Pekin, Uqasha Belum Putus Lagi - Ibu

Pada: Khamis, 24 Oktober 2013
Episod pasangan selebriti yang bertunang, Pekin Ibrahim dengan Uqasha Senrose yang dikatakan putus baru-baru ini telah disangkal oleh ibu kepada Uqasha sendiri.

Ianya daripada laporan akhbar tempatan yang mendakwa ada pihak ke-3 di dalam pertunangan mereka itu, dia adalah Sharnaaz Ahmad. Sharnaaz juga menafikan dakwaan itu, dan mahu bertemu dengan Pekin untuk mengetahui perkara sebenar.

Memetik daripada portal mStar, ibunya, Rosmizai tiada apa-apa berlaku di dalam pertunangan dikedua-dua pihak dan masih dalam ikatan pertunangan lagi.

"Biasalah dalam tempoh pertunangan ini ada sahaja dugaannya, namun secara rasminya mereka belum putus.

"Uqasha ada beritahu saya tentang masalah dalam hubungannya dan sekarang saya tunggu mereka berdua untuk menjelaskan keadaan sebenar, apa yang berlaku,

"Saya pun tidak boleh komen banyak sebab tidak tahu apa sebenarnya yang berlaku tapi apa-apa pun yang terjadi saya hanya doakan mereka dapat buat keputusan yang terbaik," -ibu Uqasha

Tag : , , , , , ,