Ada info/gambar yang ingin dikongsi bersama? email ke:

Doa di Makkah, Neelofa jodoh saya - CEO Izdihar

Selasa, 12 September 2017

Izdihar Rosland yang juga ahli perniagaan merangkap Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Sun Fabulous Sdn Bhd, memberitahu yang Neelofa sudah menjadi jodohnya. Dia sebelum ini berasa terkejut apabila dia terbayang wajah Neelofa ketika sedang berdoa di Multazam ketika menunaikan ibadah Umrah di Makkah.

Izdihar berkata kejadian tersebut berlaku pada tiga tahun lalu sebelum dia mengenali Neelofa.
"Saya sangat terkejut secara tiba-tiba wajah Neelofa muncul ketika saya sedang berdoa sambil menyentuh Multazam. Selain dia, saya juga terbayang wajah abang.

"Kejadian ini terjadi pada tiga tahun lalu. Masa itu saya pergi umrah untuk bawa diri sebab perniagaan minyak yang saya usahakan mengalami masalah.

"Jadi, tujuan saya ke sana untuk berdoa meminta hidayah. Tak sangka pula, wajah Lofa yang muncul," kata Izdihar kepada mStar Online.
Bagaimanapun menurut Izdihar, ia bukan bermaksud jodoh berkahwin tetapi jodoh untuk bekerjasama dengan Neelofa dalam menjadi duta untuk perniagaan produk kesihatan keluaran syarikatnya. -mStarOnline

PS: ha dah mengelabah lah tu kaum jantan. haha

Ingat saya gatal sangat ke nak laki? - DS Vida

Selasa, 8 Ogos 2017

Datuk Seri Vida telah menyatakan yang dia cukup marah kerana banyak pihak menganggap dia seorang yang gatal. Baginya soal jodoh itu bukan soal utama dalam hidupnya.

Vida menegaskan dia mahu memfokuskan bidang perniagaannya daripada terus difitnah mencari lelaki sana sini.

Jejaka dari Scotland 'pikat' Vida, tapi ini yang Vida mahukan..

Rabu, 2 Ogos 2017

Aduhai, jutawan terkenal Datuk Seri Vida dengar khabar dalam usaha mencari jodoh barunya. Dan dia juga telah memberikan lampu hijau kepada sesiapa yang rasa layak untuk berkenalan dengannya dengan memberi resume.

Baru-baru ini, Vida menerima resume dari jejaka Finland dan juga Scotland!

"Dalam banyak-banyak resume, ada yang dari Finland dan Scotland. Tapi saya tak tengok pun lagi, takut nanti terjatuh cinta," katanya berseloroh kepada mstar online.

Dan ingat, ini garis panduan atau ciri-ciri utama korang yang perlu ada jika terpilih ke 'interview' Vida berkenaan. Kikiki.
"Dia kenalah ada karakter yang saya mahukan iaitu bermata kelabu tapi ada ke calon-calon seperti itu?

"Dia juga kenalah terima diri saya seadanya. Lelaki mana yang sanggup terima kalau sekali shopping saya borong 14 handbag terus? Pengsan lelaki tu,

"Saya kini lebih berhati-hati selepas gagal tiga kali dalam perkahwinan. Buat masa ini belum ada pengganti tapi andai bertemu semula jodoh dan dia wajib seorang yang beriman, amanah, jujur dan penyayang," katanya.

Nasihat Neelofa kepada mereka yang berduit TAPI...

Rabu, 26 Julai 2017

Enggan lagi melayan gosip percintaan lama dengan mana-mana pihak serta kontroversi dan tanggapan negatif netizen terhadap dirinya, Neelofa kini mahu meneruskan kehidupannya dan mencari kebahagiaan beliau diri.

"Apa yang saya inginkan sekarang adalah kebahagiaan diri, dan soal lain saya tolak ke tepi. Dulu, saya memang mencari apa yang sangat diinginkan dalam hidup.

Namun, tiada maknanya juga apabila berduit, mempunyai populariti dan hidup dalam limpahan kemewahan jika hati tidak bahagia. Saya belajar mengenal diri, apa yang membuatkan saya suka dan bersedih.

Hari ini, datang apa saja dugaan, saya tetap gembira dengan hidup saya." katanya kepada Bharian

Nasihat sentap Johan untuk Zizan Razak

Rabu, 19 April 2017

Ramai yang menyedari keakraban dua pelawak, Johan dan Zizan memang telah lama kukuh. Namun dalam bab lain, mereka juga ada yang tidak bersependapat. Baru-baru ini, Johan mengakui pernah menasihati Zizan Razak agar segera berkahwin dan membina keluarga.
"Sebenarnya Zizan pernah beritahu yang dia kagum dan suka lihat cara saya yang berpakaian sederhana dan banyak melebihkan isteri serta anak-anak.

"Dia kata suatu hari nanti dia mahu jadi macam saya. Saya terus menasihati dia supaya kahwin cepat kerana selepas berkahwin baru dia akan tahu makna kehidupan sebenar.

"ada saya selagi dia tak berkahwin selagi itu dia tidak akan berfikir tentang tangunggjawab,

"Saya habiskan masa hampir dua jam dengan Zizan hanya bercakap mengenai perkahwinan malah sempat saya ceritakan perjalanan saya dan isteri daripada susah hingga hidup lebih senang sekarang.

"Bagi saya setiap orang yang berkahwin akan menjadi lebih matang. Meskipun orang itu lebih muda tetapi bila dia berkahwin saya boleh jamin dia lebih matang daripada orang yang lebih tua tetapi tidak berkahwin," kata Johan kepada Astro Gempak.

Siti Nordiana bercakap soal jodoh

Rabu, 8 Mac 2017

Siti Nordiana tidak meletakkan keutamaan untuk mencari jodoh buat masa ini kerana belum menemui calon suami yang sesuai. Katanya bukan bermaksud dia terlalu cerewet sebaliknya menganggap perkara jodoh bukan sesuatu yang boleh dibuat main-main.

"Ramai yang bertanya Nana bila lagi nak bagi Rayyan seorang ayah dan apa yang boleh Nana katakan, Nana tak jumpa lagi calon sesuai

dan tidak mahu kalut fikirkan soal ini. Just follow with the flow.

"Lagi pula kalau ikutkan Rayyan, dia tidak mahu Nana kahwin sebab dia hanya nak abah dia sahaja... biasalah budak-budak kan," katanya ketika kepada mStar Online.

"Rayyan merupakan harta dunia akhirat Nana. InsyaAllah hajat tahun ini Nana rancang nak bawa dia bercuti ke tempat-tempat sejuk luar negara selain merancang menjalani Umrah,” katanya.

Siapa bakal isteri Hans Isaac ni? rupa-rupanya...

Rabu, 1 Mac 2017

Datuk Hans Isaac akhirnya mengumumkan akan berkahwin dengan Aileen Gabriella Robinson yang juga seorang bekas Ratu Cantik Pelancongan Antarabangsa 2011 dan pernah berlakon untuk Oh My English.

Menurut Hans, dia dan Gabriella, 28, akan melangsungkan perkahwinan pada 29 Julai depan. Pasangan itu sudah bertunang pada 29 Januari lepas di gereja Cathedral of the Good Shepherd di Singapura.

"Saya agak gementar untuk umumkan mengenai kisah hidup saya ini. Tapi hari ini saya nak maklumkan akan berkahwin dengan Gabriella.

"Kami mula menjalinkan hubungan dengan serius sejak setahun yang lalu,

"Masa itu saya kenal dia hanya sebagai peserta dan saya pernah buat dia menangis kerana memberikan komen-komen 'pedas'.

"Berdasarkan gambar yang dia ambil bersama seekor burung kakak tua, saya beritahu bahawa burung itu lebih menyerlah berbanding dirinya," katanya kepada mStar Online.

4 ciri lelaki yang diidamkan Neelofa

Isnin, 23 Januari 2017

Apabila berbicara soal jodoh, pelakon, pengacara dan ahli perniagaan, Neelofa berdoa agar dipertemukan dengan jodoh terbaik. Dan dengar cerita kemungkinan juga tahun ini Neelofa mahu berkahwin.

"Kalau boleh saya mahu kahwin pada tahun ini atau paling tidak pun setahun dua lagi. Saya tak mahu bercinta sangat yang penting dapat terus bernikah.

"Lelaki yang saya mahukan sudah tentu lelaki yang baik. Maksud baik di sini adalah lelaki yang mempunyai empat sikap yang saya inginkan iaitu jujur, bertanggungjawab, menghargai dan hormat saya.

"Iyalah kalau dapat yang jujur tapi tak hormat orang tak hargai diri you dan tak bertanggujawab tak guna juga. Jadi, si dia perlu ada semua karakter ini,"

“Kalau boleh saya mahu kahwin pada tahun ini atau paling tidak pun setahun dua lagi. Saya tak mahu bercinta sangat yang penting dapat terus bernikah. Lelaki yang saya mahukan sudah tentu lelaki yang baik. Maksud baik di sini adalah lelaki yang mempunyai empat sikap yang saya inginkan iaitu jujur, bertanggungjawab, menghargai dan hormat saya”

“Iyalah kalau dapat yang jujur tapi tak hormat orang tak hargai diri you dan tak bertanggujawab tak guna juga. Jadi, si dia perlu ada semua karakter ini,” katanya kepada portal Media Hiburan

Elfira tertekan, buat kenyataan minta dilamar, ibu pun bising!

Jumaat, 20 Januari 2017


"Mama saya bising sebab saya cakap benda-benda begitu kepada umum."
Demikian kata Elfira Loy yang kesal kerana kenyataannya baru-baru ini yang bersedia untuk dipinang membuat dirinya dan keluarga dihujani pelbagai persoalan berhubung isu berkenaan.

Lebih kalut, kaum lelaki berpusu-pusu mahu melamar Elfira, menjadikan keadaan lebih kusut.

Bila Nasha Aziz berbicara soal jodoh

Isnin, 16 Januari 2017

Pelakon cantik, Nasha Aziz mengakui dia kini lebih selesa bergerak solo walaupun kadang kala keluar bersama lelaki hanya untuk mencari yang sesuai diantara mereka.

“Saya sudah terbiasa dengan soalan mengenai jodoh. Kawan-kawan saya juga selalu bercakap, mereka sentiasa mendoakan saya supaya segera bertemu jodoh. Saya tidak marah pun, malah saya anggap perbuatan mereka itu comel”

“Cuma saya ingin tegaskan, biarpun sendirian, saya tetap bahagia. Tidak pernah langsung saya anggap hidup solo itu sebagai satu kekurangan. Kebahagiaan bukan terletak kepada pasangan. Bagi saya, kita perlu hargai apa yang Allah kurniakan kepada kita”

“Bukan bermakna saya menolak jodoh kerana terus terang saya ada juga keluar dating. Tetapi kebanyakan lelaki yang saya temui tidak serasi dan bertentangan dengan apa yang saya cari,” katanya kepada BH Plus.

Inilah kerjaya bakal suami Julia Ziegler

Selasa, 21 Jun 2016

Julia Ziegler mengakui akan melangsungkan perkahwinan pada tahun ini dengan jejaka yang hanya mahu dikenali sebagai Johan, seorang jurutera kimia berasal dari Ampang, Selangor.

Menurut Julia, pertemuan antara keluarga telah diadakan dan kini mereka sedang memilih tarikh yang sesuai untuk melangsungkan majlis perkahwinannya.

“Insya-Allah saya akan berkahwin tidak lama lagi. Semuanya masih dalam perancangan dan tarikh yang sesuai belum ditetapkan lagi. Kami merancang untuk melangsungkannya pada tahun ini atau selewatnya awal tahun depan,”

“Kami jumpa buat pertama kali di sebuah restoran. Kami mula berkenalan dan sejak itu saya dapat rasakan dia adalah jodoh saya. Boleh dikatakan saya jatuh cinta pandang pertama.

“Dia mempunyai ciri-ciri lelaki yang saya suka. Dia seorang yang memahami, berbudi bahasa, penyayang, ambil berat dan tampan sebagai bonus,” ujar Julia. - memetik portal InstaONline

Awi Rafael dedah ciri-ciri gadis idamannya

Rabu, 15 Jun 2016

Awi Rafael memberitahu dia sudah bersedia untuk mengakhiri zaman bujang sekiranya bertemu dengan calon yang sesuai dijadikan isteri iaitu orang kampung.

Awi Rafael berkata, sebagai lelaki, gadis kampung adalah ciri-ciri wanita yang dihajatinya.

“Pada usia sekarang, tipulah kalau saya tidak fikirkan soal jodoh biarpun berstatus single.

Kalau ditanya wanita bagaimana yang saya cari, saya mahukan gadis desa yang penuh ciri kesantunan dan kalau boleh biarlah ia berasal dari Malaysia," ujarnya kepada mStar Online.

Komen pasrah Adam AF kepada Fiza Elite..

Selasa, 17 Mei 2016

Bekas suami Fiza Elite, Adam AF terkejut mendapat berita yang bekas isterinya itu akan berkahwin tidak lama lagi seperti yang khabar angin kini kencang kedengaran.
“Saya terkejut sebab tidak tahu mengenainya tetapi gembira dengan berita tersebut. Kalau dia sudah berjumpa dengan jodohnya, Alhamdulillah. Sebab semua jodoh di tangan Allah. Allah yang tentukan”

“Dia juga sudah berusaha ke arah itu,” ujar Adam kepada Kosmo!

Zamani mahu tamatkan zaman bujang.. TAPI..

Khamis, 12 Mei 2016

Difahamkan Zamani sudah bersedia untuk memulakan kehidupan baru dengan mendirikan rumah tangga.

Buat masa ini tambah lagi, Zamani masih belum mempunyai calon yang sesuai. Bukan terlalu memilih, namun mencari yang mampu memahami dengan kariernya sebagai seorang penyanyi.

Sementara itu, Zamani juga sudah tidak mahu menyentuh dengan kisah silam dan sekarang lebih fokus kepada kerjayanya. -Astro Awani

Soal jodoh, ini komen terbaru Erra Fazira..

Khamis, 25 Februari 2016


Memasuki usia 42 tahun pada 9 Februari lepas, Erra bagaimanapun tidak mahu terlalu memikirkan soal cinta dan menyerahkan segalanya kepada Allah SWT.

Walaubagaimanapun, beliau tetap berdoa untuk dipertemukan dengan lelaki yang betul-betul sesuai dengan dirinya dan baik budi pekerti.
Jodoh ini perkara yang subjektif, kita tidak tahu siapa jodoh kita. Biarlah berserah kepada yang Maha Esa untuk menentukan siapa bakal suami saya nanti.

Ketika ini saya tidak terfikir lagi untuk mencari suami dan sekiranya ada, biarlah orang tersebut benar-benar mampu menjaga saya dan semestinya dia adalah lelaki yang baik.

Kalau hanya sekadar berlandaskan perasaan suka semata-mata, maka saya berdoa kepada Allah agar dijauhkan daripada jodoh yang tidak tepat, dan tentulah mengharapkan jodoh yang baik dari-Nya. " -Erra Fazira memetik MediaHiburan

Soal kahwin dengan 'N', ini jawapan Nora Danish

Jumaat, 15 Januari 2016

Nora Danish mengakui yang dia tidak berharap sangat dengan siapa jodohnya, namun melihat daripada hubungannya dengan Nedim, Nora sepertinya masih menyimpan hati dan perasaan terhadap Nedim.

Bahkan kemungkinan Nora juga tidak menolak sekiranya Nedim mahu melamar dirinya.
“Susah apabila timbul isu–isu begini apabila nama Nora dikaitkan lagi. Sedangkan Nora sudah tidak ada apa-apa hubungan dengan bekas suami, kecuali anak kami iaitu Putera Rayqal Ramli”

“Mungkin dengan berkahwin, nama Nora tidak lagi terpalit dengan kontroversi begini. Tetapi dengan siapa Nora tidak tahu. Ini kerana jodoh Allah yang tentukan. Kalau jodoh Nora kuat dengan beliau (Nedim), Nora terima kerana sikap beliau membuatkan Nora senang berkawan,” jelasnya kepada Berita Harian.

Jaafar Onn bakal kahwin 2016?

Khamis, 12 November 2015

Pelakon Jaafar Onn, 64, bakal melangsungkan pernikahan dengan seorang janda awal tahun hadapan.

Memetik laporan Utusan Malaysia hari ini, wanita yang telah berjaya mencuri hati Jaafar Onn berasal dari Johor dan berusia 35 tahun.
“Mula-mula kita segan jugalah hendak ke tahap bercinta. Maklum sajalah, umur pun dah berapa, kan?"
Menurut Jaafar Onn, buat masa kini, dia belum bersedia mendedahkan secara terperinci wanita pilihan hatinya itu.

Jelasnya lagi, pertemuan dengan si dia itu adalah semasa membuat persembahan di Kulai Jaya dan sudah melamar pada awal 2015.
"Sangat jauh perbezaan antara kami. Bagaimanapun bila nampak macam boleh pergi jauh, kita berserah kepada ALLAH. Kalau sudah jodoh, tidak akan ke mana," -Jaafar Onn memetik Utusan

Jawapan pedas Rita Rudaini bila ditanya bila nak kahwin lagi..

Jumaat, 30 Oktober 2015

Dah 2 kali gagal dalam perkahwinan, sudah membuatkan pelakon Rita Rudaini cukup penat untuk memikirkan soal kahwin lagi. Semenjak kes dirinya bersama bekas suami kedua, Aidil Zafuan, kini hati Rita sudah tertutup untuk mana-mana lelaki.
“Jujur saya katakan, saya tak nak kahwin lagi. Bukan sebab saya frust atau apa tetapi kerana saya sudah penat. Itu sahaja. Lagipun, fokus saya sekarang hanyalah untuk membesarkan anak-anak semata-mata kerana jika saya kahwin pun, memang tidak akan ada lelaki yang boleh menyayangi anak saya seperti anak mereka sendiri,

“Terus terang, hati saya sudah tertutup rapat untuk mana-mana lelaki dan saya memang tidak ada hati langsung sehinggakan nak tengok lelaki pun saya tak lalu. Tapi saya tak berani nak cakaplah. Jika Tuhan kata jodoh saya kena kahwin juga nanti, berserah sajalah.

“Tipulah kalau tidak ada lelaki yang cuba nak dekat tetapi saya akan tolak sahaja dengan baik dan berharap selepas ini tidak perlulah mana-mana lelaki yang lain hendak mencuba nasib lagi. Paling menyakitkan hati, masih ada lelaki yang berdegil hendak memujuk dan menuduh saya serik. Saya tidak serik atau frust pun, cuma saya tak nak sebab dah penat,” jelas Rita Rudaini memetik portal Murai.

Sebab Dayang Nurfaizah belum kahwin di usia 34 tahun..

Ahad, 21 Jun 2015

Sudah mencecah usia 34 tahun, sehingga ke hari ini Dayang Nurfaizah mengakui yang dia masih tiada teman istimewa yang boleh digelar kekasih.

Ini disebabkan Dayang sangat disiplin mengenai jadual hariannya, sehinggakan sukar bergaul aka bersosial sekaligus membuatkan hasratnya untuk mendirikan keluarga agak sukar untuk tercapai.
Siapa tidak cemburu bila melihat teman sebaya semua sudah berkahwin. Andai ada jodoh, memang saya ingin berkahwin. Tapi jujur tidak ada sesiapa pun yang cuba mendekati.

Mungkin saya sendiri kurang bercampur, biasanya selepas kerja saya terus bergegas pulang ke rumah. Jika tidak bekerja pula, saya lebih banyak meluangkan masa melayan anak buah di rumah. Saya tidak mempunyai masa melepak seperti orang lain.

Saya memang tidak suka berkepit dengan telefon, ada kalanya saya sendiri lupa di mana saya meletakkan telefon bimbit saya. Memang sepanjang berada dalam bidang ini, tidak ada pula saya menerima mesej daripada sesiapa yang ingin berkenalan kerana tidak ramai yang tahu nombor telefon peribadi saya, hanya keluarga terdekat saja yang ada.

Saya pun sebenarnya tidak suka berkongsi cerita peribadi dengan umum. Bagi saya biarlah kisah hati eksklusif untuk saya saja, bukan apa saya bimbang jika sesuatu terjadi kepada perhubungan, ia akan menjadi bahan peminat.

Johan Asari Serius Cari Calon Isteri beb!

Jumaat, 14 Februari 2014

Nah kali ni Johan Asari memendam niat untuk mencari jodoh dengan seriusnya. Namun tidak dinafikan Johan menerima kritakan yang banyak oleh segelintir pihak apabila didakwa selalu mempermainkan buah hati cintanya.

Mungkin ini adalah yang terakhir kalinya untuk Johan mencari jodohnya, kalau masih putus juga, tak tahu lah nak kata apa, perempuan pun dah mungkin tak percayakan lagi rasanya.. Hehe.