Ada info/gambar yang ingin dikongsi bersama? email ke:

Fazley Yaakob dedah kehidupan susahnya sebelum ini..

Rabu, 27 September 2017

Bersusah-susah dahulu, bersenang-lenang kemudian. Itulah yang berlaku kepada Datuk Fazley Yaakob yang difahamkan pernah bekerja sebagai pencuci tandas dan pencuci pinggan.

Fazley memberitahu yang dia pernah bekerja di sebuah restoran India ketika belajar di New Zealand. Bukan sebab nak cari pengalaman, tapi mahu menampung kos hidup di sana.
"Mungkin ramai yang tidak tahu, sebenarnya ketika berusia 18 tahun, saya pernah bekerja separuh masa sebagai pencuci tandas di sebuah restoran India.

"erkara itu dilakukan untuk mendapatkan pendapatan sampingan sebelum saya dinaikkan pangkat menjadi pencuci pinggan, gaji ketika itu 10 dolar sejam dan sehari saya bekerja selama lapan jam.

"Dari situ saya belajar memasak dan mengenali rempah-rempah. Kadang-kadang kalau cef tiada saya yang kena masak makanan kepada pelanggan.

"Bermula dari situ minat memasak saya datang sebelum saya bertekad ingin fokus terhadap bidang ini dan mencari pelbagai rujukan yang boleh dijadikan panduan untuk bergelar seorang cef," ceritanya kepada Astro Gempak.

Danny X-factor dah tak laku? buat kerja ini...

Isnin, 6 Februari 2017

Dah lama tak melihat dan berita mengenai Danny X-Factor, kelibatnya sepertinya sudah jarang kelihatan menghiasi drama-drama tempatan mahupun membuat persembahan nyanyian

Dikhabarkan yang Danny terkini buat kerja menjadi pemandu Uber. Danny menjelaskan kepada Harian Metro dengan mengatakan dia hanya menjadi pemandu teksi moden itu sekadar hobi serta bersifat sambilan sahaja.

Menurutnya dia masih menguruskan syarikatnya, Double Channel Sdn Bhd, cuma apabila isterinya, Zaidatul Norfazlin, ‘terbang di awan’ sebagai pramugari, dia berasa agak bosan duduk di rumah.


Mira Filzah 'perli' kerjaya Pegawai Tadbir Diplomatik (4 gambar)

Khamis, 21 Julai 2016


Mira Filzah telah menceritakan serba sedikit tentang kehidupan beliau didalam sebuah majalah tempatan.

Mira juga sempat berkongsi perwatakan beliau semasa kecil dan pencapaian akademik beliau dimana beliau merupakan seorang pelajar pintar dari kecil sehinggalah zaman universiti.

Mengakui mahu mencari kelainan dari segi kerjaya, Mira menyatakan beliau sebolehnya tidak mahu terikat dengan kerja di pejabat.

Walaubagaimanapun, ada satu kenyataan yang dibuat oleh Mira seakan memperlekehkan kerjaya Pegawai Tadbir Diplomatik (PTD). Mira menganggap mereka yang bekerja sebagai PTD hanya terperap didalam pejabat dan mempunyai kerjaya yang agak bosan.

Publisiti & Kerjaya No. 2 - Fasha Sandha

Khamis, 10 Oktober 2013

Fasha Sandha mengakui yang publisiti bukan lagi membuatkan namanya menaik. Walaupun masih giat dalam aktiviti lakonan namun Fasha juga tidak ketinggalan memberikan tumpuan kepada keluarganya terutama ibu kepada Rayfal dan juga isteri kepada Rizal Ashram aka Jejai.

Jarang juga dia kelihatan di kaca tv dan majalah buat masa ni, namun Fasha kadang kala masih diberikan peluang berlakon di dalam filem mahupun drama.

'Orang Sulu' Ugut Mertua Zed Zaidi

Ahad, 10 Mac 2013

Isu orang Sulu bukan sahaja mendapat liputan daripada negeri Sabah, kat Semenanjung juga ada kes mengenai orang Sulu. Namun bukan semua orang Sulu jahat, tapi segelintir sahaja ok.

Kali ini melibatkan Presiden Seniman, Zed Zaidi yang mendakwa di dalam laman sosial Twitternya yang menyatakan pembantu rumah kepada mertuanya yang mengancam untuk mengugut. Mengugut sebab apa tidak dinyatakan.

Namun malangnya orang gaji yang berketurunan Sulu itu melarikan diri, dan mungkin kini tidak dapat dikesan. Jadi jawatan kosong untuk orang gaji kini terbuka. keh keh.


Awie Ketuai Kempen Anti-Maksiat.. Tapi..

Khamis, 14 Februari 2013

Adui si Awie ni makin pelik pulak jadinya. Baru-baru ni dikhabarkan melalui satu portal akhbar online yang mengatakan dia menjadi ketua pembenteras maksiat. Wah rasanya satu tugas yang mulia.


Tugas itu akan dijalankan di Pulau Pinang. Memang takde yang pelik kan. Tapi sesiapa yang sudah terbaca artikel sebelum ni, Awie dah nak buka 3 lagi Night Club di Perak rasanya akan merasa pelik dengan tindakan Awie ni nanti.

Mungkin di Perak dah takde maksiat segala judi tu kot. kah kah. Ada ke semua ini poyo?

http://izyan.com/2013/01/awie-buka-3-lagi-kelab-malam.html