Ada info/gambar yang ingin dikongsi bersama? email ke:

Khabar berita yang mengejutkan dari Hanez Suraya...

Isnin, 17 Julai 2017


Sudah lama tak mendengar khabar berita dari pelakon Hanez Suraya, baru-baru ini dia telah membuka Rumah Terbuka AidilFitri di kediamananya. Namun Hanez telah memberitahu mengenai kerjaya seninya ketika Rumah Terbuka berkenaan.

Katanya dia sudah tidak akan aktif lagi dalam lakonan bagi menghormati permintaan suami, Romie Razin disebabkan suaminya mahu beliau memberikan tumpuan terhadap keluarga.
"Suami tidak mengizinkan saya berlakon dan mahu saya tumpukan perhatian pada keluarga, terutamanya anak yang masih kecil.

"Jujurnya, saya dan suami sedang berusaha untuk menambah zuriat memandangkan usia saya juga makin bertambah," katanya kepada BharianOnline

Suami dah tak benarkan Hanez Suraya berlakon..

Jumaat, 3 Mac 2017

Hanez Suraya difahamkan akur dengan kehendak suaminya, Romie Razin untuk tidak mengizinkannya kembali ke dunia lakonan selepas mendirikan rumahtangga Mac 2015 yang lalu.

Drama Love You Mr Arrogant adalah drama kali terakhir Hanez berlakon, drama berkenaan sudah pun berlalu empat tahun lalu. Hanez juga ada memujuk suaminya itu berubah fikiran tapi dia tetap dengan pendirian itu.

“Tak ada apa yang perlu dikesalkan. Tipulah kalau saya kata tak rindu nak berlakon semula, tapi sebagai isteri, perlu patuh kepada suami. Mungkin ada sebab suami berbuat sedemikian, apatah lagi dalam dunia lakonan macam-macam boleh terjadi.

“Walaupun tak berlakon, tapi dia mengizinkan saya untuk menjalankan perniagaan. Dia membuka peluang itu kepada saya. Alhamdulillah sekarang sudah tiga bulan saya mengusahakan tudung yang dijual secara ‘online’,

“Sejak tak berlakon, masa saya memang banyak dihabiskan bersama keluarga. Kalau dulu saya memang menguruskan sendiri rumah tangga tanpa pembantu rumah.

“Bagaimanapun, sejak anak berumur tujuh bulan, baru saya berani menggunakan khidmat pembantu rumah. Apabila dia sudah besar sedikit, saya pun boleh keluar berjalan, tapi tak pernah lagi tinggalkan anak lebih sehari,” katanya memetik HarianMetro.

Komen Hanez Suraya mengenai bakal bercerai...

Khamis, 26 Januari 2017

Hanez Suraya memberitahu situasi rumah tangganya dengan Romie masih berada dalam suasana bahagia dan mereka kekal sebagai suami-isteri.

Hanez berkata, ketika ini dalam proses untuk menyelesaikan masalah yang terjadi dalam rumah tangga yang dibina hampir dua tahun itu.

"Kami hanya manusia biasa yang tidak lari dari kesilapan, cuma saya dan suami masih bahagia bersama dan tidak ada apa-apa yang berlaku.

"Apa yang berlaku biarlah kami selesaikan dan tidak perlu ada spekulasi dan tokok tambah dari pihak-pihak tertentu," ujarnya menerusi laman sosial Instagram pada Rabu.

PANAS! Hanez Suraya bakal bercerai? failkan perceraian?

Selasa, 24 Januari 2017

Pelakon, Hanez Suraya, semalam memfailkan perceraian di Mahkamah Rendah Syariah Shah Alam terhadap suaminya Romie Razin Adilha Abd Rais.

Sumber memberitahu, Hanez, 32, bagaimanapun tidak hadir di mahkamah, sebaliknya hanya diwakili peguamnya.

Berita pergolakan rumah tangga pelakon jelita itu mula bertebaran beberapa bulan lalu, namun reda seketika selepas beliau dan suaminya dipercayai cuba mencari jalan penyelesaian termasuk bercuti bersama di Jepun, bulan ini.

Hanez juga pernah memberitahu mengenai keinginannya untuk aktif berlakon awal tahun ini walaupun sebelum itu pernah memaklumkan kepada media, suaminya, Romie, 37, tidak mengizinkannya kembali ke dunia seni.

Pasangan yang berkahwin pada 25 Mac 2015 itu dikurniakan seorang anak perempuan, Puteri Aleesya, 13 bulan. -Bharian

Top 8 anak selebriti si kecil yang comel

Ahad, 25 September 2016

1. Anak Fouziah Gous & Zhafran

Pasangan ini telah bernikah pada 21 September 2013 dan kini baru ada anak sorang bernama Zeeshan. Putera hati Fouziah lahir pada 26 November 2015.

2 tahun tidak berlakon, ini keputusan Hanez Suraya...

Ahad, 28 Ogos 2016

Lebih dua tahun menyepikan diri daripada bidang lakonan, Hanez Suraya kembali le lokasi menerusi karya berjudul Nukilan Ramadhan yang memulakan penggambaran semalam.

Hanez berkongsi perkembangan baharu itu di akaun Instagram peribadi pagi tadi, selepas kebelakangan ini dilihat lebih gemar memuat naik gambar aktiviti bersama keluarga terutama selepas bergelar ibu.

Perubahan mengejutkan dari Hanez Suraya selepas ada anak..

Rabu, 17 Ogos 2016

Tanggal 30 Disember lalu pasangan Hanez Suraya dan suami, Romie Razin Adilha Abd Rais, telah pun bergelar ibu dan bapa kepada cahaya mata perempuan bernama Putri Aleesya yang berusia tujuh bulan.

Menurut suami, sejak Hanez bergelar ibu banyak perubahan yang berlaku dalam dirinya. Contohnya dari segi penampilan. Apabila dia berhijab, tingkah laku dia sememangnya banyak berubah tetapi selepas mempunyai anak, dia lebih lembut, tenang dan juga lebih matang.

Nak lanjut cerita, semuanya dalam majalah MediaHiburan edisi terbaru di pasaran.

Anak comel terkini Hanez Suraya (17 gambar)

Selasa, 28 Jun 2016

Gambar candid comel anak Hanez Suraya (8 gambar)

Ahad, 22 Mei 2016

Anak comel Hanez Suraya terkini.. (15 gambar)

Jumaat, 8 April 2016


Jom tengok anak Hanez Suraya, Putri Aleesya yang berusia 5-6 bulan.

Gambar anak Hanez Suraya terkini (10 gambar)

Rabu, 10 Februari 2016


Dah nak masuk 2 bulan usia anak Hanez Suraya, Putri Aleesya yang lahir pada 29 Disember tahun lalu. Jom lihat wajah anak Hanez yang comel ni.

Sesi photo studio anak Hanez Suraya, Romie (12 gambar HD)

Jumaat, 8 Januari 2016

Kredit gambar The Photolicious.

Inilah nama penuh anak Hanez Suraya, Romie

Rabu, 6 Januari 2016

Sebelum ini Hanez Suraya dan Romie mengumumkan nama anak mereka sebagai Putri sahaja. Namun semalam mereka telah sepakat untuk memberitahu nama penuh Putri.

Namanya adalah Putri Aleesya. Aik macam Engku Aleesya nama anak Erra Fazira kan. hehe. Mereka memberitahu dengan menggunakan hashtag nama tersebut pada gambar puterinya yang dimuat naik sejak semalam dan hari ini.

Nama anak sulong Hanez Suraya, Romie

Isnin, 4 Januari 2016

Hanez Suraya dan suami, Romie Razin Adilha bakal menamakan anak perempuan sulung hasil perkahwinan mereka dengan nama Putri.

Romie berkata, bagaimanapun nama penuh anak yang lahir pada Selasa lalu itu hanya akan diputuskan dalam masa beberapa hari lagi.

"Kami sudah ada beberapa senarai nama dan saya serta Hanez akan berbincang untuk memilih nama yang sesuai bagi digandingkan dengan pangkal Putri," katanya kepada BH Online.

Anak sulung Hanez Suraya & Romie (4 gambar)

Jumaat, 1 Januari 2016

Hanez selamat melahirkan anak

Rabu, 30 Disember 2015

Pelakon, Hanez Suraya selamat melahirkan cahaya mata sulung bayi perempuan seberat 3.5 kilogram pada jam 9.48 malam tadi.

Bayi perempuan hasil perkongsian hidup dengan Romie Razin Adilha sejak Mac lalu dilahirkan di Pusat Perubatan Prince Court, Kuala Lumpur.

"Syukur Isteri saya selamat melahirkan anak sulung kami. Bayi ini dilahirkan secara normal. Keadaan isteri saya pun okay," kata suami Hanez, Romie memetik Bharian.

Hanez turut rapat dengan dua anak Romie hasil perkahwinan pertamanya dulu.

Romie akhirnya bersuara isu soal anak tidak jumpa ibunya..

Selasa, 15 Disember 2015


Romie akhirnya tampil beri penjelasan isu pisahkan bekas isteri, Nur Liyana Manan dengan anak-anak
Romie akhirnya tampil memberikan komen mengenai isu pisahkan bekas isteri, Nur Liyana Manan dengan anak-anak mereka. Ramai yang melahirkan rasa simpati mereka kepada Nur Liyana Manan, bekas isteri Romie apabila dihalang daripada bertemu dengan anak-anaknya. Iyerlah, sampai berbulan-bulan tak dapat berjumpa, last-last dapat jumpa pun di pusat membeli-belah.

Suami Hanez Suraya tak benarkan bekas isteri jumpa anak-anak?

Selasa, 1 Disember 2015

Ingat lagi tak gosip antara Hanez Suraya, Romie dan Liyana Manan yang begitu panas suatu ketika dahulu? Sampaikan ada 'press conference' bagai. Siapa yang tidak ingat, terutamanya kepada ahli kelab anti pencaras. Bukanlah nak diungkit atau sengaja nak 'provoke', masing-masing dah mulakan hidup baharu pun, tetapi timbul cerita bahawa Hanez Suraya dan Romie tidak membenarkan Liyana Manan (bekas isteri) berjumpa anak-anaknya.

Minat pelik Hanez Suraya ketika hamil.. Tak sangka..

Khamis, 27 Ogos 2015

Hanez Suraya bakal melahirkan anak pada hujung tahun ini mengikut jadual. Namun adat orang mengandung, terdapat alahan dan juga minat yang pelik datang.

Dan ini komen Hanez ketika dia hamil kini..
“Alhamdulillah, kandungan saya sihat. Syukur sangat kehamilan pertama ini tidak mendatangkan banyak masalah cuma alahan-alahan biasa sahaja. Sekarang ini pun saya tak boleh nak bau minyak wangi selain sudah jarang masak sebab tak boleh bau masakan”

“Kalau sebelum mengandung saya bukanlah seorang yang penggemar minuman teh tarik, tapi bila berbadan dua ini, saya jadi ‘gian’ minum teh tarik. Kalau boleh memang hari-hari akan pergi kedai mamak hanya untuk minum teh tarik,” katanya kepada Utusan Malaysia.

Baby bump Hanez Suraya (8 gambar)

Jumaat, 21 Ogos 2015

Sebelum ni jarang Hanez Suraya menayangkan perutnya yang hamil anak sulung tu. Baru-baru ini dia sempat berkongsi beberapa keping gambar baby bump dengan suami dan juga secara berseorangan.