Pada:
Isnin, 23 Disember 2013

Terbaru mengenai bintang AF musim ke-2 iaitu, Nurulllah atau Nurul memetik portal Bernama semalam dimana mahkamah memerintahkan TV3 dan 4 individu lainnya membayar ganti rugi berjumlah RM250,000 kepada Nurul mengenai saman fitnah berkaitan status perkahwinan Nurul dengan suaminya yang disiarkan di program Melodi 2 tahun yang lalu.
Sebelum ini, pada September 2011, Nurul dan suami memfailkan saman kepada kesemua defendan mengenai fitnah dimana perkahwinan mereka digambarkan tidak sah disisi undang-undang dan tidak menghormati ibu bapa mereka. Mengikut sumber, perkahwinan mereka sebenarnya sah dan ianya disahkan oleh mahkamah Syariah Hulu Langat.
Tag : Berita Artis , Mahkamah , Melodi TV3 , Nurul AF , Saman