Ada info/gambar yang ingin dikongsi bersama? email ke:

Kalau tipu, pergi lapor Polis! - Boy Iman

Khamis, 28 September 2017

Sebelum ini, Yusoff Azmi iaitu Pengerusi PPIM bertemu meminta penjelasan daripada Datuk Boy Iman dan pertubuhan itu sedang buat siasatan dan akan menyerahkan hasil siasatan mereka kepada pihak polis tidak lama lagi. Namun, Datuk Boy Iman tetap menegaskan bahawa tiada penipuan berlaku di dalam syarikat DBI Properties yang membina rumah kos rendah.

Malah Boy Iman juga turut mencabar mana-mana pihak yang tertipu agar membuat laporan polis. Boy Iman juga turut menerangkan mengapa dia menyertai NGO Angkatan Perpaduan Islam dan memegang gelaran Paduka Ayahanda di dalam persatuan tersebut.

"Tiada bukti saya lakukan kesalahan. Pergilah buat laporan polis kalau betul saya menipu. Ini adalah fitnah semata-mata. Saya buat cara yang betul kerana ikhlas nak cari makan. Ibu saya juga terpengaruh dengan kekecohan yang timbul dan menyuruh saya pulangkan wang, tapi bukan saya yang terbabit dengan isu itu.

Saya menjadi ahli Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO) yang menggunakan konsep berbaiah ini sejak berusia 23 tahun lagi. Apa yang dilakukan bertujuan mengangkat dan membela agama, bangsa dan negara.

Tujuan saya lebih kepada membawa kebajikan dan membangunkan ekonomi dalam kalangan umat Islam. Menolong orang bina rumah dengan kos rendah antara matlamat saya.

Saya tidak tahu apa tujuan pihak itu menyebarkan berita ini. Seperti dikatakan, saya adalah ahli korporat dan sentiasa mencari peluang untuk memajukan syarikat saya.

Saya alu-alukan sesiapa yang nak menyemak nama syarikat saya atau nama saya di balai polis sama ada pernah ada laporan berkaitan saya menganiaya orang atau menipu wang orang" -Kata Datuk Boy Iman kepada HarianMetro

Syarikat Boy Iman kantoi lagi? kali ini soal logo...

Ahad, 17 September 2017


Syarikat DBI Technology Sdn Bhd milik Dato’ Boy Iman kini semakin didedahkan 'kekurangannya'. terkini penggunaan logo Sirim Berhad dan CIDB Malaysia di dalam poster syarikat ini juga dipertikaikan. Kedua-dua pihak ini telah tampil memaklumkan yang syarikat pelakon tersebut tidak pernah diberikan kebenaran untuk menggunakan logo mereka.

Sirim Berhad memaklumkan bahawa agensi tersebut tidak pernah mengadakan sebarang kajian, ujian produk termasuk perkhidmatan membabitkan syarikat tersebut. Berikut ialah kenyataan daripada Sirim Berhad:

Boy Iman didakwa menipu, ini komen beliau yang cool..

Rabu, 13 September 2017

Datuk Dr. Boy Iman melalui syarikat DBI Homes didakwa menipu penjualan rumah oleh Facebook PW Community yang sudah tular beberapa hari lalu.

Menurut portal mStarOnline, PW Community mendakwa DBI cuba mengutip dana untuk menipu orang awam dengan menggunakan helah menjual rumah berharga semasa RM200,000 pada harga RM50,000.

Dakwanya, mustahil untuk membina rumah seperti rekaan yang dijanjikan dengan nilai tersebut dan ia kelihatan DBI Homes bersedia menanggung kerugian.

PW Community turut mendakwa, DBI Homes menggunakan teknik skim piramid dalam mengumpulkan dana dan menawarkan rumah dengan harga murah sebagai tarikan.

“DBI bukan yang pertama menawarkan rumah pada harga rumah mampu milik, malah ada syarikat lain turut melakukan perkara yang sama sebelum ini iaitu Alfafa.

“Syarikat tersebut juga turut melantik Boy Iman sebagai duta dan kini dia telah menukar jenama pembohongan Alfafa kepada DBI Homes,

“Apabila perlu cari downline bermakna dana yang dikumpulkan oleh DBI akan menjadi berlipat kali ganda secara pyramid scheme dan semestinya permainan licik sebegini senang dapat sambutan.

“Kita lambat bertindak untuk kekang scam Alfafa. PW mula buat isu bila keadaan telah jadi serius dan dalam kes DBI kita berpeluang untuk lenyapkan penipuan sebelum ia kukuh bertapak.

“DBI kini hanya pada peringkat permulaan dan kita kena lenyapkan DBI dengan segera supaya masyarakat awam tidak menjadi mangsa,” tulis PW Community.
Sementara itu, Boy Iman memaklumkan dia sudah membaca status yang dimuat naik di laman sosial tersebut. Malah, Boy itu menafikan dakwaan berkenaan dan memberitahu akan mengambil tindakan undang-undang kepada pemilik laman Facebook tersebut
"Itu fitnah dan saya sudah berbincang dengan peguam untuk mengambil tindakan undang-undang minggu ini.

"Buat apa nak menipu, saya ini selebriti yang dikenali dan tidak boleh lari kemana-mana.

"Kalau ada sesiapa yang menjadi mangsa penipuan saya sila kemukakan bukti dan buatlah laporan polis,

"Saya mendapat tahu laman tersebut telah dibayar oleh kontraktor binaan yang tidak berpuas hati dengan harga rumah yang kami tawarkan.

"Rumah murah yang kami bina itu terhad dan kalau nak tahu kita ada bina rumah berharga lebih RM500,000.

"Tidak apalah, saya sudah biasa dihentam dan tunggulah tindakan saya selanjutnya," kata Boy

Wak Doyo buat 'kejutan' untuk ibunya..

Selasa, 13 Jun 2017


Jika diikutkan kisah silam Wak Doyok, dia dahulunya adalah seorang pemotong rumput, namun tuah dan rezekinya kini dah dikenali ramai, maka adalah sewajarnya dia membalas jasa ibunya dengan memberikan sebuah rumah banglo.

Rumah yang diberikan itu difahamakn dekat Klang, Selangor. Gambar rumah dan ibunya juga diambil bersama di media sosial, dan mendapat pelbagai reaksi positif semua pengikutnya.

Boy Iman bagi 'hadiah istimewa' untuk Nassier Wahab

Jumaat, 19 Mei 2017


Datuk Nassier Wahab, yang baru saja dianugerahkan Darjah Indera Mahkota Pahang (DIMP) di Istana Abu Bakar, 15 Mei lalu, kini menerima pula sebuah banglo.

Beliau dihadiahkan kediaman terbabit selaku duta kepada sebuah syarikat hartanah DBI Technology yang dimiliki oleh Boy Iman. Boy bermurah hati menghadiahkan banglo berharga RM150,000 terletak di Kapar, Klang, Selangor, sebagai menghargai perjuangan kepada penyanyi itu yang bergelar anak seni selama 32 tahun.
"Semua kurniaan yang diterima ini bagai nikmat berganda buat saya. Ia juga umpama hadiah paling bermakna sempena ulang tahun kelahiran saya yang ke-55, pada 18 April lalu.

"Bukan saja diumumkan sebagai duta syarikat berkenaan, saya juga dihadiahkan sebuah banglo. Kediaman yang saya terima ini juga tak jauh daripada tempat tinggal saya sekarang di Bukit Raja," kata Nassier.
Terikat selama dua tahun sebagai duta, katanya, tugas beliau adalah lebih kepada mempromosi pakej perumahan baharu dan mampu milik untuk pelanggan.
"Saya sendiri sudah lebih 20 tahun mengenali Boy Iman. Sambil membantu perniagaannya, dapat juga saya menolong beliau mempromosi apa yang diusahakannya itu.

"Dalam hal ini, kita berusaha mendidik masyarakat untuk membeli rumah pada usia muda. Jangan tunggu hingga usia sudah lewat baru nak memiliki rumah sendiri. Rumah ialah aset dan keperluan, jadi jangan kita ambil mudah soal berkenaan," katanya kepada BH Online.

Janna Nick beli rumah diusia 21 tahun..

Jumaat, 21 April 2017

Janna Nick membeli kediaman sendiri pada usia 21 tahun. Janna berkata, keinginan berbelanja benda tidak penting diketepikan semata-mata ingin mencapai cita-cita membeli aset sebagai pelaburan masa depan.

Artis Janda ganggu kehidupan rumahtangga Aqasha? PANAS

Sabtu, 4 Mac 2017



Isu baru yang panas kini timbul, dengarnya seorang artis wanita berstatus janda telah menganggu kehidupan Aqasha. Menurut portal Cari, isteri kepada pelakon Aqasha iaitu Noor Baizura telah memuat naik beberapa foto bukti perbualan antara Aqasha dengan seorang artis wanita berkenaan di akaun Instagram miliknya. Malangnya, foto-foto berkenaan sudah dipadam oleh Baizura.

Namun, selepas itu Baizura ada memuat naik sekeping foto yang menyatakan beliau kini sedang berjuang mempertahankan rumah tangganya bersama Aqasha.

Baizura ada menyatakan bahawa artis wanita yang menggoda Aqasha sebenarnya sudah berkahwin dua kali (gagal dalam kedua-dua perkahwinan) dan berstatus janda yang kini berusia 40 an.

Siapa dia?

Rumah berhantu!? Patutlah Aliff Syukri jual rumah kepada Nur Sajat

Isnin, 20 Februari 2017

Dengar cerita yang rumah yang telah dijual oleh Datuk Aliff Syukri bernilai RM20 juta tu kepada Nur Sajat adalah rumah yang dihuni 'sesuatu'.

Namun tak dipastikan ianya gimik atau cerita sebenar. Jom layan video berkenaan.

Datuk Aliff sudah jual rumah banglonya kepada...

Jumaat, 27 Januari 2017

Difahamkan yang Datuk Aliff Syukri telah menjual banglo yang didiaminya di Seskyen 10, Kota Damansara kepada pengasas produk Let's Cantik, Nur Sajat.

Rumah yang mempunyai 10 bilik dan lengkap perabot itu sebelumnya dijual pada harga RM11 juta, namun rakan perniagaannya yang telah membeli itu tidak dinyatakan berapa harganya.

Ini lah punca kenapa Aizat 'lari' dari rumah ibubapanya

Jumaat, 6 Januari 2017

Aizat Amdan memberitahu dia sudah berpindah dari rumah ibu-bapanya di Ampang dekat sejak Ogos tahun lalu kerana ingin hidup berdikari.

Aizat berkata, selain belajar hidup sendiri, keputusannya itu juga kerana ingin bertukar angin dan memilih Damansara Perdana di sini sebagai tempat tinggal baharunya.
"Saya berpindah bukan sahaja ingin belajar hidup sendiri tetapi mencari angin baru terutamanya dalam berkarya.

"Saya pilih Damansara Perdana kerana di situ merupakan kawasan di mana ramai penggiat seni berhimpun yang dapat memberi saya inspirasi kepada karier saya.

"Alhamdulillah sejak berpindah pada Ogos lalu saya semakin selesa di tempat baru dan tetap pulang ke rumah ibu-bapa apabila mempunyai kelapangan," katanya kepada mStar Online.

Rozita Che Wan akui rumahnya bernilai RM5 juta!

Selasa, 6 Disember 2016

Beberapa minggu lalu kalau tidak silap, Rozita Che Ta ada menayangkan dia bergambar dengan sebuah rumah besar di Kota Damansara. Rupa-rupanya itu memang sah miliknya apabila dia memberitahu di halaman Kosmo! semalam.

Rozita juga mengakui telah membeli rumah berkenaan dengan harga RM5 juta Ringgit.
“Ya, memang harga banglo yang dibeli itu mencecah RM5 juta. Kalau ikutkan, saya tidak mahu berkongsi akan hal ini kerana nanti dituduh riak dan sebagainya. Namun, apabila ada yang mendapat tahu mengenai harganya, lebih baik saya berterus terang sahaja,” jelas Rozita

Pengurusan kondo dianggap sampah oleh Che Ta

Jumaat, 19 Ogos 2016

Rozita Che Wan atau Che Ta ternyata kecewa dengan pihak pengurusan kediamannya malah menganggap ia tak ubah seperti sampah!

Itu yang diluahkan menerusi Harian Metro bila ditanya tentang kehilangan kereta Toyota Vellfire miliknya baru-baru ini.
“Pengurusan kondominium di kediaman saya tu memang tidak boleh diharap dan saya anggap mereka seperti ‘sampah’.

Saya bayar bil perkhidmatan setiap bulan tetapi keselamatan penghuni tetap tidak terjamin,” katanya.
Che Ta juga berkata, pihak polis masih menjalankan siasatan dan nampaknya Che Ta seperti tidak terlalu berharap keretanya itu dijumpai semula.
“Saya tak tahulah, tapi peluang untuk kereta itu ditemui semula macam tipis saja.

Sebelum ini saya dengar orang yang kehilangan kereta, jarang yang berjaya dapatkannya semula,” luahnya.

Siti Nordiana beli rumah mewah dengan tunai?

Isnin, 15 Ogos 2016

Selepas dikatakan mula meminta bayaran yang lebih untuk membuat persembahan, timbu pula gosip baru yang mengatakan Siti Nordiana baru-baru ini telah membeli sebuah rumah mewah secara tunai.

Walaubagaimanapun, Nana memberitahu berita itu tidak benar dan ia sengaja direka oleh pihak tertentu kerana namanya kini sudah kembali popular.

"Cerita itu tidak benar sekali kerana saya belum berkemampuan membeli rumah, apatah lagi yang harganya sangat tinggi.

Apabila gosip ini tersebar, ada yang menganggap ia serius memandangkan saya sudah terkenal.

Kalau fikir secara logik, wang itu mana mencukupi membeli rumah (wang kemenangan Gegar Vaganza)" Kata Nana memetik HarianMetro.

Neelofa menunjuk-nunjuk rumah barunya? ini komen Neelofa.. (video)

Isnin, 8 Ogos 2016

Neelofa memberitahu dia memuat naik video yang memaparkan ruang dalam rumah baharunya bukan untuk menunjukkan kemewahan yang dimiliki.

Neelofa berkata, ia adalah hak peribadi yang dirasakan tidak keterlaluan untuk dikongsikan kepada umum.


Siti Sarah dihadiahkan kondominium berkembar oleh Shuib!

Khamis, 16 Jun 2016

Siti Sarah Raissuddin memberitahu dia menjadi kelu apabila suaminya pelawak Shuib (Sepahtu) membuat kejutan dengan menghadiahkannya sebuah kondominium berkembar sebagai tanda penghargaan kerana melahirkan anak ketiga mereka Ariq Matin pada November tahun lalu.

Sarah sebenarnya mengetahui mengenai rumah berkenaan namun tidak menyangka rumah yang sudah siap diubah suai itu akan dihadiahkan kepadanya.

Datuk Aliff Syukri bagi nampak harta jutaan Ringgit miliknya (video)

Selasa, 5 Januari 2016

Sebelum ni Dato Seri Vida yang memaparkan berapa banyak harta yang dimilikinya. Kali ini Datuk Aliff Syukri pula yang ditemu ramah Dato Aznil @Pak Nil.

Berbeza dengan Dato Seri Vida, Datuk Aliff memiliki kekayaan yang dia sendiri jarang merasakannya, siap ada tanda harga lagi setiap aksesori. Auuch..

*klik video untuk play..

Dato Seri Dr. Vida beri nampak harta jutaan Ringgit miliknya.. (video)

Ahad, 3 Januari 2016

Simpan pakaian di sebuah kondominium khas! - Che Ta (gambar)

Khamis, 2 Julai 2015


Che Ta Sewa Kondo Untuk Simpan Baju Kerana Rumah Tak Muat
Kaedah yang digunakan pelakon jelita Rozita Che Wan aka Che Ta untuk menyimpan pakaiannya yang terlalu banyak dengan terpaksa menyewa sebuah kondominium khas yang tidak diketahui dimana lokasinya.

Malah anaknya, Aaisyah Dhia Rana yang kini sudah berusia lapan bulan turut mempunyai koleksi baju yang banyak sehinggakan kini sudah mencecah 4 buah almari.
“Saya terpaksa sewa sebuah kondo lain untuk tempatkan baju-baju kami sekeluarga memandangkan tiada ruang untuk menyimpan koleksi pakaian yang ada. Maklumlah saya sudah berada di dalam industri hiburan agak lama.

“Bukan tidak mahu menjual atau lelong baju-baju itu tetapi agak susah sebab ada peminat yang pernah beli beritahu saiz baju terlalu kecil. Kondo yang saya sewa itu terletak dekat sahaja dengan rumah saya. Hanya beberapa kilometer,”

“Baju Aaisyah sahaja sudah memerlukan empat pintu almari untuk menyimpannya. Apa tidaknya, selain saya dan Zain yang belikan baju-baju Aaisyah, dia juga dapat banyak tajaan daripada pelbagai jenama pakaian.

“Tidak cukup dengan itu, peminat-peminat juga ramai yang hantarkan hadiah. Sebab terlalu banyak, ada baju yang tidak sempat diulang pakai. Pakai sekali sahaja,” jelas Che Ta.

Wahh cantiknya rumah Fara Fauzana (10 gambar)

Ahad, 7 Jun 2015



Inilah Gambar Rumah Mewah Fara Fauzana Di Shah Alam.

Wow cantiknya rumah Fafau kat shah alam ni. Besar dan nampak begitu mewah sekali. Untung la siapa jadi suami Fafau nanti tak perlu lagi untuk beli rumah. Jom mengintai rumah beliau yang bagi kami rasa sangat cool dan cantik. Alhamdulillah.. Murah rezeki beliau. Amin.

Kenyataan Nora Danish banglo RM7.2j buat kantoi Nedim?

Isnin, 1 Jun 2015

Kenyataan Nora Danish mendakwa banglo RM 7.2 juta yang dibeli oleh Nedim telah membuka ruang kepada pihak berkuasa untuk menyiasat perkara itu, kata NGO Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM).

SAMM merujuk kepada kenyataan Nora Danish kepada “Zass”, sisipan hiburan akhbar Sinar Harian semalam.

Kenyataan Nora itu dipetik sebagai berkata bahawa banglo itu bukan dibeli untuk dirinya sebaliknya untuk ibu kepada Nedim, anak kepada Datuk Seri Nazri Aziz.
“Dengan pengakuan ini juga, SAMM menggesa pihak SPRM dan Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) agar bersedia untuk membuka fail siasatan ke atas anak Nazri Aziz,” kata Pengarah Propaganda SAMM Edy Noor Reduan.
Menurut Edy, terdapat beberapa persoalan sekitar pembelian banglo itu yang sehingga kini masih belum terjawab.

Antaranya berhubung kemampuan pembelinya membeli rumah dengan harga sedemikian, peratusan wang tunai yang digunakan dalam pembelian itu, serta prosedur kelulusan pembelian banglo tersebut oleh pihak bank.

Menurutnya lagi, SAMM bersedia bekerjasama dan menyerahkan dokumen-dokumen berkaitan pembelian banglo itu kepada LHDN dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM). petikan portal Malaysiakini.