Publisiti & Kerjaya No. 2 - Fasha Sandha

Pada: Khamis, 10 Oktober 2013
Fasha Sandha mengakui yang publisiti bukan lagi membuatkan namanya menaik. Walaupun masih giat dalam aktiviti lakonan namun Fasha juga tidak ketinggalan memberikan tumpuan kepada keluarganya terutama ibu kepada Rayfal dan juga isteri kepada Rizal Ashram aka Jejai.

Jarang juga dia kelihatan di kaca tv dan majalah buat masa ni, namun Fasha kadang kala masih diberikan peluang berlakon di dalam filem mahupun drama.

Ini ulasan Fasha melalui portal MalaysianDigest semalam.
"Alhamdulillah saya suka dengan perkembangan saya sekarang. Walaupun ramai pelakon baru tapi saya masih ada tawaran berlakon. Saya dah melalui fasa lain. Kerjaya dan publisiti sekarang dah jatuh nombor 2. Kini saya dah jadi isteri dan ibu jadi tumpuan saya lebih pada keluarga.

"Tapi saya ni jenis suka bekerja. Memang dari remaja lagi saya dah diasuh untuk bekerja. Kalau saya duduk rumah, saya tak tahu nak buat apa. Masa saya mengandung pun, saya tetap bekerja dan banyak habiskan masa di salon saya. Suami saya pun tak beri apa-apa syarat kalau saya nak teruskan kerjaya saya.

"Sedih dan berat hati jugalah bila nak keluar bekerja dan terpaksa tinggalkan Rayfal. Tapi saya memikirkan tanggungjawab saya kepada masyarakat, saya kuatkan semangat. Tambah-tambah sekarang kalau saya nak keluar rumah tu, Rayfal dah pandai nak ikut saya. Biasanya saya akan hantar ke rumah ibu atau rumah ibu mertua saya". -Fasha

Tag : , , , , ,