Ada info/gambar yang ingin dikongsi bersama? email ke:

Hairi Bertunang Dengan Ckgu

Isnin, 7 Oktober 2013

Tahniah kepada pelakon Hairi Anak Wayang yang kini sudah menjadi tunang kepada seorang cikgu, Fara Afiza anak tempatan Perlis. Berita pertunangan Hairi yang memetik portal Murai itu telah berlangsung sejak 2 bulan lalu iaitu pertengahan bulan Ogos selepas Hari Raya AidilFitri.

Hairi berkata dia bertemu Fara ketika dia membuat persembahan teater Nyonya Cantik dan bersolat zohor dan terdetik dihatinya untuk berdoa menemukan jodoh.

Dalam tidak disangka selepas itu, ada perempuan muslimah yang lalu dihadapan Hairi. Pada ketika itu terdetik di hati Hairi, inilah petunjung Allah untuk jodohnya.

Adira AF ke Kelas Usrah, Bakal Nak Bertudung?

Khamis, 9 Mei 2013

Baru-baru ni Adira dikatakan telah bertudung, namun ramai yang membuat penafsiran yang dia kini sudah berubah. Namun Adira menyatakan yang dia memakai tudung itu adalah ketika itu dia diajak oleh rakan artisnya, Heliza Helmi untuk memasuki kelas agama dibawah program Usrah Fitrah. Namun tidak menafikan ianya hanya seketika dan diluar Adira masih lagi seperti biasa.
"Sewaktu kami mengadakan persembahan di Perlis baru-baru ini, Heliza ada bercerita dan saya tidak sabar untuk datang ke kelas ini.

"Alhamdulillah, kawan-kawan yang sudah mengikuti kelas ini banyak membantu. Lagipun adalah menjadi kewajipan setiap insan untuk mendalami ilmu agama,

"Ya, saya pakai tudung ketika menghadiri kelas agama ini, di luar saya seperti biasa. Insya-Allah, bila sampai masanya saya juga akan bertudung tanpa dipinta oleh sesiapa.

"Sekarang ini saya ingin mendekatkan diri dengan ilmu agama sebagai pelengkap hidup. Di waktu yang sama, saya tetap meneruskan kegiatan dalam bidang seni kerana itu adalah sumber pendapatan saya," Adira. -Utusan

Gambar Aaron Aziz Sunburn

Rabu, 31 Oktober 2012

Ini adalah gambar terbaru Aaron Aziz sebelum berita dia demam beberapa hari lalu. Katanya gambar ini adalah ketika dia sedang menjalani aktiviti pengambaraan filem terbarunya yang diarahkan oleh Ahmad Idham di sekitar negeri Perlis, lebih kurang mengambil masa seminggu.

Dan yang pasti, Aaron ketika dalam gambar ini kelihatan 'terbakar' atau sunburn kepada kulitnya, mungkin disebabkan cuaca yang kering dan lakonan yang dijalankan pada waktu-waktu teriknya matahari.  

Gambar resepsi Fasha Sandha, Jejai di Perlis

Selasa, 5 Jun 2012

Sudah sebulan lebih Fasha bergelar isteri kepada Jejai yakni bulan April yang lalu. Kini mereka berdua membuat majlis resepsi ke-2 mereka di Tasoh Lake Resort & Retreat, Perlis. Dengan berkonsepkan serba kuning, dan jemputan juga ramai yang hadir termasuk pemberita TV3. Lagi gambar ada di We Love Fasha Sandha

Tahniah diatas perkahwinan Adzriefaiz, Suliza

Rabu, 21 Disember 2011

Pada 9 Disember 2011 yang lalu dikhabarkan pengacara TV3 yang tidak asing lagi dengan kelakarannya, Adzriefaiz telah pon selamat diijab kabulkan aka berkahwin di Kangar, Perlis dengan pasangan pilihan sehidup sematinya, Suliza. Perkenalan mereka ini bermula 7 tahun yang lalu dimana ketika itu Suliza berusia 18 tahun dan Adzri berumur 20 tahun, sungguh tak diduga, perkenalan selama 7 tahun itu, akhirnya diakhiri dengan sebuah ikatan yang sah. Apa-apa pun tahniah kepada kedua-dua pengantin, semoga kekal selamanya.

kad kawin Adzrifaiz

kad kawin Adzrifaiz

Adzrifaiz

Adzrifaiz

Adzrifaiz

-Gambar Via

gambar Rozita Che Wan dengan kekasihnya?

Selasa, 10 Mei 2011

Gambar ni merupakan gambar Rozita Che Wan dengan sesorang jejaka tampan. Kiranya jejaka tue cukup jelas berani bergambar dengan Rozita sehinggakan disimpan di akaun Twitter miliknya. Adakah ini kekasih si Rozita yang dirahsiakan itu? bagaimana pula dengan Shahir, yang digosipkan bercinta dengan Rozita. Kata sumber jejaka ini cukup kenal dengan Shahir. Aik adakah ini satu kebetulan.

Jangan risau lah lelaki diluar sana, ini gambar adalah pelakon baru yang bernama Fir Affandi yang sama-sama berlakon dengan Rozita dalam drama Diari Summercamp yang diamik ketika buat pengembaraan drama berkenaan di Perlis. Jadi apa kaitannya dengan Shahir pula? memanglah ada kaitan sebab drama ni menceritkan Rozita dan Shahir berkawan rapat. Rapat? nanti macam drama Nur Kasih pula jadinya, rapat di dalam, rapat juga diluar. Haha.