Isu Lif di Hotel, Nora Danish akui Legoland, Orang JB terbaik!

Pada: Selasa, 19 Ogos 2014
Bukan main lagi melenting Nora Danish berhubung isu yang menimpa kakak dan rakannya yang dikhabarkan telah terperangkap selama sejam di sebuah lif dekat Hotel Legoland pada hujung minggu yang lalu.

Nora mendakwa dimana mereka terperangkap hampir setengah jam pada mulanya tanpa ada bantuan yang dapat disalurkan.

Nora melemparkan rasa tidak puas hatinya itu melalui laman sosial Instagram miliknya (gambar diatas), namun meminta agar orang ramai tidak salah faham akan situasi yang melanda, Nora mewakili mereka hanya kesal dengan perkhidmatan hotel berkenaan, tidak menafikan Legoland tempat terbaik yang harus dikunjungi (gambar dibawah).


"Kami menghadapi masalah mekanikal dengan satu daripada lif di hotel itu malam tadi dan kami sekali lagi memohon maaf kepada keluarga yang terlibat dalam insiden itu.

“Kami sedang bekerjasama rapat dengan pihak berkaitan untuk memastikan insiden ini disiasat dengan rapi. Kami kini di peringkat awal proses itu dan akan mengemaskinikannya sebaik sahaja kami melengkapkan siasatan, " Pengurus Perhubungan Awam Legoland Malaysia, Deviga Doreraja

Tag : , , , , , , ,