapan masyarakat. Rasa kurang manislah bila orang memberi persepsi negatif pada kita.

"Lagipun saya tidak pernah membuat sebarang pengumuman (untuk bertudung), sekadar memuat naik foto saya seperti biasa di Instagram. Ada yang memberi komen buruk kononnya saya riak.

"Ada juga memberi komen bersifat sindiran dengan kata-kata seperti 'nak pakai tudung, pakai betul-betul. Jangan nak gembar-gembur'. Rasa tak senang hati pula bila orang komen begitu," -Sheera

Tag : , , , , ,