Awie sekat media guna mahkamah kes dengan Rozana!

Pada: Selasa, 12 Ogos 2014
Bukan main tegas lagi Awie untuk tidak memperlekehkan kes dia dengan isterinya, Rozana dimana mendapat perintah mahkamah untuk menghalang mana-mana media, blog dan forum menyebarkan dan memgeluarkan artikel mengenai mereka.

Ini diputuskan oleh mahkamah majistret Ampang semalam. Namun mahkamah tidak menolak untuk membuat liputan berita mengenai kes berkenaan di dalam mahkamah.

Jika Awie didapati bersalah mengenakan kecederaan terhadap isterinya, maka dia bakal dihukum mengikut Seksyen 325 Kanun Keseksaaan.
"Kita buat permohonan itu kerana tiada siapa patut membuat komentar, telahan atau andaian malah menyebarkan gambar-gambar kerana ia tidak adil kepada pihak tertuduh kerana ia mampu menjatuhkan reputasinya sebelum mendapat keadilan di mahkamah.

"Niat kita bukan ingin menentang kebebasan media dan tidak mempunyai masalah sekiranya pihak media ingin melaporkan apa yang berlaku dalam mahkamah atau pun kenyataan saksi," -Awie memetik portal mStar

Tag : , , , , , ,