Gambar peluk Nora Danish, Rayqal jadi isu..

Pada: Isnin, 14 Julai 2014
Agak pelik apabila peminat aka fan mula mengomen di laman sosial mengenai artis kesayangan mereka. Ada beranggapan positif ada juga yang beranggapan ke arah kuning.

Namun bagi Nora Danish, dia sudah lali dengan komen kuning seperti itu. Terbaru apabila Nora  memuatnaik gambar ke dalam laman sosial dimana dia sebagai seorang ibu memeluk anaknya, Rayqal di rumahnya ketika nak masuk waktu tidur.

Namun hasil pelukkan itu tidak menjadi persoalan, namun menjadi persoalan penting buat peminatnya adalah siapa yang ambil gambar itu. Pelbagai reaksi dan komen telah dilemparkan, dan lebih bermaksud kepada kekasih Nora yang mengambil gambar itu aka bermalam di rumah Nora.

Jawapan Nora pula sudah cukup membuktikan mereka semua hanya berburuk sangka.

"Rumah saya ada kakak saya, dua orang maids, mom, sedara dari luar. Jadi teka la siapa yg ambik? Semua sahur kan. Kadang2 rasa rimas sebab setiap gambar kena explain. Negative dalam minda kena buang dik ;) sayang muda muda lagi. Jauh lagi masa depan. Ni akak nak nasihat je. kepada yg lain, apa kata semua teka gambar saya sebelum ni semua yg bukan selfie siapa ambik" -Nora Danish

Tag : , , , , , , ,