Ada info/gambar yang ingin dikongsi bersama? email ke:

Abam Bocey dah temui kekasih hati.. (gambar)

Ahad, 29 November 2015

gambar hiasan

Dikhabarkan pelawak paling comel, Abam Bocey telah berjumpa dengan pilihan hati. Wanita ini berasal daripada Sabah dan paling penting dia turut disenangi oleh keluarganya.
“Ya, saya sedang berkawan dengan seorang wanita. Perkenalan itu masih lagi baru. Saya mengenalinya melalui salah satu aplikasi laman sosial kira-kira dua bulan lalu. Memang kebiasaan, kalau saya berkawan dengan sesiapa, saya akan perkenalkan kepada ibu terlebih dulu”

“Saya sudah bawa dia jumpa dengan ibu untuk duduk semeja makan sama-sama. Dia nampaknya memang boleh ‘masuk’ dengan ibu saya. Ibu saya pun selesa dengan gadis itu. Dia berasal dari Lahad Datu, Sabah. Cumanya, sekarang ini dia tinggal di Shah Alam, Selangor”

“Saya belum berkesempatan untuk bertemu dengan ibu bapanya lagi. Bagaimanapun, saya akan berjumpa dengan abangnya yang juga tinggal di Semenanjung terlebih dulu,” jelasnya kepada portal Kosmo! Online.

Awie meninggal dunia?

Khamis, 14 Mei 2015


Khabar Awie meninggal dunia adalah bohong semata-mata, Awie yang memetik laporan Bharian semalam dikatakan masih lagi hidup dan mampu membalas mesej dari Whatsapp.

Berita ini timbul apabila ada pihak yang mahu membangkitkan semula kembar Awie di Lahad Datu Sabah bernama Awie Lahad Datu yang meninggal dunia akibat kemalangan pada tahun 2013 yang lalu.

'Awie' Maut Dirempuh Kereta 4x4

Khamis, 28 November 2013

Alamak apa dah jadi dengan Awie ni. Kemalangan sehinggakan mengundang maut ke atas dirinya. Adeh sedih juga kan. Apa-apa pun Inalillahi dan salam takziah kepada keluarga arwah.

Tapi Awie ni bukan Awie penyanyi tu lah, ni kembar dia. Sebijik je muka dorang ni.

Wawa Zainal Sudah Ada Tunang Selepas Ada Anak?

Isnin, 14 Oktober 2013

Memetik daripada sisipan Bharian semalam, Wawa Zainal yang juga isteri kepada Aeril Zafrel kini dilanda kontroversi baru. Dia didakwa pernah bertunang dengan seorang jejaka bernama Abdul Rashid.

Rashid merupakan seorang guru dari Lahad Datu, Sabah tampil membuat pengakuan setelah melihat kedua-duanya tampil membuat sidang media mengenai kemelut yang melanda.

Wawa Zainal Lupa Asal Usul Bahasanya?

Isnin, 29 April 2013

kalau orang berhijrah kadang kala apa yang di lakukannya turut berubah, namun menjadi satu kebanggaan kalau masih mengekalkan yang asal. Kalau ikut kan orang yang berhijrah atau menetap lama di Kuala Lumpur pastinya bergaya dengan bahasa dan cara bergaul bandar metropolitan.

Wawa Zainal dikatakan telah melupakan bahasa asalnya yakni Sabahan terutama tempat asalnya Lahad Datu setelah mencari rezeki di Semenanjung. Dan boleh dikatakan gadis yang berusia 22 tahun ini sudah tidak lagi berbahasa sabahan. benarkah begitu.? Baca disini..

Abby Abadi Perli Tun M.?

Sabtu, 23 Mac 2013

Aduhai si Abby Abadi ni, dah semakin rasanya tidak menghormati pemimpin-pemimpin Negara yang banyak berjasa kepada Negaranya sendiri. Lebih-lebih lagi kepada Tun Mahathir, walaupun beliau banyak musuh politik, tapi musuh-musuh politiknya tidak menghinanya malah menghormati Tun sebagai seorang pemimpin yang berkaliber.

Ni lah Twitt yang disampaikan Abby beberapa hari lalu. Apalah dosa Tun sehinggakan diperli sedemikian. Atau Abby ni cemburu kot, pemimpin Parti dia tak sampai ke Lahad Datu. Keh keh.

gambar dari blog http://www.sahabat-gunung.com

Post Pertama Wardina Isu Lahad Datu?

Rabu, 6 Mac 2013

Kenyataan pengacara Wardina ini ada kemungkinan yang pertama mengenai isu pencerobohan pengganas di Sabah. Dan seperti difahamkan kenyataan ini keluar melalui laman sosial media milik Wardina Safiyyah OfficialPage pada 5 Mac 2013, untuk menjawab persoalan dari seorang peminat Wardina yang menyoalkan mengenai kenapa Wardina tidak 'updates' isu berkenaan dalam laman sosial.

Namun Wardina bukanlah seorang selebriti yang mahu menunjuk-nunjuk dan fanatiknya dalam laman sosialnya mengenai isu pencerobohan berkenaan, namun Wardina hanya mampu berdoa dan berserah kepada Allah untuk apa yang terjadi. Korang nak tahu isinya, baca kat bawah ni ek.


Isu Lahad Datu adalah politik! -Abby Abadi

Isnin, 4 Mac 2013

Isu pencerobahan 'tentera diraja kesultanan Sulu' di Lahad Datu memang kini menjadi isu yang hangat dan sememangnya menjadi perhatian utama seluruh rakyat Malaysia. Dan pelbagai status dan juga twitt yang dipost rata-rata menyentuh soal keselamatan di Sabah.

Pon begitu kita juga harus berbangga dengan mempunyai pegawai dan juga anggota keselamatan yang menjaga keamanan disana, walaupun difahamkan kini kalau tidak silap sehingga jam 6 pagi ini, seramai 8 anggota keselamatan Negara terkorban.

Namun tidak ketinggalan juga, ada pihak yang memanipulasikan isu ini sebagai agenda politik, tidak tahu sebelahmana namun ianya bukannya sesuatu yang perlu diketengahkan. Abby Abadi juga tidak ketinggalan memainkan isu Lahad Datu itu sebagai bahan politik di dalam laman sosialnya.

Tak tahu la ucapan takziah or al Fatihah kepada pewira terkorban tu Abby ada updates ke tak..