Ada info/gambar yang ingin dikongsi bersama? email ke:

Fazley Yaakob dedah kehidupan susahnya sebelum ini..

Rabu, 27 September 2017

Bersusah-susah dahulu, bersenang-lenang kemudian. Itulah yang berlaku kepada Datuk Fazley Yaakob yang difahamkan pernah bekerja sebagai pencuci tandas dan pencuci pinggan.

Fazley memberitahu yang dia pernah bekerja di sebuah restoran India ketika belajar di New Zealand. Bukan sebab nak cari pengalaman, tapi mahu menampung kos hidup di sana.
"Mungkin ramai yang tidak tahu, sebenarnya ketika berusia 18 tahun, saya pernah bekerja separuh masa sebagai pencuci tandas di sebuah restoran India.

"erkara itu dilakukan untuk mendapatkan pendapatan sampingan sebelum saya dinaikkan pangkat menjadi pencuci pinggan, gaji ketika itu 10 dolar sejam dan sehari saya bekerja selama lapan jam.

"Dari situ saya belajar memasak dan mengenali rempah-rempah. Kadang-kadang kalau cef tiada saya yang kena masak makanan kepada pelanggan.

"Bermula dari situ minat memasak saya datang sebelum saya bertekad ingin fokus terhadap bidang ini dan mencari pelbagai rujukan yang boleh dijadikan panduan untuk bergelar seorang cef," ceritanya kepada Astro Gempak.

12 Gambar Anzalna Nasir, suami bercuti di Australia

Jumaat, 25 Ogos 2017

Annahita Bakavoli kahwin lagi (gambar nikah)

Jumaat, 17 Februari 2017

Setelah lama menyepi, Annahita Bakavoli rupa-rupanya sudah berkahwin lagi di Brisbane Australia baru-baru ini sumber dari instagram kakaknya yang memuatnaik beberapa keping gambar dengan kapsyen:

Raja Ilya sudah bertunang? ada cincin di jari manis?

Jumaat, 10 Februari 2017

Ada ebentuk cincin di jari manis Raja Ilya menimbulkan cerita yang dia sudah dilamar oleh kekasihnya dari Australia.

Walaubagaimanapun, Raja Ilya menafikan perkara berkenaan dan memberitahu ia sekadar tanda kenalan dan bukanlah cincin pertunangan.

"Saya akui cincin ini memang diberikan oleh si dia, namun ini bukanlah cincin tanda bertunang. Cincin ini hanya sekadar hadiah kepada saya.

Saya masih belum lagi bertunang dengan dia. Soal jodoh, kita sebagai manusia hanya merancang. Buat masa ini, keutamaan saya adalah keluarga dan kerjaya saya.

Kami menjalinkan hubungan jarak jauh, itu menjadi salah satu kerisauan saya. Saya berada di Malaysia, dia pula menetap di Gold Coast.

Dalam keadaan sekarang, saya boleh katakan yang saya belum bersedia. Biar saya tumpukan dahulu kepada kerjaya. Keadaan kesihatan ibu saya juga tidak begitu baik, saya perlu mengutamakan ibu saya terlebih dahulu. " kata Raja Ilya memetik AstroGempak

Wak Doyok buat aksi lagak ngeri yang korang tak boleh tengok (video)

Selasa, 4 Oktober 2016

Agak kurang dipastikan siapa dalam video ini, ramai yang tak percaya jika ini adalah pereka fesyen, Wak Doyok, memandangkan dia yang memuatnaik video ini di bandar Melbourne, Australia baru-baru ini.

Namun tindakan seperti ini memang cukup berani oleh seseorang yang tak boleh ditiru oleh sesiapa.

Korang kalau tengok pasti berderau darah mengalir, dan kaki akan berpeluh. Percaya lah. Haha.

Aaisyah Dhia Rana ber-posing di Australia (28 gambar)

Jumaat, 9 September 2016

Teman lelaki warga Australia, ini harapan Raja Ilya

Khamis, 18 Ogos 2016

Pelakon, Raja Ilya yang kini bercinta dengan lelaki warga Australia berharap agar lelaki berkenaan memeluk agama Islam untuk mengakhiri zaman percintaan mereka dengan indah.

"Biarpun masih belum memikirkan untuk menoktahkan hubungan itu dengan satu ikatan sah, namun saya tetap berdoa agar suatu hari nanti pintu hatinya terbuka untuk menerima agama Islam sebagai agamanya.

"Ia adalah cabaran dalam hubungan cinta kami dan andai kata pada akhirnya isu agama yang akan jadi penghalang cinta kami, saya sedia undur,"

"Keluarga dia kuat agama, namun dia juga belajar banyak perkara tentang agama Islam.

"Buat masa ini keluarga kami tiada masalah tapi belum membincangkan secara mendalam jika hubungan ini akan ke fasa seterusnya.

"Walaupun kami jarang bertemu tapi hampir setiap hari kami akan berkomunikasi menerusi video skype dan itu sudah cukup membahagiakan," ujarnya kepada mStar Online.

Sekitar bulan madu di Australia, Hafiz Suip & isteri (18 gambar)

Isnin, 6 Jun 2016

Fara Fauzana bekerja sambil bercuti Di Australia (7 gambar)

Ahad, 17 April 2016

Umie Aida buat terjunan payung terjun, adakah berjaya? (8 gambar)

Khamis, 7 Januari 2016


Umie Aida dan rakan-rakannya telah mengambil kesempatan untuk mencuba sukan ekstrem terjunan dari kapal terbang ketika bercuti di Sydney, Australia baru-baru ini. Rupa-rupanya ini kali kedua Umie beraksi dari paras 14 ribu kaki.

Raja Ilya dedah siapa kekasih dia sebenarnya..

Khamis, 15 Oktober 2015

Pelakon jelitawan, Raja Ilya mengakui dia dengan Syafie Naswip hanya lah kawan biasa seperti adik dan kakak serta ada juga timbul gosip mereka bercinta adalah tidak benar sekali.

Ilya mengakui dirinya kini sudah berpunya, dan jejaka bertuah itu adalah seorang yang berketurunan Mat Salleh yang menetap di Perth, Australia memetik portal ManggaOnline.
“Saya rasa itu gosip paling kelakar. Saya dan Syafie bila baca gosip tersebut, kami gelak besar. Saya dan dia dah macam adik dengan kakak,”

“Dia ada perniagaan sendiri di sana dan di masa lapang turut menjadi model sambilan. Kami mula bercinta awal tahun ini.

“Saya boleh katakan ini hubungan cinta jarak jauh kerana dia di Perth sedangkan saya di sini. Pasal kahwin belum fikir lagi. Untuk hubungan ini saya dan dia go with the flow. Belum ada perancangan serius tentang kahwin.

“Dia sibuk dengan urusan kerjanya di sana. Begitu juga saya. Dia bukan beragama Islam, namun keluarga kami sudah tahu hubungan cinta ini. Saya pula minta masa daripada dia sebelum fikir serius ke fasa seterusnya.

“Dia pula tidak mendesak dan sangat memahami. Walaupun saya sudah 30 tahun dan dia 34 tahun, kami tidak terburu-buru bincang soal kahwin.

“Semuanya saya serah pada takdir. Andai kuat jodoh saya dengan dia, akan adalah nanti. Doakan sajalah,” jelas Ilya.

Bila jerebu melanda, ini Chef Wan buat dengan duitnya... Hoho..

Ahad, 13 September 2015


Chef Wan Lari Ke Australia Akibat Tak Tahan Jerebu

Chef Wan akui yang dirinya kini terjejas kesihatan akibat kesan jerebu yang melanda negara. Selsema, batuk dan sakit tekak menyebabkan Chef Wan terus ‘lari’ ke Australia.

GLAD TO GET AWAY FROM THE HAZE AS I AM STARTING TO FEEL ABIT OF A SORE THROAT.

Shamsul Yusof, Puteri Sarah bercuti di Australia (7 gambar)

Isnin, 2 Mac 2015

Baru-baru ini Shamsul Yusof dan isternya, Puteri Sarah telah pergi bercuti di Australia. Dan ini merupakan ulangtahun pertama perkahwinan mereka sebagai suami isteri.

Sangat bahagia pasangan ini, kita doakan agar mereka dikurniakan zuriat kelak. Amin.

Gambar Nor Zahirah mengancam (2 gambar)

Isnin, 19 Januari 2015




Nor Zahirah ni merupakan anak kepada Zainol Mcwilson. Zainol merupakan bekas pelakon, model dan pembaca berita TV3. Namun telah lama bermastautin di Australia selama hampir 6 tahun.

Namun kelibat anaknya ini membuatkan ramai tergangga akan kehadiran keluarga Zainol ini yang mampu pergi sejauh ini. -gambar Forum Cari

Hafiz Suip, kekasih ke Sydney (8 gambar)

Selasa, 4 November 2014

Ramai yang dah tahu dimana Hafiz Suip akan berkahwin atau bertunang pada tahun hadapan jika tiada aral melintang. Dan baru-baru ini juga dia sempat memberi nampak kekasih yang bakal menjadi isterinya itu.

Mereka telah pergi bercuti ke Sydney Australia bertemankan ahli keluarga. Bukan berdua seperti yang diuar-uarkan segelintir pihak.

Awal, Scha dan Lara ke Perth, Australia (

Rabu, 17 September 2014

Baru-baru ini pasangan suami isteri, Awal Ashaari dan Scha al Yahya serta anak sulung mereka, Lara Alana telah bercuti ke Perth, Australia.

Mereka ke sana selama seminggu dengan ditemani oleh ahli keluarga dan rakan-rakan rapat kedua-dua pihak.

15 Gambar percutian Tasha Shila ke Australia

Selasa, 17 Jun 2014

Beberapa hari lalu, Tasha Shila ada ke Australia untuk pergi bercuti. Namun kepermergiannya bukanlah dengan kekasihnya itu,tetapi dengan ahli keluarga serta rakan-rakannya.

Paling istimewa sekali, Tasha membawa ibunya bersiar bersama-sama. Memang sayang Tasha ni kat ibunya. Mungkin nak hadiah bersempena Hari Ibu.

Gambar bulan madu Aril AF, Isteri

Ahad, 25 Mei 2014

Jom saksikan beberapa keping gambar Aril AF dan isterinya, Puteri Erma Adlinda pergi bercuti ke Perth, Australia untuk berbulan madu. Mereka juga sebenarnya ditemai oleh krew Romantika Astro untuk rakaman bulan madu mereka ini untuk rancangan tv berkenaan.

Julia Zieglar nafi mabuk di Australia

Jumaat, 2 Mei 2014

Kecoh beberapa hari lalu, apabila sebuah akhbar tempatan mendakwa ada seorang selebriti tempatan berkacukan Melayu-Inggeris telah mabuk dan menjerit-jerit  di tengah jalan raya dan di dalam restoran di Australia.

Gosip ini telah  menimbulkan spekulasi dan andaian dimana artis berkenaan adalah  Julia Ziegler. Julia yang memetik laman sosialnya, menyangkal itu adalah dirinya, dan mengakui walaupun masih nakal tapi tidak sampai ke tahap mabuk dan menjerit-jerit.

Ummi Nazeera Tidak Pergi Promosi Filem Penanggal Sebab..

Isnin, 18 November 2013

Isu Ummi Nazeera tidak mengikuti aktiviti promosi filem Penaggal dimana dia adalah pelakon dalam filem berkenaan telah menjadi satu bualan yang mencalarkan reputasinya.

Namun bukanlah sebab dia berhijab (bertudung) Ummi tidak dapat dapat, namun disebabkan dia sedang sibuk belajar di Australia. Orang mengatakan yang dia tidak datang sebab malu, kerana gayanya yang tidak bertudung dan berkemban dalam filem itu yakni sebelum dia berhijab.

Memetik portal mStar, pengarah filem berkenaan, Elly Suriati, menyangkal dan mempertahankan pelakon Ummi daripada dituduh bukan-bukan.