Ada info/gambar yang ingin dikongsi bersama? email ke:

Rita Rudaini terima SMS rindu seseorang!

Selasa, 17 Februari 2015

Rita Rudaini kini sudah ada teman istimewa ke? dengarnya satu screen shoot SMS yang dilampirkan ke dalam laman Instagram miliknya menjadi perbualan hangat apabila ada seseorang rindu pada dia.

Mungkin SMS berkenaan adalah sangat penting sehinggakan Rita memberitahu kepada followernya di Instagram. Namun ianya seperti teka teki yang tidak diketahui siapa orangnya.

Semestinya nama bekas suami, Aidil tetap dikaitkan dengan ‘watak misteri’ itu namun kebenarannya hanya Rita sahaja yang tahu.

Aidil SMS 'Jangan Gatal' kepada Rita Rudaini!

Selasa, 14 Oktober 2014

Perang laman sosial dan beberapa bukti text telah menjadi bualan diantara bekas suami isteri, Rita Rudaini dengan Aidil Zafuan sepertinya tiada kesudahan yang baik.

Terbaru pengakuan Rita menerusi sisipan BHarian, mengakui pernah menerima mesej SMS berbunyi 'jangan gatal' pada bulan April yang lalu.

Selain bukti itu, Rita juga ada menyimpan bukti yang bekas suaminya itu bermain kayu tiga dengan isterinya sekarang sebelum mereka berkahwin.

Abby Abadi sah jadi janda kali ke-2

Khamis, 12 Jun 2014

Semalam rasmi la Abby Abadi sekali lagi untuk kali ke-2 menjadi janda. Dia sah diceraikan oleh bekas suaminya, Farhan di Mahkamah Rendah Syariah Gombak Timur semalam, 11 Jun 2014, kira-kira 11 pagi.

Ini ada tangguhan kes yang sebelum itu difailkan bersama oleh Abby dan Farhan pada 29 Mei lalu dan ianya susulan daripada perceraian melalui SMS yang dihantar oleh Farhan kepada Abby pada 9 Mei.

Sementara itu, Abby ketika ditemui berkata, dia redha dan menganggap penceraian itu sebagai ujian daripada Allah. -sumber mStar

Fauzi report polis, Sharnaaz anggap Lisdawati budak-budak!

Selasa, 25 Februari 2014

Sekarang ni kecoh dengan suasana tidak tenteram diantara pelakon, Sharnaaz Ahmad dengan Lisdawati serta suaminya, Fauzi Nawawi. Kisahnya bermula dimana gelak ketawa pelakon dan krew di tempat pengambaraan drama, 'Bukan Kerana Aku Tak Cinta' apabila Sharnaaz tersalah membaca dialog.

Tak usah cerita panjang, mari kita lihat dan baca komen Fauzi dengan Sharnaaz memetik portal GUA. Siapa salah siapa yang temberang sebenarnya ni. Bingung-bingung..

Aidil Hantar SMS Cerai Kepada Rita

Selasa, 6 Ogos 2013

Akhirnya pengakhiran rumahtangga pemain bola, Aidil Zafuan dengan isterinya, Rita Rudaini akhirnya terjawab apabila Aidil menghantar SMS perceraian pada petang Ahad yang lalu.

Mengikut sumber, Bharian, Aidil membuat keputusan itu setelah melihat sisipan Bpop mengenai Rita Bengang Skandal Terbaru Aidil dipaparkan.

Rozita Che Wan Nafi Jadi Queen Control Zain

Selasa, 9 Julai 2013

Kisah cinta diantara Rozita Che Wan/Che ta dan Zain Saidin dikatakan kini memetik portal mSrar yang ada segelintir pihak yang mengatakan Che Ta bersikap 'queen control' terhadap Zain.

Dengan menambah lagi ada mata-mata yang melihat reaksi menganggu Zain seperti 'calling', 'sms' ketika Zain sedang berada di set pengambaran.

Namun bagi Che Ta, dia menganggap gosip itu karut.
"Cerita berkenaan mengarut dan tiada asas malah kami sangat profesional dengan kerjaya kami.

"Tidak wujud istilah saya mengawal pergerakannya atau mengganggunya ketika dia sedang bekerja,

"Saya dan Zain sibuk dengan pelbagai perkara dan tidak mahu layan perkara-perkara remeh seperti ini," - Rozita Che Wan.

'Mesej kepada Papa' - Aaron Aziz

Khamis, 9 Mei 2013

Wah so sweet la anak Aaron Aziz yang telah menghantarkan text message Whatsapp kepada ayahnya, Aaron Aziz yang kini dikhabarkan berada di New York untuk mempromosikan produk untuk penajanya, Team Drive M7 Energy Drink.Dikhabarkan juga anak bongsu perempuan Aaron kini sakit, dan memerlukan doa anda untuk membantu menyembuhkan anaknya itu.
#aaron535aziz: YA ALLAH Sembuhkan lah puteriku #dahliaarissa dari penyakit #hfmd (hand food mouth disease) secepat mungkin YA ALLAH hatiku hancur mendengar tangisan nya. Kau bagi lah pada ku segala kesakitannya. Ku terima asalkan anak ku cepat sembuh. AMIN YA RABBALA'LAMIN


Rita Rudaini Terima SMS Ugutan Aidil

Isnin, 13 Ogos 2012

Rita Rudaini telah menerima SMS berbau ugutan daripada suaminya, Aidil Zafuan selepas Rita membuat kenyataan mengenai rumah tangga mereka dalam Melodi di TV3 pada Ahad. SMS itu berbunyi seperti mahu membalas dendam dengan memalukan Rita dalam rancangan tersebut.

“Dia ada hantar mesej kepada Rita melahirkan rasa tidak puas hati dengan kenyataan Rita dalam Melodi hari ini (Ahad).

"Dia ugut nak malukan Rita dalam rancangan itu juga sebaik sahaja dia pulang daripada menjalani latihan bola sepak di luar negara,

“Bila dia cakap di Melodi, Rita tak kacau pun tapi bila Rita pula yang bagi kenyataan, kenapa dia nak sakit hati?”
Dalam Melodi Ahad lalu itu, Rita mendedahkan hatinya sudah tertutup terhadap Aidil selain kecewa dengan sikap suaminya yang dilihat tidak matang dalam menguruskan rumah tangga.

Malah Rita juga memberitahu Aidil sebenarnya sudah termakan hasutan pihak ketiga yang akhirnya menyebabkan rumah tangga mereka semakin parah dan tidak dapat diselesaikan dengan baik.

Rita dalam Melodi itu juga turut menyerahkan kepada takdir bagi menentukan jodohnya dengan suami. -Via

Eksklusif SMS Hari Raya dari izyan.com

Isnin, 29 Ogos 2011


Anak Pak Mamat di cucuk duri,
di cucuk oleh anak Pak Jali,
puasa penuh Raya Aidilfitri,
kalu tak penuh rayalah Depavali

SMOKED SALMON PEMBUKA SELERA
SALAM DITERIMA SELAMAT HARI RAYA
PECUCI MULUT KUIH APAM
BERSAMA KITA BEMAAFAN
Deepa oli paravathum!
Inbam yendrum pongathum!
Selvam yendrum peregathum!
Amaithi yendrum nilaikathum!
AIDIL FITRI SiRÄKÄTHÜM; AIDIL FITRI NAL VALTEKAL…
Buaya bukan sebarang buaya,
buaya di bela dlm paya,
salam ceria di hari raya,
SMS murah dari kad raya….
Cantik sungguh bunga seroja,
duduk di bawah bulan bercahaya,
di Bangkok atau di msia sama sahaja,
semoga bahagia di hari raya
Membeli belah di pasaraya,
sambil mengorat anak Pak Ali,
kalau posa Selamat Hari Raya,
tak posa sambutlah Deepavali…
Bangkok dah pagi raya
Malaysia baru Deepavali
Tuan hamba mudik chao praya
Jangan lupa kembali
Lesung besi,
lesung batu,
engkau takde nanti,
nasi ayam orang sapu
Ramadhan berlalu, semoga bertemu kembali;
Muslimin menyambut kemenangan di Aidilfitri
SMS dihantar mengganti diri;
salah & silap harap dimaafi.
Pergi bersiram ditasik cini,
sudah bersiram beredar diri,
kalau setakat pengganti diri,
sebarang pantun pun boleh beri..
Ada orang bersiram di tasik cini
Hamba di Pantai Cinta Berahi
Ini pantun bukan sebarang pantun
Ini pantun buat sendiri!
main bunga api di pAntai cinta berahi,
bila nak main gunakan mancis,
bukan cik tidak sudi
tapi tak syiok mcm bhs perancis
main mercun pakai mancis
mancis jenis cap tiga buncis
Cik Adik nak cakap bahasa peranchis
atau saja nak pancing french kiss? :p
Hello diucap bila bertemu,
bila dah temu bemasam muka,
takkan lah pula cik nak bercumbu,
tuankan sudah ada yg punya… ish…
Memanglah kita bermasam muka
Bila makan terlalu banyak cuka
Ya memang hamba ada yang punya
Tapi cik adik apa kurang nya!
Kalau dulu selalu bertemu,
sekarang pula macam dah jemu,
sudah lah kalau begitu,
cik malu berpantun denganmu
Cik adik merajuk memang nampak buruk
Berkelakuan macam lah beruk
Janganlah tuduh hamba jemu
Kalau berjumpa pun cik adik tak mahu
Ampun dan maaf apa yg terkhilaf:
Mohon halalkan apa yg termakan.
Semoga dlm menjalani sirah :
kita kembali kpd FITRAH.
Raya dinanti-nanti,
anak bulan dicari-cari,
nak tunggu ape lagi,
dah sampai masa kite nak ber-happy-happy
Membeli – belah di pasar raya,
sambil mengorat Anak Pak Ali.
kalau puasa, Selamat Hari Raya
kalau tak puasa selamat Hari Depavali
Roti sebuku petai sepapan,
Daun ketupat daun palas,
SMS pengganti kad ucapan,
Tanda ingatan tulus ikhlas.
Ada kalanya mata salah melihat,
mulut terlanjur bicara,
hati berprasangka,
janji terabai, Maaf zahir dipinta..
Ada ketikanya MATA silap memandang,
TELINGA salah mendengar, LIDAH t’lanjur berkata,
FIKIRAN khilaf menafsir & HATI silap menduga.
Mohon maaf atas segalanya.
Ada mata pandanglah keindahan,
Ada mulut berbudilah pertuturan,
Ada hati berilah kesayangan,
Ada salah silap silalah maafkan.
Salam Aidilfitri,
Eid Mubarakh,
Ku Susun Jari,
Meminta Maaf.
Burung punai mati d tembak.
ikan bakulan bermain ombak.
memang brunei teropong rusak
melihat anak bulan inda pandai nampak
Pä$äNg PèLITa DiAidiLfiTri…
NäMpäK HäLäMäN BèSéRi-Sèri…,
sMs diBéri PèNgäNti DiRi,
SèGäLä SiLäp MòHoN dMääFi…

Salam Aidil Fitri Maaf Zahir dan Batin dari Admin izyan.com untuk pembacanya di seluruh dunia terutama mereka yang beragama Islam. Jumpa lagi pada selepas Hari Raya ke-3.. (-.^)"

Suami Pelakon ajak Zarina 'tidur' bersama

Sabtu, 17 April 2010

Pelakon muda, Zarina Ann Julie tidak habis-habis gossip yang datang lagi dengan kisah seks beliau yang tiada kesudahan. Ada sahaja cerita mengenai dirinya timbul daripada beberapa golongan tertentu. Yang terbaru daripada seorang yang tidak dikenali melalui forum Cari mengakui bahawa Zarina Ann Julie ada mendedahkan kepada seorang wartawan media tempatan di mana ada seorang pelakon lelaki bergelar suami orang menghantar SMS mengajak/menyuruh untuk berasmara bersama dengannya.

Menurut wartawan tersebut, Zarina Ann Julie tidak bercakap kosong atau menafikan kata-katanya apabila dia menunjukkan isi kandungan SMS tersebut kepada wartawan media berkenaan. Ramai yang beranggapan tanpa bukti yang kukuh dan sah bahawa pelakon lelaki berkenaaan adalah Fauzi Nawawi, suami kepada Lisdawati.

Pada lumrahnya, memang hanya Zarina Ann Julie dan wartawan berkenaan sahaja yang mengetahui siapa sebenarnya pelakon lelaki gersang yang menghantar SMS tersebut. Ada isteri tapi masih tidak puas lagi agaknya. Yang Zarina ini juga satu, kalau di rahsiakan semua bukankah bagus dan dapat menyembunyikan rahsia sebenar pribadi. Nak mencari publisiti murahan namanya kalau begini akibat dok lama tak main filem atau drama buat masa ni. -RotiKaya

Aksi Manja Mawi Ekin

Rabu, 4 November 2009

Kemanakah sudah menghilangnya kisah dan jalan cerita Raja SMS Malaya ini erk. Sepi tanpa sebarang berita dan gosip. Mungkin terlalu sibuk menguruskan kedai butik mereka kot. Mawi dan Ekin ni selalu sahaja ditemui di mana-mana majlis penting. Cuma itulah perkembangan mereka berdua. Yang ni pun kiriman untuk peminat mereka yang mahu melihat aksi manja mereka berdua sambil makan roti bersama. Nyum3.