Pada:
Khamis, 26 Jun 2014

Anak mereka, Isobel Daniella, 6, dan Iman Daniella, 3 menunjukkan perkembangan yang positif di dalam peningkatan usia mereka. Ini termasuk pendidikan agama yang telah diserapkan ke atas kedua-dua anak mereka itu.
Daphnie baru-baru ini juga ada memuatnaik gambar dimana anak sulungnya mendapat markah penuh di dalam ujian tulisan jawi.
Semoga bulan puasa yang menjelang dan bakal tiba nanti menjadi lebih bermakna buat keluarga ini.
"Isobel adalah anak daripada hasil perkahwinan pertama saya dan itu bukan urusan sesiapa pun. Ada ramai yang bertanya, dia sudah masuk Islam atau belum? Macam mana dia nak masuk Islam, sebab dia masih kecil lagi. Tapi yang pasti dia membesar di dalam sebuah rumah Islam, dengan cara kehidupan Islam.
"Kalau di rumah, pembantu rumah saya seorang yang pandai berbahasa Arab, jadi dia selalu ajar Isobel mengaji. Tapi kalau kami balik ke rumah ibu bapa saya di Sabah, nenek dia ada juga bawa die ke kelas bibble. Bagi saya, nanti bila dia sudah besar biarlah dia buat pilihan sendiri. Saya tidak memaksa dia.
"Tapi seperkara yang saya cukup bangga apabila dia sudah pandai menulis jawi. Bayangkan, ketika itu saya pulang dari kerja dalam keadaan yang sangat letih. Tapi bila dia tunjukan pada saya hasil tulisan jawinya, saya sangat terkejut, bangga dan tersentuh. Walaupun saya tak pandai baca tapi saya tengok tulisan dia cantik. Saya bersyukur sangat. Dalam hati saya berkata, "Ya Allah, saya dah buat sesuatu yang betul",
"Saya tahu, mungkin saya sendiri kurang dari segi pengetahuan agama Islam tapi saya ada cara saya untuk didik anak-anak saya. Kalau dirumah, bila saya nak solat Isya', saya panggil anak-anak saya duduk di sisi saya. Biar mereka lihat dan belajar perlahan-lahan.
"Satu lagi yang buat saya tersentuh, baru-baru ni Isobel beria-ria beritahu saya yang dia nak "duk". Mulanya saya tak faham apa yang dia cuba cakapkan, tapi rupanya dia nak tunjuk pada saya yang dia sudah pandai berwuduk. Saya tidak tahu anda semua belajar tentang solah dan berwuduk seawal umur berapa. Tetapi saya kagum dengan anak saya. Dalam usia sekecil itu sekurang-kurangnya sudah pandai tulis jawi dan semakin belajar sedikit demi sedikit tentang kewajipan sebagai orang islam", -Daphne
Tag : Anak Artis , Berita Artis , Daphne Iking , Gambar Artis , Instagram , Islam