Pada:
Rabu, 2 April 2014

Memetik laporan mStar semalam, Hanez yang dijadualkan akan berlakon untuk pementasan teater Projek Kahwin di Istana Budaya akan di 'jaga' oleh polis berpakaian biasa.
Ini disahkan lagi oleh pihak Istana Budaya, sebagai langkah berjaga-jaga kerana difahamkan Hanez menerima ugutan daripada pihak yang tidak berpuas hati terhadap kontroversi yang melanda dirinya.
Teater Projek Kahwin akan berlangsung pada 11 hingga 14 Jun, sementara enam hari pementasan awal iaitu pada 6 hingga 10 akan dilakonkan oleh Kilafairy.
Tag : Gossip Artis , Hanez Suraya , Istana Budaya , Kes Polis , Kilafairy , Pelakon , Rumah Artis