Ada info/gambar yang ingin dikongsi bersama? email ke:

Wanita bertudung labuh tapi tunjuk penumbuk, Uqasha penipu? dedah suaminya

Selasa, 25 Julai 2017

Dengarnya kecoh melibatkan Uqasha Senrose dengan seorang wanita bertudung labuh yang dimuatnaik video gara-gara tuduhan Uqasha terhadap wanita berkenaan mengeluarkan tangan penumbuk sebagai isyarat nak gaduh.

Namun video berkenaan telah dipadam oleh Uqasha, namun sudah terlambat dimana video berkenaan sudah tular di media sosial. Lelaki yang turut mengaku isteri kepada wanita berkenaan menuduh Uqasha sebagai penipu melalui video yang disiarkan semula di Youtube.

Sekitar hari jadi Uqasha Senrose ke-25 (7 gambar)

Ahad, 16 Julai 2017

Uqasha Senrose dah bertudung semula?

Jumaat, 23 Jun 2017


Tindakan aktor Fikry Ibrahim memuat naik gambarnya bersama Uqasha Senrose yang lengkap bertudung di Instagram miliknya mendapat reaksi positif daripada peminat-peminat aktres itu.

Ada menyangka Uqasha sudah kembali menutup auratnya namun gambar itu sebenarnya ketika berada di set penggambaran drama bersiri Hero Seorang Cinderella.

Isu pegang tangan, Uqasha Senrose mohon maaf...

Isnin, 27 Mac 2017

Isu pengang tangan di suatu majlis diantara Uqasha Senrose dengan Shah Iskandar telah mengemparkan banyak pemerhati orang ramai mengenai kedua-dua pelakon ini.

Namun Uqasha semalam mengakui sudah mengakui kesilapannya dan memohon maaf kepada isteri Shah.
"Saya ada menyampaikan pesanan melalui Shah kepada isterinya bahawa saya meminta maaf dan minta dia jelaskan perkara sebenar pada majlis berkenaan, saya tiada apa-apa hubungan dengan suami dia.

"Saya tidak mahu perkara ini menimbulkan perasaan tidak senang terhadap saya. Shah sudah beritahu isterinya tentang itu dan dia juga faham situasi kami," ujarnya kepada mStar Online.

Isteri okey sahaja 'hubungan' Shah Iskandar-Uqasha Senrose

Rabu, 15 Mac 2017

Shah Iskandar Mahfuz menjelaskan tiada hubungan istimewa antara beliau dengan Uqasha Senrose. Sebaliknya, beliau menganggap aktres terbabit seperti adiknya sendiri berikutan usia mereka yang 10 tahun berbeza.

Menurut aktor itu juga, beliau bertuah kerana isterinya, Siti Sarah Mohd Noor, tidak mudah melatah atau berfikiran negatif di sebalik gosip yang melanda dirinya.
"Saya menganggap Uqasha seperti adik sendiri kerana jarak usia antara kami. Malah, drama Syurgaku Tak Sempurna lakonan kami bukanlah gandingan pertama saya dengan dia. Jadi, kali ini keserasian antara kami jadi lebih mudah.

"Boleh dikatakan, setiap kali berlakon, pasti timbul gosip sebegini. Takkan saya hendak menjalinkan hubungan cinta setiap kali terbabit dalam penggambaran?

"Isteri bagaimanapun ada bertanya, sama ada benar saya memimpin tangan Uqasha? Namun, dia tidak pula berfikiran negatif setelah mendengar penjelasan saya," katanya kepada BH Online.

DADA JE BESAR! - Shah Iskandar cakap kat Uqasha Senrose (video)

Selasa, 14 Mac 2017

Sebenarnya dorang buat lakonan je ni untuk promosi drama mereka, tapi sampai Shah Iskandar terlepas cakap di babak akhir video. Dipercayai ini adalah spontan. Apa reaksi Uqasha selepas itu eh?

Uqasha Senrose pegang tangan Shah Iskandar? WOW

Isnin, 13 Mac 2017

Dengar khabar yang Uqasha Senrose buat kejutan. Dia dikatakan memegang tangan Shah Iskandar di satu program yang dijemput bersama-sama.

Menurut sumber, Uqasha dan Shah dikatakan sentiasa berpimpin tangan tanpa lepas sepanjang program berlangsung. Adakah mereka sekarang hangat bercinta?

Jika diikutkan Shah sudah berkahwin. Dan gambar ini juga menimbulkan kemusykilan seribu tanda tanya. AJL zaman bila ke ini?

Uqasha ni dah korang mesti kenal dah, ramai dah yang sentiasa berdamping dengan sebelum ini seperti Hafidz Roshdi, Syafiq Kyle, Iqram Dinzly dan baru-baru ini kerabat diraja Tengku Bakar.


Uqasha Senrose panggil BONTOT BESAR kat adiknya

Ahad, 12 Mac 2017

Mungkin agak kasar sedikit kata-kata Uqasha itu apabila didengar di media sosial. Namun itulah cara dia dengan adiknya bermesra-mesraan ketika waktu terluang.

Kekasih terbaru Uqasha Senrose?

Selasa, 31 Januari 2017

Memetik portal AstroGempak, ada sumber menyatakan yang penacara Hefny Sahad sedang rapat dengan Uqasha Senrose. Mereka digosipkan tengah hangat bercinta buat masa ini.

Di laman Instagram Hefny juga memaparkan beberapa keping gambar mereka selfie bersama.

Sebelum ini, Uqasha pernah dikaitkan mempunyai hubungan dengan seorang kerabat, tetapi Uqasha enggan memberi komen lanjut mengenai perkhabaran tersebut.

buka tudung sebab tidak mahu hipokrit - Uqasha

Rabu, 30 November 2016

Selepas mengambil keputusan untuk tidak lagi memakai tudung, pelakon, Uqasha Senrose, kini lebih selesa kerana dan tidak perlu berasa pura-pura (hipokrit) di hadapan umum.
"Saya selesa begini. Daripada bertudung hanya sebab nak jaga hati orang ramai buat apa, lebih baik jadi diri sendiri dan saya rasa lega.

"Kalau orang tak suka tak mengapalah. Memang dari mula saya bertudung pun tetap ada orang tak suka jadi saya nak buat bagaimana?"

"Sebelum saya buat keputusan untuk membuka tudung, ya memang saya berfikir terlebih dahulu tentang akibat yang akan saya terima, tapi apa yang saya boleh katakan, saya memilih untuk tidak mahu menjadi hipokrit dengan semua orang," tegasnya kepada Astro Gempak..

Uqasha bangga pengikut bertambah selepas tidak bertudung?

Selasa, 22 November 2016

Uqasha Senrose melihat keputusannya meninggalkan tudung beberapa bulan lalu telah memberikan kesan ‘positif’ di dalam kerjaya anak seninya. Uqasha kini gembira setelah pengikut di laman Instagramnya meningkat kepada dua juta orang, berbanding 1.2 juta sebelum ini ketika beliau memakai hijab.

“Saya gembira sekarang saya menjadi diri sendiri. Saya sekarang buat apa yang saya suka. Pengikut saya di Instagram naik mendadak.

“Itulah, mereka kutuk-kutuk (saya) tetapi ikut. Sekarang dah sampai dua juta, dulu 1.2 juta saja,” katanya memetikh Malay Mail ketika malam Anugerah Skrin 2016, Jumaat lalu.

Selepas buka tudung, ini tindakan Uqasha Senrose..

Rabu, 28 September 2016

Selepas menerima pelbagai kritikan dan kecaman akibat tindakan membuka tudung, Uqasha Senrose mahu berehat dari berlakon apa-apa filem dibawah syarikat naungan David Teo.

Namun tindakan Uqasha untuk berehat itu diterima dengan hati terbuka David walaupun menyedari ada beberapa filem yang harus dilakokan olehnya.

Mia Ahmad tidak setuju Uqasha buka tudung tapi...

Khamis, 22 September 2016

Hanya satu-satunya kawan Uqasha Senrose yang tidak setuju dengan keputusan yang dibuat Uqasha untuk tidak bertudung, iaitu Mia Ahmad.

Namun walaupun tidak setuju, tapi Mia tetap memberikan sokongan moral terhadap kawannya itu yang menerima kritikan pelbagai pihak.

Disebalik cerita foto mesra Uqasha, Tengku Bakar (2 gambar)

Ahad, 18 September 2016

Sering keluar bersama Tengku Bakar yang merupakan kerabat diraja Pahang, Uqasha sebelum ini menafikan yang mereka sedang bercinta dan hubungan beliau bersama lelaki itu hanya sekadar teman rapat.

Namun, ada sekeping foto bersama Tengku Bakar, dimana menunjukkan mereka memang sangat mesra dan berkasih sayang sekali. Tengku Bakar siap berlaga pipi bersama dahi mulus Uqasha.

Elfira Roy suruh diam, tapi nak bimbingan kepada Uqasha

Selasa, 6 September 2016

Pelakon Elfira Roy tampil mempertahankan rakan artis, Uqasha Senrose yang nampaknya masih lagi menerima kecaman netizen lantaran keputusannya tidak lagi mengenakan tudung baru-baru ini.

“Bagi saya, kita tidak boleh terus menghakimi perbuatan Uqasha. Kita tidak tahu apa yang dia rasakan dan apa yang dilalui olehnya. Kita tidak berada di tempatnya. Sekiranya kita tidak tahu apa sebenarnya yang berlaku dan terjadi, lebih baik diam.

“Ujian datang dalam pelbagai bentuk dan ujian adalah untuk semua manusia. Mungkin apa yang orang lain lihat adalah Uqasha sedang berhadapan dengan ujian, tetapi sebaliknya, tiada siapa yang tahu.

“Mungkin sebenarnya kita yang sedang diberikan ujian dan Allah mahu melihat sejauh mana reaksi kita. Sejauh mana kita mampu untuk menjaga perbuatan serta percakapan daripada tidak berkata buruk dan memberikan respon negatif terhadap perkara ini," ujarnya yang mengharapkan masyarakat memberikan bimbingan dan bukan kecaman sahaja.

Warkah Da’i Wan untuk Uqasha, berdakwah atau mengorat?

Jumaat, 2 September 2016

'selepas bekahwin, saya akan menutup aurat ' - Uqasha Senrose

Khamis, 1 September 2016

Setelah diasak pelbagai kritikan, kecaman dan komen negatif dari banyak pihak akibat tindakannya membuka tudung, Uqasha Senrose akhirnya tampil membuat kenyataan kepada media mengenai keputusannya membuka tudung.

Dan pastinya ini komen dia yang mengejutkan yang korang bakal baca. Tapi soal bertudung ni sepatutnya, Uqasha boleh rujuk dengan Ustazah atau pakar motivasi untuk membuat keputusan yang lebih baik, tak gitu?

Adik Uqasha - Cermin dulu sebelum mengata orang lain (isu buka tudung)

Keputusan Uqasha Senrose membuka tudung setelah 2 tahun memakainya sangat dimarahi oleh semua orang bahkan tak kurang juga yang mengkritikanya dilaman sosial.

Bagi adik beliau, Raysha Rizrose, dia mempertahankan keputusan kakaknya itu di laman sosial. Dengan menyatakan bahawa orang ramai sepatutnya mencerminkan diri dahulu sebelum mengata orang lain (Uqasha).

Teman baik artis Uqasha juga tampil membuat pembelaan keatas Uqasha seperti Elfira Loy dimana Elfira menasihati orang ramai supaya tidak terus mengutuk tindakan Uqasha tetapi lebih kepada memberi bimbingan dan tunjukkan kebaikan seorang wanita yang bertudung supaya beliau terbuka hati untuk bertudung kembali.

Buka tudung, ini alasan Uqasha Senrose buat korang terkejut!

Isnin, 29 Ogos 2016

Kecoh apabila Uqasha Senrose mengakui kini membuka tudung yang dipakainya selama 2 tahun dengan alasannya tersendiri. Nauzubillah..

"Atas apa alasanpun, saya mengaku khilaf ini datang daripada diri sendiri. Soal dosa dan pahala itu biarlah antara diri ini dengan Tuhan."

"Selama tiga tahun, saya akui iman saya turun naik. Pendek kata memang tak konsisten. Saya masih muda dan keputusan bertudung itu hadir ketika hati masih berkecamuk selepas putus cinta. Mungkin juga saya tak fikir panjang.

"Saya seperti hilang arah tuju dan melihat tekad untuk bertudung itu dapat memulihkan semangat serta membuka fasa baharu dalam hidup. Tetapi sebaliknya yang terjadi.

"Malah dalam tempoh itu juga apabila keluar kontroversi itu dan ini, ada mulut yang lantang mendakwa lebih baik tak bertudung kalau buat perangai,"

"Saya mahu jadi diri sendiri. Saya tak mahu dibayangi dengan kisah bertudung itu lagi. Saya rasa diri ini lebih mempermainkan agama dan seperti munafik jika bertudung tetapi tidak menonjolkan sikap yang bertepatan dengan gaya berkenaan," katanya memetik Bharian.

Sekitar Hari Raya Uqasha, Nelydia Senrose (7 gambar/video)

Rabu, 13 Julai 2016