Ada info/gambar yang ingin dikongsi bersama? email ke:

Pukul warga Brunei, Lydiawati terima hukuman.. (video)

Ahad, 11 Jun 2017

Lydiawati dikenakan hukuman denda RM4,000 oleh Mahkamah Majistret Ampang di Kuala Lumpur, selepas mengaku bersalah memukul peniaga wanita warga Brunei menggunakan besi, Mac tahun lalu.

Majistret Haslinda A Raof menjatuhkan hukuman itu terhadap Lydiawati, 51.

Mahkamah turut memerintahkan Lydiawati dikenakan hukuman penjara 14 bulan, jika gagal membayar denda itu.

Syazwan Zulkifli akui pukul Shenthy Feliziana (gambar)

Isnin, 23 November 2015

Masih ingat lagi mengenai kes pukul pengacara TV swasta Shenthy Feliziana beberapa minggu lalu, kini kekasinya yang juga seorang pelakon, Syazwan Zulkifli tampil melalui BH Plus mengakui kesilapannya itu terhadap Shenty.

Awie sekat media guna mahkamah kes dengan Rozana!

Selasa, 12 Ogos 2014

Bukan main tegas lagi Awie untuk tidak memperlekehkan kes dia dengan isterinya, Rozana dimana mendapat perintah mahkamah untuk menghalang mana-mana media, blog dan forum menyebarkan dan memgeluarkan artikel mengenai mereka.

Ini diputuskan oleh mahkamah majistret Ampang semalam. Namun mahkamah tidak menolak untuk membuat liputan berita mengenai kes berkenaan di dalam mahkamah.

Jika Awie didapati bersalah mengenakan kecederaan terhadap isterinya, maka dia bakal dihukum mengikut Seksyen 325 Kanun Keseksaaan.
"Kita buat permohonan itu kerana tiada siapa patut membuat komentar, telahan atau andaian malah menyebarkan gambar-gambar kerana ia tidak adil kepada pihak tertuduh kerana ia mampu menjatuhkan reputasinya sebelum mendapat keadilan di mahkamah.

"Niat kita bukan ingin menentang kebebasan media dan tidak mempunyai masalah sekiranya pihak media ingin melaporkan apa yang berlaku dalam mahkamah atau pun kenyataan saksi," -Awie memetik portal mStar

Gambar isteri Awie lebam dipukul tersebar

Isnin, 30 Jun 2014

Mengikut sebuah blog hiburan, ini adalah gambar kepada isteri penyanyi Rock, Awie, Rozana Misbun. Dia dikatakan dipukul sehingga lebam dibahagian muka oleh seseorang.

Foto ini mulanya tersebar luas di laman aplikasi popular, Whatsapp sebelum dimuatnaik ke dalam Facebook. Tidak tahu siapa yang memukul sehingga sebegini.

Jika diikutkan kemungkinan besar, ianya adalah juga ada kaitan mengenai berita seorang penyanyi rockers memukul isterinya dikhalayak ramai yang heboh dikatakan pada awal bulan lalu.

Wallahualam.

Azza Elite dipukul kekasih

Ahad, 10 Januari 2010

Bimbang selepas menerima ugutan melalui SMS, pelakon yang juga bekas penyanyi sebuah kumpulan popular, Azza Elite membuat aduan polis baru-baru ini sebelum terpaksa ‘diiringi’ ke balai polis bersama teman lelakinya selepas artis jelita itu mendakwa dipukul kekasihnya itu. Bagaimanapun, dia dilaporkan enggan memberi butiran lanjut mengenai rahsia yang ingin dihebohkan itu.

Dalam laporan itu, artis berkenaan mendakwa dia menerima SMS ugutan daripada nombor telefon bimbit tidak dikenali dan meminta polis menyiasat. Bagaimanapun, kira-kira jam 4.30 pagi, polis menerima panggilan daripada Azza mendakwa dia dipukul teman lelakinya yang dikenali sebagai Farhan di rumah artis itu di kawasan Bukit Antarabangsa di sini.

Sepasukan polis bergegas ke rumah artis terbabit dan dia bersama teman lelakinya dibawa ke balai polis untuk siasatan lanjut sebelum kedua-dua mereka dibawa berjumpa pegawai penyiasat. Ketika di balai polis, artis berkenaan dilihat menangis teresak-esak dan ada ketikanya bertengkar dengan Farhan serta saling tuduh menuduh antara satu sama lain. Kira-kira jam 5 pagi, dia bersama pasangannya dibawa berjumpa pegawai penyiasat sebelum keterangan direkodkan dan proses itu selesai setengah jam kemudian.

Mengulas mengenai SMS ugutan itu, Abd Jalil berkata, polis sedang menyiasat dengan melakukan pemeriksaan nombor telefon bimbit itu untuk menjejaki pemiliknya. Kes membabitkan artis wanita itu pernah menggemparkan negara apabila dia membuat laporan polis selepas mendakwa dipukul teman lelakinya ketika pulang daripada menghadiri sambutan tahun baru, dua tahun lalu.