Zizi Bakal Bergelar Doktor

Pada: Rabu, 11 September 2013

Dengarnya bekas pengacara dan juga pakar motivasi, Norzizi Zulfikli atau lebih dikenali sebagai Zizi bakal menjadi atau mendapat gelaran doktor apabila dia yang kini dah setahun menyambung pengajian PhD di University of Wollongong, New South Wales, Australia.

Memetik portal Utusan semalam, dia yang ditemani anak serta suaminya sangat bahagia menetap di Australia itu.
"Saya cuba panjat satu lagi anak tangga akademik iaitu di peringkat Doktor Falsafah dan ini sangat penting dalam perjalanan kehidupan saya

"Impian sejak kecil, saya teruskan juga, walaupun dalam perjalanan hidup saya, banyak perkara-perkara lain yang barangkali boleh menjauhkan saya menggenggam cita-cita besar ini. Tapi saya kira, manusia yang mati apabila tidak mempunyai impian. Bagi saya bila ada impian, ia haruslah direalisasikan. Maka, saya kuatkan juga semangat untuk menggapainya,

"Atas sokongan mereka, insan-insan terpenting dalam kehidupan saya, maka terbanglah jua kami ke bumi kanggaru ini. Ia adalah satu perjalanan yang agak panjang kerana saya perlu berada di sini sekitar tiga tahun," -Zizi
Suami tercinta Bayu Utomo Radjikin, 44 serta tiga anak tersayang Muhammad Armada Jiwa, 6, Tulus Jiwa Ramadan, 4 dan Indah Hening Kasih, 3 juga memberi dokongan dan sokongan tidak berbelah bagi kepada wanita ini. Mereka dalam satu ikatan kekeluargaan erat, sama-sama memilih menetap di Australia demi merealisasikan impian Zizi.


Tag : , , , , , ,