Ada info/gambar yang ingin dikongsi bersama? email ke:

Majlis 'Pelancaran iPhong 7' oleh Shila, ND Lala

Jumaat, 26 September 2014

Baru-baru ini dua beranak tampil membuat kenyataan media mengenai kemelut yang melanda mereka berdua, Shila Amzah dengan ayahnya, ND Lala berhubung isu media Melayu dan hutang Den Wahab. Agak pelik pada mulanya sidang media ini, kerana terdapat slide untuk dibentangkan selain daripada mikrofon yang wajib ada.

Sudah diketahui yang sidang media itu gagal sepenuhnya kerana Shila dan ND Lala sepertinya menghentam serangan pribadi kepada sesetengah wartawan hiburan. Sepertinya tiada nada-nada yang Shila dan ayahnya itu meminta maaf, namun dengan prinsip yang tinggi menyarankan agar wartawan mematuhi etika kewartawanan.

ND Lala juga menyediakan slide yang tertera kronologi beberapa bukti, anaknya itu difitnah oleh segelintir wartawan. Ini menimbulkan lagi rasa tidak senang wartawan yang hadir, walhal ramai media melayu yang tidak menghadiri 'pelancaran' ini, sebagai bukti awal, mereka sudah muak dan memboikot dua beranak ini.

Disamping itu, ND Lala juga turut mencabar Den Wahab agar membawa kes hutangnya itu ke mahkamah jika benar seperti yang didakwannya. 

Shila Amzah sindir media Melayu, banggakan media Cina!

Rabu, 17 September 2014

Telajak perahu boleh berundur, telajak upload nah kena kecam pula. Begitulah yang terjadi kepada Shila Amzah yang dikatakan telah memuatnik gambar keratan artikel liputan konsert sulungnya di Negara ini.

Shila dikatakan menyindir media Melayu (bHarian) berbanding media di Cina di Malaysia dan China. Dalam keratan itu sepertinya membandingkan dua media berkenaan dan menunjukkan sepertinya media Melayu hanya membuat laporan pribadi/gosip berbanding media lain yang mengulas lanjut mengenai konsertnya.

Dengarnya juga, media Melayu tidak dijemput ke konsertnya itu. Akibatnya, Shila dikecam hebat peminatnya sehinggakan gambar keratan berkenaan sudah dipadam.

Awie sekat media guna mahkamah kes dengan Rozana!

Selasa, 12 Ogos 2014

Bukan main tegas lagi Awie untuk tidak memperlekehkan kes dia dengan isterinya, Rozana dimana mendapat perintah mahkamah untuk menghalang mana-mana media, blog dan forum menyebarkan dan memgeluarkan artikel mengenai mereka.

Ini diputuskan oleh mahkamah majistret Ampang semalam. Namun mahkamah tidak menolak untuk membuat liputan berita mengenai kes berkenaan di dalam mahkamah.

Jika Awie didapati bersalah mengenakan kecederaan terhadap isterinya, maka dia bakal dihukum mengikut Seksyen 325 Kanun Keseksaaan.
"Kita buat permohonan itu kerana tiada siapa patut membuat komentar, telahan atau andaian malah menyebarkan gambar-gambar kerana ia tidak adil kepada pihak tertuduh kerana ia mampu menjatuhkan reputasinya sebelum mendapat keadilan di mahkamah.

"Niat kita bukan ingin menentang kebebasan media dan tidak mempunyai masalah sekiranya pihak media ingin melaporkan apa yang berlaku dalam mahkamah atau pun kenyataan saksi," -Awie memetik portal mStar

Faizal Tahir kena Banned Media Prima?

Selasa, 18 Jun 2013

Tidak dipastikan apakah punca sebenar yang Faizal Tahir dibanned atau digam oleh syarikat dibawah naungan Media Prima. Kisah ini menjadi bualan hangat apabila berita ini sudah diketahui oleh ramai orang dalaman Media Prima.

Tambahan lagi menerusi sumber asal portal Murai, surat hitam putih (rasmi) tidak kelihatan. Jadi secara logik, banyak program yang melibatkan Faizal Tahir telah dibatalkan.

Mengikut sumber itu lagi, gara-gara Faizal di banned adalah kerana Faizal bersuara politik, lalu ada orang yang tidak berpuas hati memberitahu kepada pihak atasan. Kemungkinan bersuara politik pembangkang, sebab Media Prima lebih kepada Kerajaan.

Wallahualam lah, tak mengapalah Faizal, rezeki ada dimana-mana.

Siti Nurhaliza Derma RM20,000 untuk Lahad Datu

Khamis, 14 Mac 2013

Semalam, Datuk Siti Nurhaliza menyumbang RM20,000 kepada Tabung Wira Lahad Datu, Media Prima Berhad untuk ahli anggota keselamatan yang terkorban insiden pencerobahan di Lahad Datu yang sehingga kini difahamkan hampir 10 anggota kita yang terkorban.

“Daripada jumlah RM20,000 ribu itu, RM10,000 adalah sumbangan daripada Siti Nurhaliza Production Sdn Bhd dan RM10,000 lagi daripada SimplySiti Sdn Bhd. Siti rasa terpanggil untuk menderma kerana Siti ingin menghargai jasa anggota keselamatan kita yang sanggup berkorban nyawa demi mempertahankan keamanan negara. Siti juga anak anggota polis, jadi Siti dapat merasakan keperitan yang dialami oleh ahli keluarga anggota keselamatan terbabit.

Selain itu, Siti juga salah seorang askar Wataniah. Ini adalah salah satu tanggungjawab sosial yang harus Siti lakukan sebagai tanda prihatin kepada wira-wira negara kita,” ujar Siti yang mahu anda juga menyumbang bersama. -petikan GUA 

Artis lelaki di Media Prima Open House

Khamis, 30 September 2010

Baru-baru ni, media prima ada membuat rumah terbuka untuk warganya, artis-artis, selebriti dan orang kenamaan lain. Nak dijadikan cerita, bukan main ragam lagi artis-artis kita ni oi. Semuanya dok semangat habis, sampai ada yang tak karuan nak pakai baju apa. Datuk Siti jangan kata tak datang, dia lah paling mendapat tumpuan kat sana. Tapi kali ni nak buka thread pasal artis lelaki pula sebab jarang thread artis lelaki keluar, sekali sekala almaklumlah sihat daripada gosip, jadi pengubat rindu gitue juga. -thanks Budiey

Open House Media Prima 2010

Open House Media Prima 2010

Open House Media Prima 2010

Open House Media Prima 2010

Zafroul

Open House Media Prima 2010

Open House Media Prima 2010

Open House Media Prima 2010

Open House Media Prima 2010

Open House Media Prima 2010

Ashraf Muslim

Open House Media Prima 2010

Gambar Nik Maihan Myhan Rossihan

Rabu, 23 Disember 2009

Siapa gerangan manusia bernama, Nik Maihan Myhan Rossihan ni. Macam sepertinya kurang dikenali ramai. Rupa-rupanya, dia ni lah yang selalu membaca berita sukan di TV3. Personaliti baru ni berasal dari Kelantan. Walaupun masih baru lagi, mungkin ramai yang percaya, dia akan popular tidak lama lagi sebaris dengan penyampai berita yang lain, lebih-lebih lagi diambil bekerja di Media Prima. Memang menyeronokkan kerjaya sebagai wartawan, boleh melancong atau melencong sampai ke Stamford Bridge di England gitue~.

Siti Nurhaliza di Rumah Terbuka TV3

Rabu, 21 Oktober 2009

Anjuran bersama Media Prima Sdn Bhd, telah menjemput penyanyi nombor satu negara, Siti Nurhaliza datang ke rumah terbuka Aidilfitri + Deepavali di Sri Pentas baru-baru ini. Siti yang ditemani suami, Datuk Seri K turut memeriahkan majlis. Fesyen baju berbunga-bunga yang dipakai oleh Siti memang sesuai dengan padan dengan orangnya, nampak manis dan bertambah menyerlah lagi keayuannya.