Ada info/gambar yang ingin dikongsi bersama? email ke:

Sekitar hari jadi anak Diana, Zamarul (7 gambar)

Khamis, 5 November 2015

Diana Rafar dan suami, Zamarul Hisham telah meraikah hari jadi ke-5 tahun anak mereka, Kashfi Haiqal pada 1 November yang lalu. Sambutan majlis tempoh hari diadakan di Restoran Alsham Castle di Shah Alam. Lebih istimewa majlis yang bertemakan dekorasi permainan Lego itu turut meraikan 40 orang anak yatim Al Firdaus Denai Alam di Shah Alam. Antara selebriti yang turut memeriahkan majlis adalah Nabil Ahmad dan Johan As'ari.

Aidil, Zaquan sekeluarga ke LegoLand (13 gambar)

Selasa, 28 Oktober 2014

Baru-baru ini adik beradik Zaquan Adha dengan Aidil Zafuan serta ahli keluarga masing-masing telah melaungkan masa hunjung minggu ke pusat taman permainan Lego Land.

Ayu Raudhah dan Zarema juga baik-baik sahaja hubungan mereka. Sangat bahagia sekali melihat keluarga besar ni. Dengan anak-anak mereka yang dah membesar. Jom layan sat. -Instagram AyuRaudhah

Isu Lif di Hotel, Nora Danish akui Legoland, Orang JB terbaik!

Selasa, 19 Ogos 2014

Bukan main lagi melenting Nora Danish berhubung isu yang menimpa kakak dan rakannya yang dikhabarkan telah terperangkap selama sejam di sebuah lif dekat Hotel Legoland pada hujung minggu yang lalu.

Nora mendakwa dimana mereka terperangkap hampir setengah jam pada mulanya tanpa ada bantuan yang dapat disalurkan.

Nora melemparkan rasa tidak puas hatinya itu melalui laman sosial Instagram miliknya (gambar diatas), namun meminta agar orang ramai tidak salah faham akan situasi yang melanda, Nora mewakili mereka hanya kesal dengan perkhidmatan hotel berkenaan, tidak menafikan Legoland tempat terbaik yang harus dikunjungi (gambar dibawah).

Gambar Siti Nurhaliza di LegoLand

Khamis, 4 April 2013

Baru-baru ini Datuk Siti Nurhaliza ada membuat lawatan bersama peminat produk barangan kosmetik SimplySiti ke Legoland Malaysia. Ini bersempena mereka yang bertuah kepada pengguna yang membeli produk SimplySiti dengan niat untuk menderma.

Dan lebih 100 pemenang ini dibawa ke Legoland dekat Johor itu bermula jam 6 pagi dari Kuala Lumpur. Selain itu juga Datuk Siti Nurhaliza memberikan cek bernilai RM57,000 kepada Yayasan IJN hasil kutipan menerusi kempen SimplySiti di Hati 2012. -gambar Budiey.com










Gambar Anne Ngasri, Keluarga ke Legoland

Jumaat, 4 Januari 2013

Sudah masuk dua minggu mendirikan rumah tangga, Anne Ngasri dengan Mohd Sumali Reduan kini sangat bahagia bahkan perkahwinan kali ke-2 Anne ini merupakan satu pengalaman baru bersama-sama 4 orang anak.

Yang terbaru mereka ada jalan-jalan ke destinasi pelancongan terbaik di Johor iaitu Legoland sekeluarga. Gambar manis itu dikongsikan oleh Anne melalui laman sosial Instagramnya. Jom Layan.