Fauzi report polis, Sharnaaz anggap Lisdawati budak-budak!

Pada: Selasa, 25 Februari 2014
Sekarang ni kecoh dengan suasana tidak tenteram diantara pelakon, Sharnaaz Ahmad dengan Lisdawati serta suaminya, Fauzi Nawawi. Kisahnya bermula dimana gelak ketawa pelakon dan krew di tempat pengambaraan drama, 'Bukan Kerana Aku Tak Cinta' apabila Sharnaaz tersalah membaca dialog.

Tak usah cerita panjang, mari kita lihat dan baca komen Fauzi dengan Sharnaaz memetik portal GUA. Siapa salah siapa yang temberang sebenarnya ni. Bingung-bingung..
"Saya sendiri tak tau apa yang terjadi di lokasi yang melibatkan Sharnaaz dan isteri saya. Tetapi menurut Lisda, salah faham berlaku apabila pelakon-pelakon menghilangkan tekanan dengan mengetawakan mereka yang tersalah dialog pada hari terbabit.

Kemudian Sharnaaz tiba-tiba melenting, lalu menengking isteri saya. Untuk menjernihkan keadaan, saya menghubungi Sharnaaz namun tiada respon. Saya menghantar SMS kepadanya dan dibalas dengan ayat berbaur gengster.Tujuan saya hanya untuk mendapatkan penjelasan Sharnaaz di atas tindakannya, bukan untuk mencari pasal,”

“Beberapa orang krew produksi cuba menenangkan Sharnaaz, namun mereka telah ditolak oleh Sharnaaz. Mujur Lisda belum sempat keluar dari kereta dan sempat beredar dari situ. Saya tidak dapat bayangkan apa yang bakal berlaku sekiranya isteri saya telah keluar dari kereta pada ketika itu,”

“Isteri saya sedang hamil lima bulan dan perkara ini memberi tekanan kepadanya. Selepas insiden itu dia mengalami tekanan darah tinggi. Saya bimbang ia akan menjejaskan kesihatannya dan juga bayi dalam kandungan. Bagi saya, kalau ingin menjadi pejuang, lebih baik dia (Sharnaaz) masuk pasukan pertahanan di Lahad Datu bagi mempertahankan negara dan agama, bukan buat macam ini,” -Fauzi
"Saya malas nak komen apa-apa dan biarlah mereka yang cakap dulu. Mereka seronok nak menjatuhkan orang serta dengki kepada orang. Tapi sebenarnya mereka lebih poyo kerana semua cerita mereka tak ada isi. Kalau nak tahu isinya, ramai di set yang tahu perkara ini,

“Saya tak mengaku bersalah dan tidak akan melutut kepada mereka. Kalau betul saya buat salah, polis dah ambil saya kat rumah. Mengenai punca, itu saya tak payah cerita sebab semua yang berada di set tahu apa yang sebenarnya berlaku. Benda itu memang ada terjadi tapi saya tak nak komen lebih-lebih,”

“Saya ada juga terbaca dia suruh saya tanggung jika ada apa-apa terjadi kepada kandungannya. Bagi saya itu dah melampau sebab apa yang berlaku tak melibatkan sentuhan langsung. Saya tak tahu apa masalah dia tapi mungkin sebab hormon wanita tengah mengandung, sebab itu mulut dia macam itu.

Bagi saya, sikap mereka ini macam budak-budak dan jangan sampai akhirnya mereka sendiri yang dapat malu nanti. Kita ini kan pelakon dah selalu berlakon, jadi cukup-cukuplah, tak payahlah nak berlakon lagi, tak penat ke?” -Sharnaaz

Tag : , , , , , , , ,